Obsesi Terhadap Kesempurnaan Tomato Merah Menjadikannya Kurang Enak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Bayangkan anda baru sahaja membawa keluar sebiji buah tomato yang merah menyala daripada peti sejuk. Dengan kemerahan yang segar menyaluti buah tersebut, anda mencapai sebilah pisau untuk memotong dan menikmati kesegarannya. Namun yang demikian, sebaik sahaja ianya dipotong, anda mendapati ianya berair, dan apabila dijamah, rasanya agak ‘kosong’. Jika anda tidak menggemari rasa buah tomato komersial ini, jangan risau, anda tidak keseorangan. Malahan, memang rasanya adalah kurang manis. Namun begitu, nenek moyang kita yang sempat hidup sekitar pertengahan abad ke-20 mungkin menikmati tomato yang lebih manis dan enak berbanding kita.

Walau bagaimanapun, obsesi kita terhadap buah tomato merah yang sempurna warnanya telah menyebabkan rasa enak dan manisnya dikorbankan. Dahulunya, buah tomato mempuyai warna kehijauan sekitar tangkainya. Rasanya yang enak dan manis tomato jenis ini tidak cukup untuk menyelamatkannya daripada penilaian estetik luaran konsumer apabila pembeli lebih gemar memilih buah tomato yang berwarna merah sepenuhnya berbanding yang dicampuri warna-warna lain. Tindak balas petani dan penjual natijah daripada konsumerisma ini adalah pilihan buatan (Artificial selection) – menanam lebih banyak varian tomato merah sempurna berbanding yang lain, demi memenuhi permintaan estetik konsumer.

Malangnya, gen yang memberi tomato merah warnanya yang sekata ini (gen ‘Uniform’) mempengaruhi rasa manis buah tersebut. Gen Uniform ini menyahaktifkan sejenis protein yang diberi nama Golden 2-like protein 2 (GLK2). GLK2 adalah sejenis faktor transkripsi – molekul yang mengawal ekspresi gen-gen yang lain. Sesetengah gen yang dipengaruhi oleh GLK2 terlibat dalam penghasilan klorofil, pigmen yang memberi warna hijau kepada organel kloroplast, selain berfungsi dalam menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan makanan (gula) bagi tumbuh-tumbuhan tersebut. Justeru, penyahaktifan gen-gen ini punca daripada tekanan gen Uniform ke atas GLK2 membawa kepada kurangnya pengumpulan gula dan rasa manis buah tomato tersebut. Selain itu, GLK2 turut terlibat dalam menghasilkan pigmen Karotenoid, yang meranumkan buah dan menyumbang kepada kemanisan dan keenakan rasanya.

Untuk membuktikan kaitan ini, satu kajian telah diterbitkan pada tahun 2012 sekali gus mengesahkan kaitan gen Uniform, GLK2 dan rasa buah tomato. Saintis memasukan bahagian genom DNA buah tomato yang mengaktifkan semula GLK2 mereka. Kesannya? Buah tomato baru ini mempunyai warna yang lebih hijau kerana mereka mengandungi 3 hingga 6 kali ganda bilangan klorofil berbanding tomato komersial. Selain itu, setelah ranum, buah tomato ini mengandungi 21% lebih banyak gula dan 10 hingga 60% lebih banyak Carotenoid lycopene.

Kesan daripada fenomena dan penemuan ini, berlakunya peningkatan populariti buah tomato Heirloom – variasi liar buah tomato yang belum mengalami penekanan gen GKL2. Jadi, nampak menarik di luar tidak menjanjikan keenakan di dalam.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga: