Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.
Apa itu demam denggi?
Demam denggi merebak melalui gigitan nyamuk Aedes (Ae. aegypti atau Ae. albopictus). Nyamuk ini juga boleh menyebarkan penyakit lain seperti Zika, chikugunya dan juga virus lain.
Di seluruh dunia, hampir 400 juta individu dijangkiti denggi setiap tahun. Malah, hampir 40,000 kematian dicatatkan disebabkan denggi.
Demam denggi paling kerap berlaku di Asia Tenggara, kepulauan Pasifik Barat, Amerika Latin dan Afrika. Namun, kini penyakit ini telah merebak ke Amerika Syarikat dan juga Eropah.
Mereka yang menghidap demam denggi mungkin akan dihospitalkan disebabkan simptom yang serius. Malah, pesakit juga akan rasa sakit sendi dan sering muntah-muntah sehingga boleh mengalami dehidrasi.
Walau bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa ada pesakit yang mengalami kesan sampingan selepas demam denggi. Simptom yang berlaku sebagai kesan selepas demam denggi ini juga boleh mengganggu kehidupan seharian pesakit.
7 kesan selepas demam denggi
Selepas menghidap demam denggi, pesakit mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan.
Kesan sampingan ini juga boleh membuatkan pesakit jadi letih dan penat serta tidak mampu menjalani kehidupan seperti biasa.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen