backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Pendarahan Sukar Berhenti? Ibu Hamil Kena Jaga-Jaga, Ini Mungkin Tanda Thrombocytopenia!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/10/2022

Pendarahan Sukar Berhenti? Ibu Hamil Kena Jaga-Jaga, Ini Mungkin Tanda Thrombocytopenia!

Thrombocytopenia merupakan satu kondisi yang menandakan jumlah platelet rendah dalam badan.

Platelet yang turut dikenali dengan nama thrombocytes mempunyai fungsi penting untuk melakukan proses koagulasi jika salur darah tercedera.

Ramai orang yang menghidap kondisi ini hanya mengalami simptom yang ringan. Malah, jumlah penghidapnya di seluruh dunia juga tidak diketahui.

Selalunya, thrombocytopenia akan berlaku kepada pesakit kanser. Mereka akan mengalami jumlah platelet yang rendah sebagai kesan sampingan rawatan kanser.

Malah, ibu yang mengandung juga boleh mengalami bilangan platelet yang rendah. Tapi, adakah ia berbahaya kepada ibu dan juga kandungan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Gangguan Darah, anda boleh klik di sini.

Platelet rendah semasa mengandung, bahaya ke?

platelet rendah

Untuk pengetahuan para ibu yang mengandung, kekurangan platelet merupakan satu kondisi yang lazim berlaku ketika kehamilan.

Malah, ia juga selalunya tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada bayi dalam kandungan. Thrombocytopenia akan berlaku kepada 5% hingga 10% wanita ketika kehamilan.

Selepas anemia, thrombocytopenia merupakan masalah kedua yang lazim dialami oleh ibu mengandung. Ia juga akan beransur pulih selepas ibu melahirkan anak.

Walaupun ia tidak berbahaya, thrombocytopenia boleh berlaku disebabkan penyakit lain yang perlukan pemerhatian yang rapi daripada doktor.

Jika bacaan platelet lebih rendah daripada 10,000 platelet/microliter, pesakit boleh mengalami pendarahan dalaman yang boleh membawa maut, lebih-lebih lagi jika ia berlaku pada kawasan otak.

Thrombocytopenia jarang berlaku sebagai penyakit turun-temurun. Ia boleh berlaku disebabkan pengambilan ubat-ubatan atau penyakit tertentu.

Walau apapun penyebabnya, bilangan platelet dalam badan akan berkurang jika ia:

  1. Terperangkap di dalam limpa
  2. Tidak dihasilkan secara mencukupi, atau
  3. Dimusnahkan oleh badan lebih banyak daripada biasa

Apakah tanda platelet rendah dalam darah?

platelet rendah

Jika bacaan platelet dalam darah anda rendah, ada kemungkinan untuk anda tidak mengalami apa-apa simptom. Oleh sebab itu, penyakit ini selalunya dikesan ketika pesakit melakukan ujian darah.

Walau bagaimanapun, ada beberapa tanda yang mungkin menandakan bilangan platelet dalam darah rendah. Sebagai contoh:

  1. Lebam yang banyak di seluruh badan.
  2. Bintik berwarna ungu pada kulit.
  3. Selalu mengalami hidung berdarah atau gusi berdarah.
  4. Tinja berwarna merah atau hitam.
  5. Air kencing berwarna merah jambu atau merah pekat.
  6. Muntah berdarah.
  7. Pengaliran darah haid yang berat.
  8. Pening kepala.
  9. Sakit otot dan sendi.
  10. Rasa lemah dan penat.

Bilangan platelet yang rendah membuatkan pendarahan yang berlaku sukar untuk dihentikan.

Oleh sebab itu, jika pesakit mengalami luka atau hidung berdarah, mereka akan mengalami pendarahan untuk satu tempoh yang agak lama.

Baca juga:

Punca thrombocytopenia

Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan thrombocytopenia. Antaranya ialah:

1. Sedang melakukan rawatan kemoterapi

Beberapa jenis rawatan kanser, terutamanya kemoterapi boleh merosakkan sumsum tulang. Disebabkan platelet dihasilkan dihasilkan pada tisu ini, sebarang kecederaan akan membuatkan jumlah platelet berkurang.

Walau bagaimanapun, platelet rendah disebabkan thrombocytopenia merupakan sesuatu yang bersifat sementara. Kecederaan kekal pada sel sumsum tulang amat jarang berlaku.

2. Baru melakukan terapi radiasi

Sama seperti kemoterapi, terapi radiasi turut menyebabkan bilangan platelet berkurang.

Walau bagaimanapun, keadaan ini hanya akan berlaku jika pesakit menerima terapi dalam jumlah yang banyak pada kawasan pelvis.

3. Antibodi

Kadangkala, antibodi badan akan bertindak memusnahkan sel platelet yang sihat dan bukannya sel berbahaya seperti bakteria dan virus.

4. Kanser punca platlet rendah

Kanser seperti leukemia atau limfoma boleh menyebabkan jumlah platelet dalam darah kurang. Sel abnormal ini akan tumbuh pada kawasan sumsum tulang dan menyebabkan ia sukar untuk menghasilkan platelet.

5. Ubat-ubatan

Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh menyebabkan jumlah platelet rendah. 

Kadangkala, ubat-ubatan ini juga bertindak mengelirukan sistem imun badan dan menyebabkan ia menyerang platelet.

Sebagai contoh, ubat-ubatan seperti quinine, antibiotik yang mengandungi sulfa dan anticonvulsants.

Jaga diri dan elakkan pendarahan jika mempunyai platelet rendah

platelet rendah

Jika anda mempunyai jumlah platelet yang rendah, anda perlu mengambil langkah yang lebih drastik untuk mengelakkan sebarang pendarahan daripada berlaku.

Kami ada beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk elakkan keadaan anda jadi semakin teruk:

  1. Pastikan anda mengelakkan aktiviti yang boleh menyebabkan sebarang kecederaan. Jika boleh, jangan libatkan diri dengan sukan yang memerlukan sentuhan seperti boxing, bola sepak dan ragbi yang mempunyai risiko tinggi.
  2. Minum alkohol secara bersederhana. Alkohol boleh memperlahankan penghasilan platelet di dalam badan.
  3. Berhati-hati semasa mengambil ubat secara over-the-counter. Sesetengah ubat-ubatan boleh menghalang platelet daripada berfungsi dengan baik.
  4. Gunakan berus gigi berbulu lembut untuk mengelakkan pendarahan. Selain itu, bercukur menggunakan pencukur elektrik dan bukannya pisau.
  5. Hembus hidung dengan perlahan dan gunakan tisu lembut. 

Kesimpulan

Thrombocytopenia atau platelet rendah merupakan satu keadaan yang sukar untuk diuruskan. Disebabkan darah sukar untuk membeku, pesakit mungkin akan alami masalah untuk menghentikan pendarahan.

Jika pendarahan yang berlaku tidak berhenti atau jadi semakin teruk, pastikan anda bergerak ke hospital dengan kadar yang segera. Anda mungkin perlu mendapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan