Serangga berbahaya 2: Hama gatal atau skabies
Hama gatal atau nama saintifiknya Sarcoptes scabiei var. hominis merupakan serangga berbahaya bersaiz kecil yang hidup di bawah lapisan kulit manusia.
Malah, hama gatal betina akan duduk pada kawasan ini untuk bertelur selama berminggu-minggu lamanya tanpa dikesan oleh perumah.
Walau bagaimanapun, haiwan ini cuma bertelur dan tidak akan membiak di bawah kulit manusia.
Skabies boleh menjangkiti orang lain dengan pantas menerusi sentuhan fizikal. Disebabkan penyakit ini mudah berjangkit, doktor selalunya akan mencadangkan agar satu keluarga mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Doktor akan merawat hama gatal menggunakan sejenis racun. Selalunya, ia boleh didapati dalam bentuk krim dan losen dan amat efektif dalam membunuh hama dan juga telur-telurnya.
Untuk mengelakkan jangkitan atau infestasi yang berulang, lakukan langkah-langkah ini:
- Basuh semua baju dan alas tilam. Gunakan air panas dan sabun dalam masa 3 hari sebelum anda mendapatkan rawatan. Kemudian, keringkan dengan suhu panas.
- Biarkan hama kelaparan. Letakkan barang yang menjadi tempat tinggal hama di dalam beg kedap udara selama beberapa minggu. Hama akan mati dalam masa beberapa hari tanpa makanan.
Serangga berbahaya 3: Ulat skru (Screwworm)
Ulat skru merupakan serangga pemakan daging yang berbahaya dan boleh mencetuskan pelbagai masalah. Rupanya yang saling tak tumpah seperti ulat sampah membuatkan ramai yang keliru.
Ulat skru dewasa akan menjadi lalat dan mencari perumah yang mempunyai luka terbuka. Kemudian, lalat ini akan bertelur pada kawasan tersebut. Selepas beberapa jam, telur akan menetas dan mengeluarkan larva.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen