Menyokong Isteri Atasi Kemurungan Selepas Bersalin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda amat menyayangi isteri anda, tetapi anda keliru tentang apa yang perlu anda lakukan apabila isteri anda bergelut dengan kemurungan selepas bersalin. Apabila individu yang anda kahwini seperti berubah menjadi seorang individu yang lain, anda mungkin berasa tidak berdaya. Adakah anda merasa buntu dan tidak tahu bagaimana untuk membantu? Isteri anda memerlukan sokongan dan anda berdua perlu sentiasa anda untuk satu sama lain dan juga bayi anda. Ikuti artikel ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu dan menyokong isteri atasi kemurungan selepas bersalin.

Apakah kemurungan selepas bersalin?

Kemurungan selepas bersalin adalah tanda kemerosotan kesihatan mental dan fizikal individu wanita selepas melahirkan anak. Simptom ini boleh berlaku sejurus bersalin atau mungkin setahun selepas itu. Kebiasaannya, ia berlaku dalam tempoh 3 bulan pertama selepas bersalin.

Simptom yang biasa berlaku apabila seseorang itu alami kemurungan selepas bersalin adalah masalah tidur, hilang selera makan, hilang fokus, hilang keupayaan untuk menjaga diri sendiri dan bayi. Selain itu, emosi mereka juga dipengaruhi oleh individu di sekeliling mereka. Mereka mungkin akan sentiasa merasa sedih dan tertekan sehinggakan mereka tidak mahu memberikan perhatian kepada anak kecil mereka. Kebanyakan mereka menjadi lupa dan mengabaikan tanggungjawab.

Kemurungan selepas bersalin ini tidak patut dibayangi dengan perubahan emosi yang akan dilalui oleh individu yang baru bergelar ibu. Selepas bersalin, akan berlaku perubahan hormon yang akan menjejaskan emosi isteri. Ini adalah perkara normal. Apa yang penting adalah anda harus mengenal pasti keadaan dan memberikan sokongan.

Bagaimana untuk membantu isteri anda?

Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu dan menyokong isteri anda:

Menjaga perasaan isteri

Berikan perhatian terhadap perubahan yang dilalui isteri anda dan mintalah bantuan dari rakan. Ketika tempoh ini, dia memerlukan seorang individu yang rapat dan selesa untuk dia berbual bersama. Cuba untuk memahami dan mendengar luahannya dan luangkan banyak masa bersama. Anda tidak keseorangan. Minta bantu dan sokongan keluarga dan rakan. Anda juga boleh mencari beberapa organisasi untuk mendapatkan nasihat.

Usaha anda mungkin tidak dapat merawat kemurungan yang dilalui sepenuhnya, tetapi tindakan anda, seperti pelukan dan ciuman, sekurang-kurangnya boleh menjadi terapi untuk memperbaiki apa yang dilaluinya. Bersabar dan bersimpati untuk membantu isteri anda menghadapi masa sukar ini.

Biarkan isteri berehat

Bantu dia melakukan beberapa tugasan rumah, tetapi libatkan dia dalam tugasan keluarga supaya dia tidak menganggap dirinya sebagai bebanan keluarga. Isteri anda mungkin memerlukan masa sendirian dari dikelilingi anak-anak. Berkongsi tanggungjawab untuk menjaga anak. Galakkan isteri anda untuk berehat dan mendapatkan rawatan di spa atau mungkin sekadar berjalan-jalan di taman.

Biarkan dia menyedari bahawa dia perlu menumpukan perhatian kepada dirinya untuk menjadi lebih baik dan anda berada di sisinya untuk membantu. Anda mungkin boleh meminta bantuan datuk dan nenek (ibu bapa / mentua) untuk membantu menjaga bayi anda. Ini boleh memberikan anda masa berkualiti untuk diluangkan bersama isteri. Bawalah dia keluar berdua, ini dapat membantu dia kembali merasai sebagaimana yang dirasainya sebelum dia melahirkan anak.

Benarkan dia tidur

Tidur adalah penting buat isteri anda. Menjaga anak dalam tempoh beberapa bulan pertama amat memenatkan. Anda boleh menawarkan diri untuk menjaga bayi dan memberikan dia rehat beberapa hari atau mungkin beberapa jam, untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan selesa. Anda harus membantu dia menjaga bayi pada waktu malam seperti membantu menukar lampin atau memberikan bayi susu botol.

Berikan sokongan dan semangat

Katakan kepada isteri anda dengan lembut, kata-kata positif yang dapat menjadikan dia lebih optimis. Kata-kata anda mungkin tidak dapat mengubah kemurungan yang dihadapi, tetapi ia dapat memberikan sokongan yang diperlukan. Ketika menempuhi masa-masa sukar, mungkin hanya kata semangat yang diperlukan.

Katakan padanya bahawa anda memahami apa yang emosi negatif yang dilaluinya, atau galakkan dia untuk melakukan aktiviti yang dapat membantu dia menjadi lebih baik, sebagai contoh; mendapatkan urutan, terapi dan sebagainya. Katakan padanya, bahawa dia tidak perlu risau, biarkan dia mengetahui betapa anda menyayanginya, atau biarkan dia tahu bahawa bayi anda berdua akan selamat dan anda mempercayai dia akan menjadi ibu yang terbaik.

Biarkan dia mengetahui bahawa anda berdua sedang bergelut dengan tekanan sebagai ibu bapa baru dan bersama, anda berdua mampu harungi segalanya. Apabila dia merasakan dia tidak keseorangan, segala cabaran pasti akan mampu dihadapi.

Hindari dari menyatakan perkara yang boleh menyakiti perasaannya. Jadilah individu yang sensitif dan lebih prihatin tentang perasaannya. Jangan memaksa dia untuk mengubah apa-apa.

Elakkan dari berkata kepadanya bahawa setiap ibu akan melalui perasaan ini selepas melahirkan anak atau dia pasti dapat mengatasi situasi ini dalam tempoh yang segera, kerana ini hanya akan memberikan dia tekanan dan membuatkan dia merasa tidak selamat.

Anda mungkin mendapati kemurungan selepas bersalin adalah sesuatu yang amat sukar untuk difahami. Tetapi perkara yang penting adalah untuk mengetahui bahawa pasangan anda pasti akan pulih. Ia mungkin memakan masa berminggu, atau berbulan untuk pulih, tetapi dengan sokongan dari anda, keluarga dan rakan, pasti dapat membantu pasangan anda menghadapi tempoh sukar ini dan mempercepatkan tempoh pemulihannya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Diabetes: Menguruskan Emosi Anda

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang mempunyai diabetes mempunyai risiko kemurungan yang lebih tinggi berbanding populasi normal. Masalah diabetes dan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pusat Kesihatan 20/03/2019 . 3 minit bacaan

    Kebaikan Kumpulan Sokongan

    Pada masa kini, terdapat banyak kumpulan sokongan untuk pelbagai jenis topik, keprihatinan atau keadaan kesihatan. Sesetengah kumpulan sokongan dipimpin oleh individu profesional, dan kebanyakan yang lain, diketuai ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Mengendalikan Kemurungan Selepas Bersalin

    Hampir 50% wanita akan mengalami beberapa hari kemurungan ringan selepas melahirkan anak. Ia adalah sesuatu yang normal. Tubuh anda melalui 9 bulan perubahan fizikal dan emosi serta tekanan menjaga bayi yang baru ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Simptom Kemurungan Selepas Bersalin

    Wanita hamil adalah sangat mudah terdedah kepada penyakit, terutama penyakit berkaitan mental. Ramai individu wanita yang mengalami kemurungan selepas bersalin apabila selamat melahirkan anak kerana ia adalah tempoh ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    meroyan selepas bersalin

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan
    menyusukan-bayi-walaupun-kemurungan

    Ibu Alami Kemurungan Selepas Bersalin, Bolehkah Terus Menyusukan Bayi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/03/2020 . 3 minit bacaan
    kemurungan-kerana-tidak-subur

    Kemurungan Kerana Tidak Subur? 5 Tip Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/02/2020 . 3 minit bacaan
    pasangan

    Serasi Atau Tidak? Pakar Kongsi 5 Tanda Ketara Jika Si Dia Jodoh Anda #tilljannah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/11/2019 . 3 minit bacaan