home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

Aktiviti seks sering dikaitkan dengan rembesan neurotransmiter, dopamin.

Oleh sebab dopamin memainkan peranan penting kepada perkembangan psikologi otak, sudah tentu seks boleh beri kesan, kan?

Suka atau tidak, seks boleh mempengaruhi emosi manusia dari sudut positif dan negatif.

Apabila ia berkaitan dengan subjek seks, pelbagai jenis kajian pernah dijalankan bagi mengaitkan kesan baik buruk seks terhadap sesuatu pemalar.

Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Kesan klimaks seks kepada aktiviti otak lelaki

Apabila kaum Adam mengalami rangsangan seksual, termasuk ketika dibelai lembut kemaluan mereka, ia boleh mempengaruhi fungsi otak untuk mengawal atur emosi.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2005 di Pusat Perubatan Universiti Groningen, Belanda telah menunjukkan 3 struktur otak utama yang terkesan.

Aliran darah akan meningkat pada struktur insula belakang dan korteks somatosensori kedua pada hemisfera kanan otak.

Sementara itu, aliran darah ke amigdala pada hemisfera yang sama berkurangan.

Kedua-dua struktur otak yang mengalami peningkatan pada jumlah aliran darah terlibat dalam perkembangan emosi manusia.

Insula belakang dan korteks somatosensori turut terlibat dalam kawalan pengisyaratan kesakitan.

Berbeza dengan perkara tersebut, amigdala juga mempunyai peranan penting dalam perkembangan emosi manusia.

Namun begitu, peningkatan aktiviti pada struktur ini dikaitkan dengan masalah keresahan.

Penurunan aliran darah pada struktur amigdala boleh memberikan rasa tenang kepada mereka yang melakukan hubungan seks.

Bagaimana pula dengan otak wanita ketika klimaks seks?

klimaks seks

Otak lelaki dan wanita memberikan tindak balas yang berbeza ketika melakukan aktiviti seks.

Walau bagaimanapun, ia turut mempengaruhi emosi dan kesan psikologi yang lain.

Pada tahun 2017, pengkaji dari Universiti Rutgers telah menunjukkan rangsangan seksual berupaya untuk mengaktifkan zon yang terlibat dengan emosi pada otak.

Antaranya adalah korteks prefrontal, korteks orbitofrontal, insula, cingulate gyrus dan cerebellum.

Bukan sahaja zon tersebut terlibat dengan emosi dan kesakitan, ia juga mengawal atur proses fisiologi badan yang lain termasuklah kemahiran membuat keputusan.

Dalam kajian lain, Adam Safron, salah seorang penulis membuat kesimpulan, kesan klimaks seks yang dialami wanita boleh dibandingkan dengan keseronokan ketika mendengar muzik.

Jika dilihat pada aktiviti menyeronokkan, ritma pengisyaratan neural yang dialami oleh individu semasa mendengar muzik hampir sama dengan mereka yang mencapai klimaks seks.

Apa yang terjadi pada aktiviti hormon ketika hubungan seks sedang berlangsung

Kekerapan melakukan hubungan seks sering dikaitkan dengan peningkatan pada fungsi otak yang mengawal atur emosi dan kesan psikologi badan.

Perkara ini berkait dengan bagaimana badan kita bertindak balas terhadap aktiviti seks itu sendiri.

Bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus berperanan penting semasa klimaks seks.

Ia merembeskan hormon yang dikenali sebagai oksitosin.

Hormon tersebut boleh menghalang kesan negatif hormon kortisol yang sering dikaitkan dengan peningkatan pada tahap stres.

Selain daripada mempengaruhi emosi, oksitosin juga boleh mengurangkan kesakitan.

Perkara ini terbukti melalui kajian pada tahun 2013 di Hospital Universiti Perubatan Xinxiang, China.

Ia menunjukkan hormon oksitosin mampu menghilangkan sakit kepala kronik.

Kajian lain pada tahun yang sama di Universiti Munster, Jerman telah menunjukkan otak merembeskan hormon endorfin semasa klimaks seks.

Hormon tersebut mampu melegakan kesakitan berkaitan dengan masalah sakit kepala kluster.

Adakah hubungan seksual boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah emosi?

perkembangan otak

Kajian berkaitan dengan kesan klimaks seks terhadap otak tidak hanya tertumpu kepada kesan positif.

Jika dilihat pada 1 kajian yang dijalankan pada tahun 2011, 32.9% daripada 222 subjek (pelajar wanita universiti) mengalami mood negatif selepas hubungan seks.

Keadaan ini dikenali sebagai postcoital dysphoria dan punca di sebaliknya masih lagi menjadi tanda tanya.

Anda mungkin berminat:

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya keadaan tersebut.

Sebagai contoh, mereka yang mengalami penderaan seksual dan mangsa kepada masalah penderaan domestik.

Namun begitu, bukan semua individu yang mengalami masalah postcoital dysphoria semasa klimaks seks mempunyai sejarah lampau yang traumatik.

Klimaks seks boleh bantu anda untuk tidur

Selain daripada hormon yang disebutkan di atas, badan anda juga akan merembeskan hormon prolaktin semasa melakukan hubungan seks.

Ia merupakan salah satu hormon yang berperanan penting bagi membantu anda untuk tidur.

Kajian pada otak lelaki menunjukkan mereka yang mengalami ejakulasi mempunyai aktiviti otak yang rendah pada struktur korteks prefrontal.

Perkara ini boleh membantu mereka untuk mendapatkan tidur malam yang lebih baik.

Mereka yang kerap melakukan hubungan seks juga mempunyai fungsi kognitif otak yang baik ketika mereka tua.

Kebaikan ini boleh dinikmati oleh kedua-dua pasangan dan ia mungkin disebabkan oleh peranan hormon seperti oksitosin dan testosteron semasa hubungan seks sedang berlangsung.

Konklusi

klimaks seks

Kesihatan seksual penting bagi setiap individu.

Ia mempunyai pelbagai jenis kaitan positif namun pelaksanaannya perlu bergantung kepada faktor semasa.

Sebagai contoh, faktor agama melarang seseorang daripada melakukan hubungan seks sebelum kahwin.

Faktor jangkitan seksual menggalakkan pasangan untuk menggunakan kondom.

Jika anda ingin mendapatkan nasihat berkaitan dengan perkara berkaitan kesihatan seksual, rujuk doktor anda sekarang.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Human brain activation during sexual stimulation of the penis. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16255007). Diakses pada 8 Mei 2020.
  2. Why sex is a ‘better headache cure rather than painkillers’. (https://www.telegraph.co.uk/news/health/news/9906594/Why-sex-is-a-better-headache-cure-rather-than-painkillers.html). Diakses pada 8 Mei 2020.
  3. The interaction between the oxytocin and pain modulation in headache patients. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23375440). Diakses pada 8 Mei 2020.
  4. Brain Activity Unique to Orgasm in Women: An fMRI Analysis. (https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S1743609517313966). Diakses pada 8 Mei 2020.
  5. Brain Activation during Human Male Ejaculation. (https://www.jneurosci.org/content/23/27/9185.long). Diakses pada 8 Mei 2020.
  6. The prefrontal cortex in sleep. (https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S1364661302019927). Diakses pada 8 Mei 2020.
  7. Functional neuroimaging studies of sexual arousal and orgasm in healthy men and women: A review and meta-analysis. (https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0149763412000565). Diakses pada 8 Mei 2020.
  8. The Prevalence and Correlates of Postcoital Dysphoria in Women. (https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/19317611.2010.509689#.VL_vRWTF_CY). Diakses pada 8 Mei 2020.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 25/03/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
x