Bagaimana kaunseling boleh membantu pasangan?
Setiap situasi perhubungan adalah unik, dan berbincang dengan profesional adalah satu langkah yang membantu. Selain itu, matlamat keseluruhan kaunseling pasangan adalah untuk:
- Berkomunikasi dengan lebih efektif
- Menyedari bagaimana perbincangan adalah penting
- Membayangkan masa lalu dan bagaimana mencorakkan haluan akan datang
- Memahami bagaimana faktor dalaman seperti nilai kekeluargaan, agama, gaya hidup dan kebudayaan memberikan kesan kepada hubungan
- Bertolak ansur dan menyelesaikan masalah sebaik mungkin selagi termampu
Sementara sesi kaunseling anda dalam progres, anda dan pasangan mungkin dapat mencari jalan untuk mengatasi masalah atau membuat keputusan untuk berpisah. Tidak kira yang mana satu, kaunseling akan memberikan anda ruang untuk meluahkan apa yang anda rasa dan mempertimbangkan tentang apa yang anda mahukan pada masa depan untuk anda dan pasangan.
Setiap pasangan adalah berbeza. Oleh itu, memilih waktu yang tepat untuk mendapatkan bantuan adalah bergantung kepada jenis masalah yang anda hadapi. Sekiranya anda risau mengenai perhubungan dan merasa keliru bahawa anda tidak mampu untuk menyelesaikannya sendirian, ia bermakna anda memerlukan bantuan kaunseling pasangan.
Untuk sesetengah pasangan, kaunseling dianggap ‘cara terakhir’ untuk menyelamatkan hubungan/perkahwinan. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menunggu segalanya sehingga segalanya menjadi terlalu kritikal. Sebaliknya, terdapat ramai pasangan menyertai sesi terapi ini sebagai cara untuk menyelamatkan perhubungan agar kekal sihat dan menangani sebarang kebimbangan yang mungkin mengugat perhubungan dalam masa hadapan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen