Sakitnya Rasa Putus Cinta, Apa Kesan Patah Hati Pada Kesihatan Diri?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Hidup ini umpama roda, kadangkala kita berada di atas dilambung dengan kebahagiaan dan kadang kita di bawah dilanda kesedihan, seperti momen kita mengalami patah hati.

Patah hati merupakan satu kesakitan emosi yang dramatik. Kesakitan itu turut boleh dirasai di dada, tekak mahupun di perut.

Hati akan terasa kepedihan yang tidak tertanggung, bagai dirobek-robek oleh pisau dan inilah yang dikatakan patah hati.

Perkara ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi sama ada melibatkan perhubungan bersama orang tersayang, kehilangan persahabatan, dibuang kerja, kematian keluarga dan banyak lagi.

Kenapa patah hati terlalu menyakitkan?

sindrom patah hati

Anda mungkin pernah tertanya-tanya, mengapa perkara ini boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan hingga mengganggu aktiviti harian anda.

Kajian menjelaskan bahawa otak mengkategorikan kesakitan emosi daripada patah hati sama seperti kesakitan fizikal.

Dan ini mungkin dapat menjelaskan kenapa perasaan itu menyebabkan kecederaan fizikal yang sebenarnya.

Hal ini juga berkait rapat dengan hormon kerana badan kita menghasilkan banyak hormon setiap hari bagi tujuan yang berbeza, termasuklah jatuh cinta ataupun putus cinta dengan seseorang.

Tahukah anda, cinta itu boleh menjadi satu ketagihan?

Ia sama seperti dadah kerana otak kita merembeskan hormon-hormon tertentu apabila kita mula rapat dan menyayangi seseorang atau sesuatu.

Antara hormon yang terlibat ialah dopamin dan oksitosin kerana ia berfungsi membuatkan kita rasa senang dan bahagia.

Oleh itu, kita cenderung untuk ulang kembali tingkah laku tersebut dan apabila kita sedang dilamun cinta, hormon tersebut akan dikeluarkan dengan lebih banyak.

Namun, apabila patah hati terjadi, kesemua hormon ini akan turun dan digantikan dengan hormon stres, kortisol.

Hormon kortisol yang terlalu banyak akan menyebabkan kegelisahan, jerawat, kenaikan berat badan dan banyak lagi perkara yang memudaratkan kesihatan mental dan fizikal.

Kesan-kesan patah hati harus dipandang dan diambil serius kerana impaknya mungkin menjadi lebih teruk daripada sangkaan.

Impak patah hati terhadap kesihatan diri

1. Stres

Ketika anda sedang dalam fasa putus cinta, hormon kortisol dan adrenalin akan dibebaskan oleh badan.

Hormon-hormon ini mempunyai kesan sampingan yang negatif daripada otot ke kulit anda, ini juga termasuklah sistem imun badan.

Hormon stres akan dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak dan ini akan mengakibatkan perubahan pada jantung dan tekanan darah.

Putus cinta bukanlah perkara yang susah namun kesan daripadanya boleh kekal buat masa yang lama bagi sesetengah individu.

2. Kesukaran untuk tidur

Hormon stres yang dilepaskan ketika fasa putus cinta boleh menyebabkan tidur anda terganggu.

Kurang tidur akan mengundang pelbagai komplikasi kepada kesihatan seperti kesakitan pada otot badan dan rasa lesu sentiasa.

Mempunyai tahap tekanan yang tinggi menyebabkan anda kurang tidur dan mengakibatkan tahap stres anda bertambah-tambah, ini akan memburukkan lagi situasi.

3. Sindrom withdrawal

Terdapat kajian yang melaporkan patah hati akan mengaktifkan suatu mekanisma di dalam otak yang sering dikaitkan dengan bahan-bahan berkaitan dadah seperti kokain dan opioid.

Oleh itu, sindrom withdrawal ini akan terjadi dan memberikan kesan yang sangat mendalam apabila kita kehilangan sesuatu yang amat bermakna dan disayangi.

Individu yang sedang melalui fasa ini tidak akan mampu untuk fokus, berfikir dan berfungsi secara normal dalam rutin harian mereka.

4. Masalah penghadaman

kesihatan diri

Antara masalah penghadaman yang kronik dalam perubatan ialah Sindrom Kerengsaan Usus (IBS).

Bagi mereka yang sudah mempunyai masalah ini, stres dan kegelisahan akan membuatkan keadaan bertambah melarat.

Berada dalam tekanan dalam jangka masa lama akan menambahkan lagi simptom IBS dan pedih ulu hati.

Individu sebegini harus menguruskan emosi dengan betul seperti melakukan perkara atau aktiviti yang mampu memberi ketenangan agar simptom-simptom ini dapat dikurangkan dan terkawal.

5. Kenaikan berat badan

Ketika dalam fasa patah hati, kita akan cenderung untuk makan dengan banyak dan menyebabkan kenaikan berat badan yang mendadak.

Ini terjadi apabila kita memilih makanan sebagai tempat untuk melarikan emosi daripada perkara yang menyedihkan.

Apabila seseorang patah hati, individu tersebut akan berasa tidak berdaya untuk melakukan apa-apa. Duduk dan makan akan menjadi satu solusi yang mudah bagi mengalihkan perhatian mereka.

Utamakan kesihatan diri biarpun patah hati

Satu pengajaran besar yang dapat anda ambil daripada artikel ini ialah kepentingan dalam penjagaan kesihatan diri.

Wahai pembaca sekalian, walau apa pun situasi menyakitkan dan menyedihkan yang sedang dihadapi, janganlah sampai mengabaikan kesihatan.

Bersedih itu normal namun biar berpada-pada, jangan sampai memakan diri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sukar Orgasme & Selalu Rasa Penat? Ini Tanda Awal Wanita Muda Alami Sakit Saraf MS!

Multiple sclerosis (MS), sejenis penyakit neurologi autoimun yang menyebabkan keradangan sistem saraf pusat. Ini tanda-tanda awalnya dalam kalangan wanita..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Sistem Saraf & Otak, Sklerosis Berbilang 27/01/2021 . 3 minit bacaan

Alami Kegelisahan Setiap Kali Nak Period? Usah Bimbang, Ada Cara Untuk Atasinya

Betul ke rasa gelisah boleh menjadi salah satu tanda nak period atau lebih dikenali sebagai sindrom pramenstruasi, PMS? Ikuti penjelasan lanjut mengenainya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 26/01/2021 . 4 minit bacaan

Tak Guna Membazir Beli Produk Anti Penuaan Mahal-Mahal Jika Masih Buat Tabiat Ini…

Semua orang pasti idamkan wajah yang cantik dan awet muda. Tetapi, ia mungkin sukar dikecapi sekiranya anda masih kekal dengan tabiat-tabiat buruk.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 22/01/2021 . 3 minit bacaan

Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

Bunuh diri merupakan salah satu tanda penyakit mental seperti depresi. Jika anda atau rakan anda ada tanda-tanda ingin membunuh diri, jangan berdiam diri ya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Cegah Bunuh Diri, Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

gangguan perasaan

Sakit Jantung & Depresi Saling Berkait Rapat? Hati-Hati Jika Anda Ada Salah Satu Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
kemurungan selepas bersalin

Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan
silent treatment penderaan emosi

Pasangan Suka Lakukan ‘Silent Treatment’ Jika Bergaduh? Ini Namanya Toksik DERA EMOSI

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
anak tidur berdengkur

Si Kecil Boleh Alami 7 Kesan Berdengkur Ini Jika Tidak Dapat Rawatan Segera Doktor Gigi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan