-
Kekalkan identiti
Apabila anda dan si dia semakin rapat, anda mungkin menyedari sebahagian daripada keperibadian diri anda berubah untuk memberi ruang kepada pasangan dan hubungan.
Ia 1 perkara normal dalam sesebuah perhubungan. Namun, sesetengah perubahan yang berlaku mungkin akan memberi kesan kepada perhubungan dan diri anda.
-
Menjadi lebih peka
Kesedaran ini melibatkan fokus kepada apa yang berlaku di sekeliling anda. Jika wujud pemikiran negatif, kenal pasti dan biarkan ia berlalu.
Ini terutamanya jika anda sering terjebak dalam lingkaran pemikiran negatif. Keadaan tersebut penting untuk membantu anda meletakkan keutamaan kepada perhubungan yang terjalin.
Mungkin perhubungan tersebut akan berakhir, namun bukankah lebih baik anda menikmati masa bersama berbanding memikirkan tentang perpisahan?
-
Hubungan komunikasi
Adakalanya keresahan wujud dalam diri anda semata-mata dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan pasangan.
Namun, jika perlakuan pasangan membuatkan wujudnya keadaan ini, cuba untuk berbincang dengan pasangan. Tetapi elakkan daripada membuat sebarang tuduhan.
Lakukan perbincangan walaupun pasangan anda bukan penyumbang kepada kegelisahan perhubungan, ia pastinya dapat membantu si dia memahami apa yang anda alami.
-
Elakkan bertindak mengikut perasaan
Kebimbangan yang wujud cenderung membuatkan anda mahu membuktikan segalanya dalam keadaan baik. Ia 1 perbuatan wajar untuk meyakinkan diri.
Tetapi jika keterlaluan, ia mungkin akan mewujudkan lebih masalah.
Sekiranya anda berasa wujudnya kecenderungan untuk bertindak secara melulu, alihkan perhatian anda dengan menarik nafas dalam-dalam, berjalan-jalan atau berjoging mahupun menghubungi rakan baik anda.
-
Bersikap optimis
Apa kata anda cuba fokuskan kepada kemungkinan positif dalam apa juga situasi. Letakkan segala pertimbangan anda kepada sesuatu yang bersifat positif.
Hindari daripada terlalu bergantung kepada andaian, kepercayaan atau pemikiran anda yang negatif.
Cuba untuk nikmati setiap detik pengalaman, bersikap terbuka dan optimis. Fokuskan kepada perkara yang baik-baik dan menggembirakan sahaja.

-
Pelajari perkara baharu
Setiap individu mempunyai nilai perspektif unik. Pasangan romantik atau seorang individu yang baharu dikenali mempunyai sesuatu yang menarik untuk anda ketahui.
Cuba untuk mempunyai rasa ingin tahu mengenai kehidupan mereka dan mempelajari perspektif unik yang wujud dalam diri mereka.
Memahami diri individu baru pastinya akan dapat membantu menyingkirkan keresahan yang keterlaluan dalam diri anda.
-
Fokus kepada mereka
Terlalu memfokuskan kepada diri sahaja hanya akan membuatkan anda lebih resah. Jadi sebaiknya, cuba untuk menumpukan kepada pasangan atau si dia yang anda jumpa.
Dengarkan ungkapan, perhatikan bahasa badan, senyuman serta kontak mata mereka. Jangan terikat dengan apa yang anda fikirkan semata-mata.
Beri peluang kepada diri…
Tidak dinafikan kelukaan akibat hubungan terdahulu sering kali menyebabkan wujudnya kegelisahan perhubungan dalam diri.
Ia cenderung menyebabkan rasa trauma dan takut untuk menjalinkan hubungan cinta baharu.
Tetapi sampai bila?
Jadi berikan ruang dan peluang untuk diri anda berasa gembira dan bahagia. Izinkan diri anda untuk mengenali si dia, siapa tahu mungkin dia adalah kebahagiaan yang anda cari selama ini.