“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

‘Datang bulan’ bukanlah momen yang ditunggu-tunggu oleh segelintir wanita kerana potensi berlakunya PMS, kekejangan dan kembung perut. Namun bagaimana pula jika anda didatangi haid dua kali sebulan?

Kitaran haid yang normal bagi wanita dewasa adalah antara 21 dan 35 hari, namun adalah tidak menghairankan jika seseorang wanita itu mengalami perubahan bulanan dalam kitaran haid mereka.

Fahami kitaran haid

Sepanjang anda didatangi haid, anda mungkin akan mengalami situasi ini; kitaran haid berlangsung selama beberapa hari atau lebih sedikit daripada bulan sebelumnya, atau mungkin bermula lebih awal atau lambat daripada kitaran sebelumnya.

Perkara ini adalah normal, namun kadang-kadang, anda mungkin didatangi haid dua kali sebulan.

Sekiranya kitaran period anda berada di hujung spektrum yang lebih pendek, anda boleh datang bulan pada awal dan akhir bulan yang sama. Jika ini yang berlaku, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Tetapi jika anda mengalami pendarahan di luar kitaran haid normal atau datang haid dua kali sebulan, perkara pertama yang harus dilakukan adalah untuk mengenal pasti sama ada ia adalah disebabkan pendarahan atau darah haid.

Sekiranya anda mengalami pendarahan haid, anda harus menggunakan tuala wanita atau tampon setiap beberapa jam.

Darah haid anda ini mungkin berwarna merah, coklat, ataupun merah jambu.

Sebaliknya, jika anda mengalami masalah pendarahan, darah yang keluar tidak akan cukup untuk mengisi tuala wanita atau tampon.

Darah ini kebiasaannya akan berwarna merah gelap atau coklat.

Setelah anda tentukan sama ada darah yang keluar disebabkan pendarahan atau darah haid, anda boleh mula mencari punca yang mungkin menyebabkan pendarahan tersebut berlaku.

Antara penyebab haid dua kali sebulan

datang bulan

1. Perimenopause

Perimenopause juga boleh menjadi penyebab berlakunya masalah ini. Ini adalah ketika tempoh menjelang menopaus, di mana hormon anda mulai berubah.

Tempoh perimenopause berbeza di antara wanita dan mungkin berlangsung hingga sepuluh tahun.

Selama tempoh ini, anda mungkin mengalami kitaran haid yang lebih pendek atau lebih lama, pendarahan yang lebih ringan atau lebih berat.

2. Endometriosis

Keadaan ini mengakibatkan pertumbuhan tisu yang serupa dengan tisu rahim di kawasan lain bahagian badan anda.

Gejala endometriosis termasuklah sakit dan kekejangan pada perut serta pendarahan yang tidak teratur.

Kadang-kadang pendarahan yang dialami mungkin menjadi sangat berat sehingga menyerupai haid.

3. Fibroid

Ini adalah satu ketumbuhan di rahim, dan biasanya tidak agresif atau menjadi kanser, tetapi boleh menyebabkan pendarahan yang berat semasa haid.

Gejala tambahan fibroid rahim termasuk:

  • Kerap membuang air kecil
  • Rasa penuh atau tekanan di kawasan pelvis
  • Sakit di bahagian punggung bawah
  • Sakit semasa melakukan hubungan seksual

4. Masalah tiroid

Masalah tiroid seperti hipertiroidisme dan hipotiroidisme juga boleh menyebabkan haid dua kali sebulan. Ini kerana, masalah tiroid boleh menyumbang kepada ketidakteraturan kitaran haid.

Dalam hipotiroidisme, kelenjar tiroid anda tidak aktif dan tidak dapat membuat hormon tiroid yang mencukupi.

Tanda dan gejala hipotiroidisme termasuk:

  • Rasa sejuk sepanjang masa
  • Sembelit
  • Sentiasa berasa letih
  • Pendarahan berat semasa datang bulan
  • Kulit pucat
  • Denyutan jantung perlahan
  • Muka bengkak
  • Pertambahan berat badan

Adakah masalah ini memerlukan rawatan?

Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut:

  • Haid dua kali sebulan hingga 3 bulan berturut-turut
  • Menstruasi berat
  • Sakit semasa melakukan hubungan seks
  • Gumpalan darah besar semasa haid
  • Kekejangan haid yang teruk

Rawatan masalah ini bergantung kepada penyebab terjadinya pendarahan. Walau bagaimanapun, wanita yang mempunyai kitaran haid yang pendek secara semula jadi atau yang berada di peringkat awal akil baligh tidak memerlukan rawatan.

Doktor anda mungkin mencadangkan kawalan kelahiran hormon sebagai rawatan kerana ia dapat membantu mengatur haid dan menyelesaikan potensi masalah anemia yang berlaku akibat pendarahan yang banyak.

Untuk hipotiroidisme pula, doktor anda mungkin mencadangkan terapi penggantian hormon tiroid oral.

Selain itu, semasa perimenopause, doktor mungkin mencadangkan terapi hormon untuk mengatur haid anda sehingga ketika anda memasuki menopaus.

Sekiranya anda mempunyai fibroid rahim, doktor anda mungkin mengesyorkan terapi yang berbeza, termasuk alat intrauterin, embolisasi arteri rahim, atau pembedahan.

Anda juga harus membuat perubahan gaya hidup untuk mengurangkan tahap tekanan anda kerana stres juga dapat mempengaruhi kitaran haid anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tumbuh Bisul Pada Faraj Wanita? Usah Risau, Ini Cara Mudah Merawat, Hanya Di Rumah!

Bisul di kemaluan adalah benjolan berisi nanah yang terbentuk di luar faraj akibat folikel rambut atau kelenjar minyak yang tersumbat. Ini cara merawatnya..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 21/12/2020 . 3 minit bacaan

Kaum Hawa, Perhatikan Warna Darah Period Anda! Ini Lambang Anda Sihat Atau Tidak

Tahukah anda, ada 7 warna darah haid yang berbeza? Semua warna darah ini mempunyai penjelasannya yang tersendiri dari segi kesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 21/12/2020 . 5 minit bacaan

Bagaimana Pemeriksaan Rahim Dibuat? Ada Yang Scan Di Perut & Ada Yang Melalui Faraj

Melakukan pemeriksaan kesihatan bagi kaum Hawa, adalah penting untuk kenal pasti sebarang kelainan. Antara ujian yang sering disarankan, ultrabunyi pelvis.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Pelik! Ada Wanita Yang Selalu Cirit-Birit Waktu Haid, Ini Namanya ‘Period Poop!’

Haid berpotensi menyebabkan kekejangan, perubahan mood dan jerawat. Tetapi, ia juga boleh mendatangkan 'malapetaka' pada sistem pencernaan anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

IUD terkeluar seks kasar

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
berat badan naik haid

Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
hikmah perkahwinan

Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
masalah sembelit selepas menopaus

SEMBELIT Masalah Lazim Selepas Menopaus! Jadi, Wanita Sila Siap Sedia Dengan 3 Solusi Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan