Bilakah terapi hormon digunakan?
Terapi hormon sering digunakan selepas pembedahan (sebagai terapi adjuvan) untuk membantu mengurangkan risiko kanser yang datang kembali. Kadang-kadang ia bermula sebelum pembedahan (sebagai terapi neoadjuvan) juga. Ia biasanya diambil sekurang-kurangnya 5 tahun. Terapi hormon juga boleh digunakan untuk merawat kanser yang telah kembali selepas rawatan atau yang telah merebak ke bahagian badan yang lain.
Bagimana terapi hormon berfungsi?
Menurut Persatuan Kanser Amerika, dalam kanser payudara tertentu, hormon estrogen dan progestron wanita boleh merangsang pertumbuhan sel kanser. Kanser adalah hormon reseptor positif yang tumbuh apabila ia melekat pada reseptor sel kanser. Kira-kira dua pertiga daripada semua kanser payudara adalah hormon reseptor positif.
Terapi hormon bertujuan untuk mencegah estrogen daripada mengikat kepada reseptor untuk melambatkan atau mencegah pertumbuhan kanser.
Pakar patologi akan melakukan ujian ke atas sel-sel kanser payudara untuk menentukan sama ada mereka mempunyai reseptor yang memakan estrogen atau progesteron, merangsang pertumbuhannya. Jika sel kanser mempunyai reseptor ini, doktor anda boleh mengesyorkan ubat terapi hormon, seperti penghalang atau perencat. Kedua-dua jenis ubat ini membantu memusnahkan sel kanser dengan memotong bekalan hormon mereka.
Kesan sampingan terapi hormon
Seperti mana-mana rawatan, terapi hormon juga boleh menyebabkan kesan sampingan. Setiap orang mepunyai tindak balas yang berbeza terhadap ubat-ubatan dan sesetengah orang mempunyai lebih kesan sampingan berbanding orang lain.
Kesan sampingan terapi hormon yang paling biasa adalah simptom menopaus, seperti: