Tuala wanita, tampon, seluar dalam haid, dan menstrual cup adalah antara pilihan yang boleh digunakan pada alat kelamin wanita ketika datang haid.
Pantau kitaran haid
Anda pasti?
Tuala wanita, tampon, seluar dalam haid, dan menstrual cup adalah antara pilihan yang boleh digunakan pada alat kelamin wanita ketika datang haid.
Cara penggunaannya juga berbeza mengikut jenis.
Tampon dan menstrual cup dimasukkan ke dalam faraj, tuala wanita dipakaikan pada panties, dan seluar dalam haid baik untuk mereka yang sering mengalami pendarahan banyak.
Secara majoritinya, selain tuala wanita, tampon sering digunakan pada alat kelamin wanita ketika saat datang bulan.
Tampon dimasukkan ke dalam faraj untuk menyerap aliran haid ketika seseorang individu wanita berada dalam tempoh menstrual.
Ianya berbentuk silinder dan dibuat daripada kapas, rayon, atau merupakan campuran kedua-duanya.
Tampon direka untuk dimasukkan menggunakan aplikator plastik, kadbod atau dimasukkan secara langsung, tanpa menggunakan sebarang bantuan oleh aplikator.
Cara untuk memcabutnya pula cukup mudah, dengan hanya menarik keluar tali tampon daripada saluran faraj.
Pakar mengatakan seseorang individu cenderung untuk terlupa bahawa mereka sedang memakai tampon lalu memasukkan tampon yang baharu ke dalam alat kelamin mereka.
Namun begitu, jangan risau!
Ini kerana tampon tidak akan pergi jauh ke dalam kerana saiz faraj hanyalah sekitar 3 hingga ke 4 inci dan bukaan serviks anda adalah terlalu kecil bagi tampon melaluinya.
Apabila sesuatu benda tersekat di dalam faraj pasti menjadi perkara yang membimbangkan, tetapi ia tidaklah begitu berbahaya.
Ini bermaksud bahawa tampon anda tidak akan hilang di kawasan lain pada badan anda, walaupun anda tidak lagi dapat merasakan tali itu.
Tetapi ada kemungkinan tampon berkenaan bergerak cukup jauh di dalam faraj anda.
Apabila ini berlaku, anda mungkin tidak akan dapat merasakan keberadaan tampon tersebut.
Tampon kemudian boleh membelok ke dalam faraj dan menjadi mampat di bahagian atas vagina, berhampiran serviks.
Tali yang biasanya berada di luar badan sukar untuk ditarik, sehingga menyulitkan anda untuk mengeluarkan tampon.
Sekiranya gejala-gejala ini berlaku kepada anda ketika sedang memakai tampon, tindakan segera harus diambil bagi mengeluarkan tampon yang tersangkut.
Ini kerana membiarkan tampon terlalu lama melebihi 8 jam di dalam badan akan mengakibatkan sindrom kejutan toksik (toxic shock syndrome).
Tampon itu sendiri tidak akan boleh menyebabkan kerosakan pada alat kelamin wanita mahupun serviks.
Kebimbangan utama dalam kes tampon yang tersangkut adalah jangkitan yang disebut sebagai sindrom toxic shock.
Sindrom kejutan toksik adalah jangkitan bakteria yang jarang berlaku tetapi berpotensi menjadi bahaya yang disebabkan oleh Staphylococcus aureus dan Streptococcus pyogenes.
Ini adalah bakteria yang biasanya hidup pada kulit, hidung, atau mulut, di mana mereka hidup tanpa menyebabkan sebarang kemudaratan.
Namun, bakteria ini dapat memasuki aliran darah dan mengeluarkan toksin yang menyebabkan kerosakan pada kulit, organ, dan tisu-tisu badan.
Sekiranya anda ingin mencabut tampon yang tersangkut di dalam faraj, anda boleh mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan dalam artikel ini.
#1 Pastikan tangan anda cukup bersih sebelum menyentuh kemaluan. Ini untuk mengelakkan bakteria daripada memasuki faraj dan pastikan juga anda menutup luka atau calar jika ada pada tangan.
#2 Duduk di tempat duduk tandas dengan kaki diposisikan seperti yang dilakukan semasa anda mahu membuang air besar atau ketika melahirkan anak. Ini dapat membantu tampon untuk bergerak ke bawah saluran faraj.
#3 Kemudian, letakkan jari di dalam kemaluan, buat gerakan melingkar dan cuba untuk masuk sejauh mungkin ke dalam faraj.
#4 Cuba masukkan jari hingga kawasan di bahagian atas faraj di mana tampon kemungkinan tersekat.
#5 Sekiranya lokasi tampon dapat dikesan, cuba masukkan dua jari untuk mencengkam dan menarik tampon tersebut untuk keluar.
Kesimpulannya, cuba cara yang dinyatakan ini dahulu. Jika masih tidak berhasil, anda boleh mendapatkan konsultasi daripada doktor.
Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.
Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.
Panjang Kitaran
(hari)
Objektif
(hari)
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen