Payudara Bengkak Dan Sakit? Ini 7 PUNCA Kesakitan Perlu Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/08/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Anda selalu alami kesakitan pada buah dada? Adakah ia simptom kesihatan yang perlu dibimbangkan? Jom ketahui 7 punca utama kenapa payudara bengkak dan sakit.

Payudara bengkak, adakah perlu risau?

Apabila berlaku sesuatu yang luar daripada kebiasaan, sudah pasti secara tidak langsung ia akan mewujudkan rasa bimbang dalam diri. Apatah lagi jika ia melibatkan kesihatan badan.

Usah risau, kesakitan pada buah dada yang dialami tidak bermakna ia didasari masalah kesihatan serius. Tetapi buah dada yang mengalami bengkak dan sakit boleh berlaku oleh pelbagai punca.

Antara punca rasa sakit, bengkak atau kerengsaan yang berlaku mungkin disebabkan perubahan hormon, jangkitan mahupun kehamilan yang anda lalui. 

Punca payudara bengkak

Jika anda masih bimbang, tidak mengapa. Ia adalah petanda baik bahawa anda menyayangi badan anda.

Berikut dikongsikan 7 punca biasa penyebab kesakitan pada buah dada yang dialami:

1. Mastalgia

Terdapat 2 jenis mastalgia:

  • Kesakitan kitaran (cyclical breast pain)

Kesakitan kitaran biasanya disebabkan kedatangan haid. Ia berlaku pada masa ovulasi dan akan berterusan sehingga kitaran haid bermula.

payudara-bengkak-dan-ini-7-puncanya

Rasa sakit yang dialami mungkin ringan atau teruk dan berlaku pada sebelah atau kedua-dua belah payudara. Kesakitan ini juga boleh berlaku pada bahagian ketiak.

  • Kesakitan tidak berkitaran (noncyclical breast pain)

Kesakitan tidak berkitaran pula berpunca daripada payudara atau otot dan sendi di sekitarnya. Rasa sakit yang dialami hanya berlaku pada 1 bahagian dan tidak akan hilang. 

Antara punca kesakitan pada buah dada ini adalah disebabkan trauma, pukulan pada dada mahupun sakit arthritis.

2. Perubahan payudara Fibrosistik

Ia dikatakan 1 perubahan biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita pada 1 tahap kehidupan. Keadaan ini tidak berbahaya dan boleh menyebabkan pelbagai perubahan sebagai tahap pengumpulan air dalam tisu payudara.

Jika keadaan ini berlaku, anda akan mendapati payudara bengkak dan berasa lebih berat daripada biasa. Masalah bengkak boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua payudara anda. 

Situasi sista yang muncul dan hilang pada buah dada boleh menyebabkan wujudnya parut dan penebalan pada tisu payudara – keadaan ini dipanggil fibrosis.

Ia adalah 1 perubahan yang tidak dapat dilihat tetapi anda akan berasa payudara semakin kental atau berat daripada sebelumnya.

3. Kehamilan 

Payudara yang membengkak juga adalah salah 1 petanda awal kehamilan. Buah dada anda akan mula membengkak dalam tempoh 1 atau 2 minggu selepas persenyawaan berlaku.

Keadaan ini disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan. Anda mungkin akan berasa berat, sakit dan lembut pada bahagian payudara. Saiznya juga mungkin lebih besar daripada biasa.

Sekiranya anda mengalami pembengkakan payudara dan kenaikan berat badan yang disertai dengan tempoh haid yang lewat, maka anda mungkin ingin mengambil ujian kehamilan.

kesakitan buah dada

4. Menyusu badan

Jika anda sedang menyusu badan, mungkin anda sudah biasa dengan keadaan payudara bengkak, berat dan kesakitan pada buah dada khususnya bahagian puting.

Proses penyusuan adalah sesuatu yang mencabar, tetapi ia sangat menyakitkan apabila anda mengalami keadaan bengkak susu atau penghasilan susu yang berlebihan. Ia dikenali sebagai engorgement.

Ia dikatakan 1 keadaan biasa berlaku pada minggu pertama penyusuan, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Jarang menyusukan bayi atau mengepam susu boleh menjadi punca terjadi masalah kesakitan pada buah dada ini. 

5. Jangkitan 

Jangkitan juga boleh menyebabkan wujudnya kesakitan pada buah dada. 2 jangkitan paling kerap berlaku adalah:

  • Mastitis

Kerap berlaku dalam kalangan wanita yang menyusu badan. Mastitis boleh mengakibatkan keradangan, bengkak dan pemberatan pada payudara yang terjejas.

Ia cenderung terjadi apabila susu terperangkap di dalam buah dada, sekali gus membolehkan bakteria membiak tanpa kawalan. Punca keadaan ini disebabkan saluran susu tersumbat atau bakteria daripada kulit anda atau mulut bayi masuk ke dalam payudara melalui puting susu.

  • Jangkitan yis

Merupakan sejenis jangkitan kulat. Antara simptom yang mungkin dialami adalah seperti:

  • Kesakitan pada puting dan payudara
  • Puting menjadi bersisik, berkilat, merekah dan gatal
  • Muncul bintik putih pada lidah, gusi atau pipi bayi

Ibu yang menyusu mungkin akan mengalami rasa terbakar pada payudara selepas penyusuan.

6. Kesan ubatan

payudara-bengkak-dan-ini-7-puncanya

Pengambilan ubatan tertentu juga boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada payudara anda. Antaranya melibatkan ubat dengan kandungan hormon seperti pil kawalan kehamilan, rawatan kesuburan dan terapi penggantian hormon.

Ubat hormon mempunyai fungsi yang berbeza dalam mengawal tahap hormon badan. Naik turun tahap hormon sama ada estrogen atau progesteron boleh menyebabkan payudara bengkak kerana pengekalan air dan menjadikannya lebih berat.

7. Kerengsaan kanser payudara

Payudara yang berat bukan 1 simptom kanser payudara, tetapi mungkin berkaitan kerengsaan kanser payudara.

Menurut Institut Kanser Kebangsaan (NIH), ia adalah 1 keadaan yang jarang berlaku antara 1 hingga 5% dalam semua kanser payudara. 

Masalah berkaitan kanser ini adalah 1 kanser agresif yang boleh menyebabkan kemerahan dan pembengkakan pada payudara. Pertambahan saiz dan berat juga akan ketara dalam beberapa minggu.

Rawatan doktor

Kebanyakan masalah payudara bengkak akan hilang dengan sendiri. Ia 1 keadaan normal untuk buah dada terasa berat.

Namun jika anda bimbang keadaan tersebut didasari masalah kesihatan yang serius, pilihan terbaik adalah untuk mendapatkan pemeriksaan daripada doktor. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Suami Tegur Buah Dada Isteri Makin Besar Lepas Makan Pil Perancang, Betul Ke Ni?

    Pil perancang kehamilan dikatakan mempunyai kesan sampingan termasuklah meningkatkan saiz payudara. Betul ke ni? Jom klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

    Untuk menghindari penyakit, kita harus menjaga pemakanan & bersenam. Tapi 1 perkara tidak diketahui, menjadi ibu juga dapat memperbaiki tahap kesihatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Payudara Lelaki Sama Besar Macam Wanita? Ini Bukan Sebab Gemuk! Tapi Bahaya Tak Macam Ni?

    Anda lelaki, tetapi alami sakit pada payudara dan ia membesar seperti payudara wanita? Anda tahu apakah keadaan yang berlaku pada payudara lelaki itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ehem, Lelaki Memang Suka Tengok Payudara, Tapi Mengapa? Ini Jawapan TEPAT Untuk Persoalan Itu

    Pernahkah anda terfikir, kenapa lelaki suka payudara wanita? Adakah ia merupakan naluri semula jadi manusia atau kesan didikan daripada sekeliling?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 28/05/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bulan kesedaran kanser payudara

    Kenapa Berhenti Jalani Rawatan Kanser Payudara Ketika Pandemik? Jom Sokong Kempen #UnPause!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kanser payudara

    Benjolan Di Ketiak Petanda Kanser Payudara? Bagaimana Nak Pastikan Ketulan Berbahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    puting payudara

    Ada Keraguan Mengenai Puting Payudara? Mengapa Saiz, Warna & Bentuk Berubah? Ini Alasannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan