Kaum Wanita, Tahu Tak Ada 6 Jenis Rahim Jatuh? Nak Rawat Kena Jumpa Doktor!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 18/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Penulis yakin bahawa hampir kesemua kita pasti pernah terdengar atau terbaca mengenai keadaan kesihatan yang dikenali sebagai rahim jatuh.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu kondisi yang mungkin akan menjejaskan kualiti kehidupan seorang wanita.

Persoalannya, apa maksud rahim jatuh berserta puncanya? Jom kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Apa maksud rahim jatuh?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua mengetahui definisi sebenar kondisi ini terlebih dahulu.

Anterior vaginal prolapse yang juga dikenali sebagai rahim jatuh atau rahim turun adalah satu keadaan di mana tisu sokongan di antara pundi kencing dan dinding faraj menjadi lemah.

Ia sekali gus mungkin akan mengakibatkan pundi kencing tersembul masuk ke dalam faraj serta menyebabkan pelbagai masalah selepas menopaus ekoran estrogen yang turun mendadak.

Selain itu, ia mungkin akan membuat anda mengalami simptom-simptom seperti berikut:

  • Rasa tertekan pada pelvis dan faraj
  • Rasa tidak selesa ketika batuk, bersin, mencangkung atau mengangkat barang berat
  • Rasa pundi kencing masih belum kosong walaupun selepas membuang air kecil
  • Rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual
  • Rasa sakit pada bahagian bukaan faraj
  • Jangkitan pundi kencing yang berterusan

Simptom-simptom ini juga selalunya akan lebih ketara selepas penderita berdiri untuk jangka masa yang lama dan mungkin hilang apabila berbaring.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan dan persoalan tentang penyakit rahim jatuh atau rahim turun ini, sila berjumpa doktor dengan kadar segera.

rahim jatuh

Apa punca rahim jatuh?

Seperti mana yang kita tahu, kondisi rahim jatuh akan berlaku akibat tisu sokongan di antara pundi kencing dan dinding faraj menjadi lemah.

Persoalannya, apakah punca rahim jatuh yang sebenar?

Sebenarnya, terdapat banyak sebab keadaan kesihatan ini boleh berlaku pada wanita dan antara yang utama adalah tekanan pada lantai pelvis.

Buat anda yang mungkin belum tahu, lantai pelvis terdiri daripada otot, ligamen dan tisu penghubung yang menyokong organ-organ pelvis.

Hubungan di antara otot, ligamen dan tisu ini akan menjadi lemah dari semasa ke semasa akibat beberapa faktor risiko seperti trauma.

Trauma yang dimaksudkan ini mungkin berpunca daripada proses kehamilan, kelahiran dan sebagainya seperti:

  • Batuk yang kronik
  • Bersin tanpa henti
  • Kerap mengangkat barang yang berat
  • Sering meneran untuk membuang air
  • Sembelit
  • Genetik
  • Obesiti
  • Pernah melakukan pembedahan pelvis
  • Pernah melakukan pembuangan rahim
  • Menopaus
  • Penuaan

Mungkin ada beberapa faktor risiko punca rahim jatuh yang kami tidak nyatakan di atas, jadi sila berjumpa doktor untuk mengetahui mengenai maksud rahim jatuh dengan lebih terperinci.

Jenis-jenis keadaan kesihatan rahim jatuh

Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu maksud rahim jatuh dan puncanya yang sebenar. Berbalik kepada persoalan utama artikel, benarkah ia ada banyak jenis? Ya!

rahim jatuh

#1. Vaginal vault prolapse

Ia adalah kondisi di mana kawasan atas faraj jatuh ke dalam ruang faraj akibat keadaan ini dan biasa berlaku pada wanita yang pernah melakukan pembuangan rahim.

#2. Uterine prolapse

Ia adalah kondisi di mana rahim jatuh ke dalam ruang faraj akibat kondisi ini dan kadangkala mungkin juga boleh membengkak dan terkeluar daripada bukaan faraj.

#3. Cystocele

Ia adalah kondisi di mana pundi kencing turun ke dalam ruang faraj dan biasa berlaku serentak dengan kondisi jenis urethrocele.

#4. Urethrocele

Ia adalah kondisi di mana tiub uretra turun ke dalam ruang faraj dan biasa berlaku serentak dengan kondisi jenis cystocele.

#5. Rectocele

Ia adalah kondisi di mana rektum membengkak lantas termasuk atau terkeluar daripada ruang faraj.

#6. Enterocele

Ia adalah kondisi di mana usus kecil membengkak lantas melekat pada dinding belakang faraj dan biasa berlaku serentak dengan kondisi jenis vaginal vault prolapse.

tanda rahim jatuh

Keenam-enam jenis ini boleh dikategorikan sebagai keadaan kesihatan yang dikenali sebagai anterior vaginal prolapse kerana kesemuanya tergolong dalam organ pada pelvis wanita.

Anda rasa diri anda menghidapinya? Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan ya!

Apa boleh buat untuk rawat rahim jatuh?

Pertama sekali, anda perlu menjalani pemeriksaan untuk mendiagnosis kondisi anda bersama doktor bagi mengetahui jenis dan kaedah rawatan yang terbaik.

Pilihan utama untuk merawatnya adalah dengan menjalani prosedur pembedahan namun ia sangat bergantung kepada kesihatan dan keputusan anda sendiri.

Sekiranya tidak mahu melakukan pembedahan, ada beberapa kaedah yang anda boleh cuba termasuklah melakukan senaman kegel, menggunakan pesari sokongan serta menjalankan terapi estrogen.

Namun sesungguhnya mencegah itu adalah jauh lebih baik daripada merawat bukan?

Untuk mencegah kondisi rahim jatuh, ia perlu bermula daripada usia muda lagi!

Biasakan diri melakukan senaman kegel seperti yang dilakukan dalam yoga beberapa kali sehari serta sentiasa memastikan berat badan anda kekal ideal.

Dalam erti kata yang lebih mudah, cuba amalkan dan jalani kehidupan yang lebih sejahtera untuk rahim yang lebih sihat dan kuat!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Orang Perempuan WAJIB Tahu Simptom Rahim Jatuh, Jangan Biar Ia Berlanjutan Tanpa Dirawat!

Lebih daripada 50 peratus (%) daripada multiparas (wanita yang telah melahirkan anak dua kali atau lebih menderita masalah rahim jatuh.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 27/05/2018 . 12 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

rahim jatuh

Nak Tahu Rahim Jatuh Atau Tidak, Caranya Hanya Guna Jari, Boleh Lakukan Sendiri?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
petua kecutkan rahim yang kembang

Risau Peranakan Jatuh? Ini 7 Petua Untuk Kecutkan Rahim Kembang, No.1 Kena Buat Selalu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/04/2020 . 3 minit bacaan
tanda rahim jatuh

Rahim Jatuh Jika Angkat Barang Berat? Ada Banyak Lagi Punca Peranakan Jatuh!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/03/2020 . 3 minit bacaan
tanda kanser rahim

Rahim Jatuh: Keadaan Menjejaskan Kualiti Kehidupan Wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada 23/05/2019 . 8 minit bacaan