home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Rahim Jatuh Jika Angkat Barang Berat? Ada Banyak Lagi Punca Peranakan Jatuh!

Rahim Jatuh Jika Angkat Barang Berat? Ada Banyak Lagi Punca Peranakan Jatuh!

Sebagai seorang wanita, anda mungkin tidak tahu jika peranakan jatuh kerana tiada sebarang tanda rahim jatuh. Mungkin ada sesetengah perkara atau aktiviti yang anda lakukan di rumah yang boleh menyebabkan rahim jatuh atau peranakan jatuh peringkat awal.

Bagi membantu anda mengenalpasti sekiranya rahim anda jatuh atau tidak, di sini kami senaraikan beberapa tanda rahim jatuh.

Apakah yang dimaksudkan dengan rahim jatuh?

tanda rahim jatuh

Rahim jatuh adalah satu keadaan di mana uterus turun ke arah atau ke dalam faraj. Hal ini berlaku apabila otot dan ligamen lantai pelvis menjadi lemah dan tidak mampu lagi untuk menyokong uterus.

Dalam sesetengah kes, uterus ini boleh menurun hingga ke bahagian bukaan faraj.

Tanda rahim jatuh yang mungkin berlaku kepada anda

Bagi mereka yang mempunyai masalah rahim jatuh yang kecil, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom atau tanda. Manakala bagi mereka yang mempunyai masalah pada tahap sederhana dan teruk, ia mungkin menyebabkan beberapa tanda.

Antara tanda rahim jatuh peringkat awal ialah:

  • Perasaan seperti anda duduk di atas bola
  • Keputihan yang berlaku dengan lebih kerap
  • Mempunyai masalah dyspareunia ketika melakukan hubungan seksual
  • Uterus atau serviks yang menonjol keluar daripada faraj
  • Rasa seperti ditarik atau rasa berat pada bahagian pelvis
  • Mengalami sembelit atau kesukaran untuk membuang najis
  • Kencing tidak lawas
  • Jangkitan kencing yang berulang atau kesukaran untuk membuang air kecil
  • Sakit pada bahagian bawah belakang badan

Apa yang perlu anda lakukan jika mempunyai tanda peranakan jatuh peringkat awal seperti ini? Langkah terbaik semestinya adalah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan bagi tanda peranakan jatuh peringkat awal, ia boleh menjejaskan usus, pundi kencing dan fungsi seksual anda.

Apakah faktor risiko yang menyebabkan tanda rahim jatuh ini berlaku?

peranakan jatuh peringkat awal

Sepertimana simptom-simptom yang telah dinyatakan seperti di atas, rahim jatuh yang berlaku ini juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:

  • Kehamilan
  • Faktor-faktor yang berkaitan kelahiran bayi seperti kecederaan, melahirkan bayi dengan saiz yang besar atau melahirkan bayi menerusi faraj
  • Faktor umur yang semakin meningkat. Khususnya setelah menopaus kerana tahap estrogen telah menurun
  • Kerap mengangkat barang-barang berat
  • Meneran dengan kuat sewaktu membuang air
  • Batuk yang kronik
  • Mempunyai sejarah menjalani pembedahan pada pelvis
  • Faktor genetik yang mendorong kepada berlakunya kelemahan pada tisu penghubung

Adakah mengangkat barang yang berat boleh menyebabkan rahim jatuh?

Mengangkat barang-barang yang berat bukanlah penyebab utama kepada berlakunya rahim jatuh atau peranakan jatuh peringkat awal. Namun, mengangkat barang-barang yang berat boleh menjadi salah satu faktor risiko terjadinya rahim jatuh.

Ini kerana, apabila anda mengangkat barang-barang yang berat, ia akan meningkatkan tekanan pada intraabdomen, yang seterusnya menyebabkan kebocoran pada organ pelvis.

Jadi, anda seharusnya perlulah mengelakkan diri daripada kerap mengangkat barang-barang yang berat.

Otot dan ligamen lantai pelvis yang kuat adalah sangat penting bagi mengelakkan rahim jatuh daripada berlaku.

Adakah terdapat sebarang cara untuk mengelakkan tanda rahim jatuh daripada berlaku?

peranakan jatuh peringkat awal

Anda disarankan untuk melakukan beberapa perkara bagi mengelakkan rahim jatuh daripada berlaku. Antara perkara-perkara yang boleh anda lakukan ialah:

Adakah terdapat sebarang rawatan untuk merawat rahim jatuh?

Terdapat dua kaedah rawatan pembedahan yang tersedia iaitu hysterectomy atau penggantungan rahim (uterine suspension).

Bagi proses penggantungan rahim, doktor bedah akan meletakkan uterus kembali pada tempat asalnya dengan cara mencantumkan ligamen pelvis atau dengan menggunakan alat pembedahan.

Manakala bagi prosedur hysterectomy, doktor akan membuang uterus daripada tubuh. Oleh sebab itu, pembedahan ini tidak disarankan untuk mereka yang merancang memiliki anak.

Kesimpulan

Sebagai seorang wanita, anda perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan munculnya tanda rahim jatuh atau peranakan jatuh peringkat awal. Tidak kira sama ada anda masih lagi remaja atau telah berkahwin, ia amat penting bagi memastikan otot pelvis anda sentiasa kuat bagi menyokong uterus daripada jatuh.

Minta pertolongan suami, rakan atau ahli keluarga yang lain sekiranya anda perlu mengangkat barang-barang yang berat. Ingat, mengangkat barang yang berat boleh menjadi faktor risiko rahim anda jatuh pada masa hadapan.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.healthline.com/health/uterine-prolapse

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/uterine-prolapse/symptoms-causes/syc-20353458

https://www.medicalnewstoday.com/articles/305971

https://continence.org.au/news.php/585/avoiding-prolapse-when-you-are-working-out

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 4 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung