Tempoh masa mengoksidasi darah ini tidak selama darah hitam dan ia boleh muncul dalam pelbagai warna.
Kehamilan

Tompokan atau darah coklat yang terhasil juga boleh menjadi tanda-tanda awal kehamilan yang dipanggil sebagai pendarahan implantasi dalam istilah perubatan.
Pelepasan atau tompokan berwarna coklat ini semasa tempoh kehamilan pula boleh menjadi petunjuk masalah kesihatan seperti kehamilan ektopik atau keguguran.
Sekiranya anda menyedari tompokan darah pendarahan faraj seperti ini semasa mengandung, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.
Lochia
Lendir berwarna merah gelap atau coklat yang berlaku selepas proses kelahiran disebut lochia – pendarahan selepas bersalin.
Biasanya lochia adalah perkara yang tidak perlu dibimbangkan kerana ia merupakan cara badan mengeluarkan lebihan darah dan tisu daripada rahim.
Umumnya, lochia akan bermula daripada darah merah terang dan kemudian akan berubah kepada warna lebih gelap apabila pengalirannya semakin berkurang.
Tempoh lochia adalah berbeza bagi setiap individu, tetapi biasanya berlangsung dalam tempoh beberapa bulan pertama selepas melahirkan anak.
3. Merah terang
Warna darah haid merah terang menunjukkan ia adalah darah segar dan aliran stabil.
Darah haid pada awalnya mungkin akan berwarna merah terang dan berubah kepada gelap pada akhir haid.
Ada wanita mendapati warna darah haid tetap berwarna merah terang sepanjang tempoh period.
Tompokan atau pendarahan luar biasa di antara kitaran haid mungkin menjadi tanda masalah kesihatan melibatkan jangkitan kelamin seperti klamidia.
Pertumbuhan pada lapisan rahim, disebut polip atau fibroid, juga boleh menyebabkan pendarahan luar biasa.
Dalam kes yang jarang berlaku, pendarahan merah terang mungkin merupakan tanda barah serviks. Gejala lain yang perlu diperhatikan seperti:
- Pendarahan banyak
- Tempoh haid lebih lama
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Keputihan berbau
- Sakit pada bahagian belakang badan, pelvis atau kaki
- Hilang selera makan
- Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
4. Merah jambu
Ciri darah haid berwarna merah jambu ini boleh berlaku apabila darah haid bercampur dengan lendir serviks.
Penggunaan alat kawalan kelahiran jenis hormon boleh menurunkan kadar estrogen di dalam badan dan mengakibatkan warna darah lebih cerah dengan rona merah jambu semasa period.

Hubungan seksual juga mungkin boleh menyebabkan koyakan kecil pada faraj atau serviks.
Darah kesan koyakan ini akan bercampur dengan cecair faraj dan disingkirkan daripada badan sebagai keputihan merah muda.
Punca lain penyebab warna darah haid menjadi merah jambu adalah:
- Penurunan berat badan mendadak
- Diet yang tidak sihat
- Anemia
Kehamilan
Lendir berwarna merah muda dengan tisu dan disertai dengan kekejangan mungkin petanda keguguran.
Penting bagi wanita yang mengalami pendarahan faraj semasa mengandung untuk berjumpa doktor.
5. Oren
Campuran darah dengan cecair serviks juga boleh menghasilkan ciri darah haid berwarna oren.
Darah berwarna oren ini menandakan masalah kesihatan jangkitan seperti vaginosis bakteria atau trichomoniasis.
Simptom lain yang perlu diperhatikan adalah kegatalan faraj, ketidakselesaan dan lendir berbau.
Sebaiknya, lakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti puncanya.
6. Kelabu
Ia petanda masalah vaginosis bakteria, disebabkan ketidakseimbangan bakteria dalam faraj.
Simptom lain yang perlu diperhatikan adalah:
Pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor. Biasanya anda akan diberikan antibiotik untuk merawat masalah kesihatan tersebut.
Kehamilan
Pada peringkat akhir kehamilan, pelepasan warna kelabu dengan darah beku adalah petanda keguguran.
Berwaspada..
Warna darah haid dan tahap kepekatan darah boleh memberikan maklumat berguna tentang tahap kesihatan individu secara keseluruhan.
Jika mempunyai keraguan atau kebimbangan, lakukan pemeriksaan dengan doktor obstetrik dan ginekologi.