Fakta Disemak oleh Nurul Halifah
Sistoskopi fleksibel merupakan prosedur untuk memeriksa sebarang masalah di dalam pundi kencing wanita menggunakan teleskop fleksibel (sistoskopi).
Sistoskopi fleksibel biasanya adalah langkah yang berkesan dan selamat untuk mencari jika ada masalah dengan pundi kencing anda.
Sistoskopi mungkin disarankan sekiranya anda mengalami sakit, darah dalam air kencing anda dan jangkitan berulang kali, atau mempunyai iritasi pundi kencing (keinginan untuk kencing secara tiba-tiba dan tidak dapat dikawal)
Anda harus mengetahui beberapa alternatif lain untuk rawatan ini:
Anda akan diminta untuk melakukan sistoskopi fleksibel jika doktor anda mahu mendiagnosis keadaan pundi kencing wanita dan sistem urinari anda. Bagi lebih spesifik, prosedur ini digunakan untuk:
Komplikasi yang serius jarang dialami selepas melakukan sistoskopi, namun sesetengah individu mengalami pendarahan berterusan dan masalah untuk kencing.
Anda seharusnya tidak merasa sebarang kesakitan yang serius kerana sistoskopi fleksibel biasa dijalankan dengan menggunakan gel atau semburan anestesia setempat untuk membuat uretra kebas.
Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang prosedur ini kurang selesa dan anda mungkin akan merasai kesan sampingan sederhana selepas melakukan prosedur, seperti sakit otot dan mual.
Terdapat juga risiko kecil untuk berlaku jangkitan saluran kencing (UTI) yang melibatkan uretra, pundi kencing atau buah pinggang anda.
Anda harus berjumpa GP anda sekiranya anda mengalami simptom-simptom jangkitan seperti demam lebih daripada 38 darjah selsius dan ke atas.
Sama seperti prosedur invasif yang lain, komplikasi boleh berlaku. Komplikasi yang berkaitan dengan sistoskopi termasuk, namun tidak terhad kepada, berikut:
Mungkin terdapat juga risiko yang lain, bergantung kepada keadaan perubatan spesifik anda.
Pastikan anda berbincang mengenai sebarang kebimbangan yang ada bersama doktor anda sebelum melakukan prosedur.
Jangkitan saluran kencing boleh menganggu sistoskopi.
Penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum melakukan prosedur ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor dan doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.
Anda mungkin akan diminta untuk berpuasa sebelum melakukan prosedur. Jenis puasa bergantung kepada jenis anestesia yang akan digunakan.
Doktor anda akan memberi arahan spesifik kepada anda mengenai cara puasa bagi prosedur ini.
Anda mungkin akan diberi arahan tambahan mengenai diet khas untuk satu hingga dua hari sebelum prosedur.
Sekiranya anda hamil atau anda rasa anda hamil, anda perlu memberitahu pembekal penjagaan kesihatan anda.
Jika anda mengesyaki anda mempunyai jangkitan pada saluran kencing, beritahu doktor anda, kerana ini mungkin akan menjadi kontraindikasi kepada sistoskopi.
Doktor anda mungkin memerlukan sampel air kencing untuk diuji bagi mengesan jangkitan sebelum memulakan prosedur ini.
Sistoskopi fleksibel biasanya mengambil masa lima minit.
Doktor anda akan memasukkan sistoskopi ke dalam pundi kencing wanita melalui uretra.
Doktor akan menggunakan sistoskopi untuk melihat sebarang masalah pada dinding pundi kencing anda.
Doktor anda akan memberitahu anda sekiranya dia perlu melakukan biopsi.
Jika anda ada sebarang soalan atau kebimbangan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.
Anda dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama, selepas anda telah kencing.
Anda boleh kembali bekerja selepas melakukan sistoskopi melainkan anda diberitahu sebaliknya.
Bersenam secara berkala boleh meningkatkan kesihatan jangka panjang anda. Sebelum anda mula bersenam, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Doktor anda akan memaklumkan apa yang dijumpai semasa sistoskopi pundi kencing wanita dijalankan dan berbincang dengan anda mengenai rawatan dan temu janji susulan yang anda perlu.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Nurul Halifah
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen