backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Apakah yang Anda Perlu Tahu tentang Gangguan Lantai Pelvis

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    Apakah yang Anda Perlu Tahu tentang Gangguan Lantai Pelvis

    Apakah itu lantai pelvis?

    Lantai pelvis manusia terdiri daripada otot pelvik, ligamen, tisu penghubung dan saraf. Lantai pelvis bertanggungjawab untuk memastikan pundi kencing, rektum, dan lain-lain organ pelvik berada di tempat masing-masing dan membantu organ-organ tersebut berfungsi dengan baik. Wanita lebih berisiko tinggi untuk mengalami gangguan lantai pelvis.

    Apakah itu gangguan lantai pelvis?

    Gangguan lantai pelvis berlaku apabila lantai pelvis gagal menyokong organ-organ pelvis. 3 jenis gangguan pelvik yang utama termasuk:

  • Inkotinens urinari: berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal air kencing mereka, menyebabkan kebocoran air kencing
  • Inkontinens usus: berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal membuang air besar, menyebabkan kebocoran najis
  • Prolaps organ pelvis: berlaku apabila rahim, pundi kencing, atau usus menggeleber ke dalam vagina, menyebabkan bonjol
  • Bagaimanakah untuk mengetahui jika saya mengalami gangguan lantai pelvis?

    Anda mungkin mengalami gangguan lantai pelvis jika anda mengalami:

    • Masalah membuang air kencing
    • Sembelit atau sakit semasa membuang air besar
    • Kesakitan atau tekanan vagina
    • Kesakitan atau tekanan rektum
    • Rasa berat atau bonjolan di kawasan pelvis
    • Kontraksi otot pelvis

    Adakah gangguan lantai pelvis berlaku apabila kita bertambah tua?

    Walaupun seseorang lebih cenderung mendapat gangguan lantai pelvis ketika mereka berumur, keadaan pelvis tidak semestinya disebabkan oleh penuaan dan boleh dirawat dengan campur tangan perubatan.

    Siapakah yang berisiko mengalami gangguan lantai pelvis?

    Wanita yang telah melahirkan anak lebih terdedah kepada gangguan lantai pelvis. Risiko meningkat dengan bilangan anak yang dilahirkan seorang wanita. Mereka yang berlebihan berat badan atau obes juga lebih cenderung mengalami gangguan lantai pelvis. Sekiranya anda pernah menjalani pembedahan lantai pelvis atau terapi radiasi untuk merawat keadaan kesihatan yang lain, anda berpotensi mengalami gangguan lantai pelvis kerana tisu pelvis anda berkemungkinan rosak semasa rawatan sebelumnya. Gaya hidup dan faktor genetik juga memainkan peranan.

    Apakah pilihan rawatan yang ada untuk gangguan lantai pelvis?

    Rawatan tanpa bedah termasuk:

  • Senaman otot lantai pelvis untuk supaya dapat mengawal otot pelvis
  • Suntikan untuk masalah pundi kencing
  • Ubat untuk mengawal pundi kencing atau mengubati keadaan najis longgar dan masalah buang air besar
  • Pesari vagina untuk merawat prolaps dan menyokong organ-organ pelvis, menghalang organ-organ tersebut daripada menggeleber ke dalam vagina lagi
  • Sekiranya pilihan rawatan tanpa bedah tidak berkesan untuk anda, doktor anda mungkin mengesyorkan pembedahan, terutama prolaps organ pelvis untuk membaiki prolaps dan membina semula otot pelvis. Pembedahan juga bermanfaat bagi mereka yang mempunyai masalah kawalan pundi kencing dan usus. Walau bagaimanapun, pembedahan pelvis mungkin mengganggu keupayaan anda untuk mempunyai anak. Adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor anda secara terperinci untuk mempertimbangkan kebaikan dan keburukan dan mengena pasti pilihan yang paling sesuai untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan