backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Info Lengkap Masalah Kehamilan & Kelahiran Yang Ibu Hamil Mesti Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/10/2021

Info Lengkap Masalah Kehamilan & Kelahiran Yang Ibu Hamil Mesti Tahu

Masalah ibu mengandung boleh berlaku pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. Namun, ada juga individu yang lebih berisiko untuk mengalami masalah kandungan tertentu seperti keguguran dan sebagainya. Ini penjelasan lanjut mengenainya. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Masalah ibu mengandung

Kebanyakan kehamilan berlaku tanpa sebarang komplikasi.

Namun, sesetengah wanita hamil mungkin akan mengalami komplikasi kehamilan yang bukan sahaja melibatkan diri mereka, tetapi juga kesihatan bayi atau kedua-duanya sekali.

Adakalanya, jenis penyakit tertentu yang berlaku sebelum kehamilan boleh menjadi punca kepada komplikasi yang muncul itu. 

Ada juga masalah ibu mengandung yang berlaku sewaktu melahirkan bayi.

Antara jenis masalah kandungan yang boleh berlaku kepada wanita hamil seperti preeklampsia, kelahiran pramatang, tekanan darah tinggi, diabetes gestasi dan keguguran.

Masalah dan Komplikasi

Walaupun kebanyakan masalah kandungan yang berlaku hanya bersifat ringan, namun anda perlu merujuk kepada doktor sekiranya terdapat kebimbangan mengenai kesihatan diri dan kandungan anda.

Kebanyakan daripada komplikasi ini dapat dikawal sekiranya anda mendapatkan rawatan awal daripada doktor.

masalah kandungan

Antara jenis-jenis masalah kandungan dan kelahiran yang sering berlaku terhadap wanita hamil adalah seperti:

#1. Keguguran

Keguguran bermaksud anda kehilangan kandungan dalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan.

Menurut kajian oleh American Pregnancy Association (APA), sebanyak 20% daripada kehamilan yang sihat akan berakhir dengan masalah keguguran.

Kadangkala ia berlaku sebelum seseorang wanita itu menyedari bahawa dirinya sedang hamil.

Kebanyakan daripada kes-kes keguguran sememangnya tidak dapat dielakkan. 

Bagi kelahiran kandungan selepas minggu ke-20, ia disebut sebagai kelahiran mati (stillbirth).

Antara punca yang menyebabkan kelahiran mati adalah disebabkan jangkitan, plasenta yang bermasalah serta ibu yang mempunyai masalah kesihatan kronik.

#2. Jangkitan

Pelbagai jenis jangkitan boleh menyebabkan komplikasi terhadap ibu hamil.

Ini termasuklah jangkitan yang berpunca daripada virus, bakteria atau parasit.

Antara jenis jangkitan yang boleh menyebabkan masalah ibu mengandung ialah influenza, jangkitan salur kencing, vaginosis bakteria, jangkitan yis, virus Zika dan streptokokus kumpulan B.

Selain itu, antara jangkitan lain yang boleh menyebabkan masalah kandungan seperti virus hepatitis B, sitomegalovirus dan toxoplasmosis.

Ada jenis jangkitan yang boleh dielakkan dengan cara mencuci tangan dengan kerap.

Ada juga jangkitan yang boleh dicegah melalui pengambilan suntikan vaksin khusus. 

#3. Diabetes gestasi

Diabetes gestasi bermaksud diabetes kehamilan atau kencing manis yang berlaku semasa hamil.

Secara umumnya, diabetes berlaku apabila badan tidak dapat memproses kandungan gula dalam tubuh dengan baik.

Ini kemudiannya menyebabkan peningkatan paras gula darah dalam tubuh.

Ada sesetengah wanita hamil yang mengalami diabetes gestasi ini yang perlu mengubah gaya pemakanan harian mereka untuk menstabilkan gula darah.

Ada juga yang mungkin terpaksa mengambil ubat diabetes atau insulin bagi tujuan yang sama.

Diabetes ini akan hilang sejurus selepas anda melahirkan bayi. 

Komplikasi kelahiran 

masalah ibu mengandung

Selain kandungan, masalah juga boleh berlaku ketika proses kelahiran bayi. Antara jenis komplikasi kelahiran yang biasa berlaku adalah seperti:

#1. Kedudukan bayi songsang

Seseorang bayi dianggap berada dalam kedudukan songsang sekiranya kaki mereka dikeluarkan terlebih dahulu daripada kepala sewaktu dilahirkan.

Kes-kes kelahiran songsang ini berlaku dengan jumlah 4% daripada keseluruhan fasa bersalin. 

Namun anda tidak perlu berasa risau kerana kebanyakan daripada bayi yang dilahirkan secara songsang ini adalah sihat.

Doktor mungkin tidak menggalakkan anda untuk melahirkan bayi secara normal melalui faraj sekiranya bayi terlalu besar atau menunjukkan tanda-tanda kelahiran yang sukar.

Sekiranya doktor mengesan kedudukan bayi anda berada dalam keadaan songsang beberapa minggu sebelum kelahiran, doktor akan cuba mengubah kedudukan bayi tersebut.

Namun, jika kedudukannya tidak berubah, doktor mungkin akan melakukan kaedah czer untuk mengeluarkan bayi daripada kandungan.

#2. Berat kelahiran rendah

Berat bayi yang terlalu rendah juga adalah antara komplikasi semasa kelahiran.

Antara punca yang menyebabkan ia berlaku disebabkan tabiat merokok, pengambilan dadah dan minuman keras.

Bayi dengan berat yang terlalu rendah berisiko untuk mengalami beberapa masalah lain seperti kebutaan, jangkitan pada hati, jangkitan pernafasan dan gangguan pembelajaran kelak. 

Cara mencegah

masalah ibu mengandung

Tidak semua jenis komplikasi dapat dicegah. Namun, cara yang dinyatakan ini mungkin boleh membantu anda mendapat kehamilan yang lebih sihat dan mengurangkan risiko masalah kandungan.

Antara yang boleh anda lakukan ialah:

  • Ambil vitamin tambahan setiap hari
  • Makan makanan yang sihat dengan kerap seperti buah-buahan, sayuran dan serat
  • Kurangkan stres atau tekanan 
  • Berhenti merokok dengan segera jika anda merancang untuk hamil
  • Elakkan pengambilan minuman beralkohol
  • Elakkan pengambilan dadah terlarang
  • Kerap berjumpa doktor seperti yang telah dijadualkan
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan

Jumpa doktor

Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda yang tidak normal, segeralah berjumpa doktor.

Antara tanda-tanda tersebut ialah:

  • Pendarahan pada faraj
  • Sakit badan
  • Demam
  • Pembengkakan pada wajah dan tangan
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Sakit kepala yang teruk
  • Berasa seperti hendak pengsan
  • Kerap muntah-muntah

Anda juga perlu menghubungi doktor sekiranya pergerakan bayi menjadi kurang aktif berbanding sebelum ini. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/10/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan