Kanser rahim merupakan jenis penyakit kanser yang lazim dialami oleh wanita di seluruh dunia. Tanda tanda kanser rahim kadangkala sukar untuk dibezakan dengan gejala penyakit lain.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Kanser rahim merupakan jenis penyakit kanser yang lazim dialami oleh wanita di seluruh dunia. Tanda tanda kanser rahim kadangkala sukar untuk dibezakan dengan gejala penyakit lain.
Oleh sebab itulah penting bagi setiap wanita untuk lebih peka dan komited melakukan ujian pap smear.
Walaupun pap smear tidak digunakan untuk mendiagnosis kanser rahim, namun ia boleh menunjukkan keputusan tidak normal.
Artikel ini akan membincangkan perihal 15 tanda tanda kanser rahim yang perlu diberi perhatian.
Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.
Purata usia bagi diagnosis kanser rahim adalah pada sekitar 60 tahun.
Jumlahnya meningkat saban tahun dan pelbagai jenis faktor risiko yang sering dikaitkan dengan kanser rahim.
Antaranya adalah:
Mereka yang menghidap kanser rahim kebiasaannya didiagnosis pada peringkat awal.
Beberapa simptom yang timbul lazimnya akan mendorong wanita untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Ini bermakna, peluang untuk seseorang itu sembuh daripada kanser rahim tinggi.
Kanser rahim tidak mempunyai ujian saringan yang rutin seperti pap smear yang digunakan untuk menyaring kanser serviks.
Oleh sebab itulah penting untuk anda tahu berkenaan dengan tanda tanda kanser rahim.
Apabila anda sudah menopaus, secara logiknya, anda tidak akan mengalami pendarahan melainkan jika ia disebabkan oleh punca lain seperti trauma dan kanser.
Pendarahan selepas usia menopaus merupakan tanda kanser rahim yang paling jelas.
Ia juga tanda yang sering mendorong pesakit untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan, justeru, kanser rahim boleh didiagnosis pada peringkat awal.
Artikel lain:
Jika pendarahan tersebut diambil mudah, kanser rahim boleh berkembang dengan cepat sehingga ke tahap 4.
Pada tahap tersebut, rawatan hanya berfokus pada aspek paliatif (rawat simptom untuk keselesaan pesakit).
Bukan semua wanita yang didiagnosis dengan masalah kanser rahim sudah menopaus.
Bagi yang belum dan didiagnosis dengan kanser ini, kitaran haid tidak normal merupakan salah satu gejala yang boleh dialami.
Ia bukanlah salah satu tanda kanser rahim yang mudah dikesan oleh populasi umum.
Perkara ini terutamanya jika anda memang mempunyai haid tidak teratur dalam kitaran pendarahan anda.
Aktiviti ovari terganggu dan ini menyebabkan masalah pada pendarahan yang berlaku ketika haid.
Anda boleh alami pendarahan yang banyak atau pendarahan di antara dua kitaran haid.
Namun, anda perlu tahu bahawa bukan semua masalah haid tidak normal disebabkan oleh kanser.
Selain daripada kanser serviks dan jangkitan kelamin, sakit pada bahagian pinggul semasa hubungan seks juga boleh disebabkan oleh kanser rahim.
Namun, ia bukanlah satu simptom yang lazim dialami.
Baca juga:
Ia tidak spesifik kepada simptom kanser. Pemeriksaan oleh doktor bertauliah penting untuk membezakan tanda tanda kanser rahim dengan gejala masalah lain.
Mereka yang mengalami masalah hilang berat badan walaupun tidak mengamalkan sebarang diet dan senaman, juga boleh didiagnosis dengan masalah kanser.
Cumanya, tanda tanda kanser rahim ini terlalu meluas kepada pelbagai jenis kanser dan penyakit kronik.
Salah satu daripadanya adalah kanser rahim.
Jika anda mengalami simptom ini, jangan membuat anggapan yang bukan-bukan. Dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
Ia mungkin berpunca daripada masalah lain.
Semakin lama masalah kanser ini berlarutan, semakin banyak simptom tidak spesifik yang akan timbul.
Ia boleh berlaku disebabkan oleh perubahan hormon atau fungsi organ yang terlibat dengan proses kanser rahim.
Sebagai contoh, mereka yang mengalami kanser rahim peringkat 4 boleh alami masalah sesak nafas sekiranya kanser sudah merebak ke peparu.
Gejala kanser rahim lain pada peringkat awal dan lewat kebanyakannya tidak spesifik.
Antaranya adalah:
Jika anda mengalami sebarang tanda yang telah disenaraikan, pastikan anda membuat pemeriksaan dengan kadar segera.
Diagnosis kanser rahim tidak boleh dibuat berdasarkan simptom semata-mata.
Ia memerlukan pemeriksaan fizikal menggunakan peralatan ultrasound untuk mengimbas ketumbuhan tersebut.
Rawatannya bergantung kepada tahap kanser itu sendiri.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen