backup og meta

Inginkan Badan Langsing? Jom Amalkan Diet Ubi Keledek, Sedap Dan Mengenyangkan!

Inginkan Badan Langsing? Jom Amalkan Diet Ubi Keledek, Sedap Dan Mengenyangkan!

Macam-macam ubat kurus telah anda telan, tapi berat masih tidak turun? Mungkin sudah tiba masanya anda cuba kuruskan badan cara tradisional pula iaitu dengan mencuba diet ubi keledek.

Sejak berkurun lama, ubi keledek menjadi antara pilihan makanan utama untuk segelintir individu. Ia dari kategori sayuran dan kaya dengan pelbagai vitamin, khususnya vitamin A yang berperanan untuk menyokong kesihatan organ; mineral dan sebatian tumbuhan yang dipanggil fitonutrien. 

Ubi ini telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu individu yang mempunyai keinginan untuk mengurangkan berat badan. Tetapi betul ke ia adalah salah satu jenis diet pemakanan yang baik?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Diet ubi keledek sebagai cara kuruskan badan dengan cepat

diet ubi keledek

Seperti namanya, diet ubi keledek memerlukan anda untuk menggunakan ubi sebagai salah satu bahan dalam diet anda, selain makanan pembakar lemak lain seperti yogurt, sayuran, dan makanan berserat tinggi. 

Dikatakan dengan mengikuti diet ubi ini selama tiga hari, anda akan dapat melihat perbezaan dalam aspek penampilan dengan pengurangan berat badan sehingga 2 kilogram (kg). 3 hari hilang 2 kilogram, kira okaylah ‘kan’?

Tetapi bagaimana ubi keledek boleh membantu anda kuruskan badan secara tradisional? Jom kami terangkan bagaimana caranya.

5 cara bagaimana diet ubi keledek bantu kuruskan badan secara tradisional

#1 Diet ubi keledek rendah kalori

Salah satu faktor yang mempengaruhi penurunan berat badan adalah mengekalkan keseimbangan tenaga. Ubi keledek merupakan satu sumber makanan yang rendah kandungan kalori. 

Ubi yang seberat 130 gram mengandungi 112 kalori, bersamaan 477 kJ. Ini bermakna anda perlu mengambil lebih kalori untuk membantu membakar tenaga dengan lebih baik. Sebanyak 250 kandungan kalori yang anda perlukan bagi membantu proses pembakaran tenaga dan penurunan berat badan.

Baca juga:

#2 Serat tinggi

Ubi keledek merupakan sejenis makanan yang tinggi kandungan serat dan semestinya kandungan serat yang tinggi dapat membantu mengurangkan berat badan.

Ia akan menyebabkan anda berasa kenyang dan menghindari keinginan anda untuk makan secara berlebihan.

Ia juga merangkumi molekul-molekul lemak dan menghalang penyerapan lemak, menggalakkan pengerakan najis di dalam kolon, dan membantu pengeluaran bakteria usus yang baik.

Oleh itu, ubi yang kaya dengan serat ini dapat membantu meningkatkan metabolisma, pencernaan dan perkumuhan. Ini sekali gus membantu proses penurunan berat badan. 

#3 Diet ubi keledek tinggi karbohidrat

kuruskan badan cara tradisional

Kandungan karbohidrat tidak boleh diabaikan sepenuhnya. Ia membekalkan anda dengan tenaga yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.

Untuk membakar kalori yang anda ambil, anda perlu mempunyai tenaga yang mencukupi yang membolehkan anda berjalan-jalan, menggunakan tangga dan bukannya lif serta melakukan senaman fizikal.

Kekurangan karbohidrat akan menyebabkan badan anda kurang tenaga bagi mengekalkan diri anda aktif dan sihat. Ubi seberat 328 gram mengandungi lebih kurang 58 karbohidrat dengan 8.2 gram adalah serat makanan karbohidrat kompleks. 

#4 Rendah GI

diet ubi keledek

Indeks glisemik (GI) adalah nombor yang diberikan kepada makanan bergantung kepada tahap peningkatan glukosa dalam badan selepas pengambilan makanan.

Jika makanan yang dimakan menyebabkan kenaikan gula dalam darah menjadi tinggi, ini bermakna ia mempunyai kandungan GI tinggi.

Dalam erti kata lain, makanan itu jika diambil dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kencing manis dan rintangan insulin. 

Walaupun ubi keledek adalah sejenis makanan yang secara semula jadi manis, namun ia mempunyai kandungan indeks glisemik yang rendah.

Dikatakan GI bagi ubi yang direbus adalah antara 44-61, untuk ubi dibakar adalah 94 dan bagi ubi dipanggang adalah sebanyak 82. Jadi anda boleh mengambil dan memakan ubi tanpa bimbang kenaikan paras gula dalam darah. 

#5 Antioksidan

Ubi yang berwarna oren atau ungu menunjukkan kehadiran karotenoid – sebatian berasaskan tumbuhan yang ditukar kepada vitamin A dalam badan atau anthocyanin. Kedua-dua bahan fitokimia ini adalah bersifat antioksidan. Selain itu, ubi ini juga mengandungi sumber antioksidan lain seperti tembaga atau zink superoxide dismutase, catalase dan sporamins

Jadi, atas faktor-faktor yang dinyatakan di atas, semestinya ubi keledek adalah antara sumber diet baik jika anda mahu tampil lebih langsing. No more diet pills!

Pelan diet ubi keledek untuk kuruskan badan cara tradisional

kuruskan badan cara tradisional

Seperti yang diberitahu pada awal artikel ini, anda hanya perlu untuk mengamalkan diet ubi keledek berterusan selama 3 hari untuk melihat berat badan anda berkurangan lebih kurang 2 kilogram.

Jadi berikut adalah pelan diet ubi yang harus anda ikuti selama 3 hari yang akan membantu anda detoks, menghilangkan berat dan segalanya yang hebat dan baik untuk kesihatan. 

Hari pertama diet ubi keledek

  • Sarapan – Sebiji telur rebus, sebiji ubi yang direbus dan 1 cawan teh hijau
  • Makan tengah hari – Sebiji ubi yang direbus, 85 gram ikan atau ayam panggang dan 1 cawan yogurt
  • Makan malam –  Semangkuk sup ubi

Hari kedua

  • Sarapan – Sebiji ubi yang direbus, 2 biji putih telur omelet dan secawan black coffee
  • Makan tengah hari – Salad campuran cendawan, bayam dan ubi yang direbus dengan sos dan secawan buttermilk
  • Makan malam – Sebiji ubi yang direbus dicampur dengan brokoli bersama 85 gram ikan, ayam atau tauhu panggang

Hari ketiga

  • Sarapan – Sebiji ubi yang direbus dicampur dengan 4 biji almond, secawan teh hijau dan sebiji pisang
  • Makan tengah hari – Sup ubi yang dimakan bersama sepotong roti gandum dan secawan yogurt
  • Makan malam – Ubi yang dilenyek bersama campuran kacang pea dan bunga kubis serta cendawan panggang

Ikuti pelan diet ubi keledek di atas selama 3 hari dan anda akan melihat perbezaan dalam sistem metabolisma serta pengurangan berat badan anda. Amat penting untuk mengambil makanan yang dimasak sendiri bagi mengelakkan sebarang kalori yang tersembunyi. Selamat mencuba!

Namun penting untuk diingatkan keperluan kalori harian adalah berbeza bagi setiap individu. Keadaan ini bergantung kepada beberapa faktor seperti aktiviti harian yang dilakukan, berat badan, keadaan kesihatan dan pelbagai faktor lain.

Jadi pelan diet ini mungkin tidak sesuai untuk diamalkan oleh setiap individu. Sebaiknya dapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar pemakanan dan doktor terlebih dahulu.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 3-Day Sweet Potato Diet To Break You Out Of Your Weight Loss Rut. https://betterme.world/articles/3-day-sweet-potato-diet/. Accessed June 23, 2022.
  2. Sweet Potatoes. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/sweet-potatoes/. Accessed June 23, 2022.
  3. The Okinawan Sweet Potato: A Purple Powerhouse of Nutrition. https://www.downtoearth.org/health/nutrition/okinawan-sweet-potato-purple-powerhouse-nutrition. Accessed June 23, 2022.
  4. Antioxidants and Cancer Prevention. https://www.cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/diet/antioxidants-fact-sheet. Accessed June 23, 2022.
  5. 2015-2020 Dietary Guidelines. https://health.gov/our-work/nutrition-physical-activity/dietary-guidelines/previous-dietary-guidelines/2015. Accessed June 23, 2022.
  6. A Primer on Potassium. https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/eat-smart/sodium/potassium. Accessed June 23, 2022.
  7. Antidiabetic activity of white skinned sweet potato (Ipomoea batatas L.) in obese Zucker fatty rats. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/10706405/. Accessed June 23, 2022.

Versi Terbaru

14/08/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Nak Cepat Kurus? Ini 31 Jenis Makanan Diet Berkesan Turunkan Berat Badan!

Rancang Nak Turun Berat, Berapa Portion Nasi Untuk Diet Yang Disarankan?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan