backup og meta

Boleh Ke Orang Diabetes Makan Pisang? Ini Kesannya Pada Paras Glukosa Darah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/09/2022

    Boleh Ke Orang Diabetes Makan Pisang? Ini Kesannya Pada Paras Glukosa Darah!

    Pisang diabetes? Tapi boleh ke individu dengan kencing manis makan pisang? Jom ketahui jenis pisang untuk penderita diabetes yang sesuai untuk dimakan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Pisang, kesannya pada diabetes & tahap glukosa darah

    Sebagai penghidap diabetes, adalah penting untuk memastikan paras gula darah stabil. Pengurusan tahap glukosa darah yang baik boleh membantu mencegah atau melambatkan perkembangan beberapa komplikasi perubatan utama diabetes.

    Disebabkan itu, amat penting untuk mengelakkan atau meminimumkan makanan yang melonjakkan glukosa darah.

    Buah-buahan umumnya baik untuk kesihatan, namun pisang mempunyai kandungan karbohidrat dan gula – nutrien utama yang meningkatkan paras gula darah.

    Jadi apakah jenis pisang untuk penderita diabetes, ya?

    Waspada dengan kandungan karbohidrat dalam pisang

    Amat penting untuk pesakit diabetes mengetahui jumlah dan jenis karbohidrat dalam diet harian.

    Ini kerana karbohidrat meningkatkan paras gula darah berbanding nutrien lain, yang bermaksud ia boleh menjejaskan pengurusan glukosa darah anda.

    Apabila paras gula darah meningkat pada individu tanpa diabetes, badan mereka akan menghasilkan insulin. Ini membantu mengalihkan gula keluar dari darah dan masuk ke dalam sel – tempat ia digunakan atau disimpan.

    Malangnya, proses ini tidak berfungsi seperti sepatutnya bagi penghidap diabetes. Ia sama ada badan tidak menghasilkan insulin mencukupi atau sel-sel mewujudkan rintangan terhadap insulin yang dihasilkan.

    jenis pisang untuk penderita diabetes

    Tanpa pengurusan diabetes yang betul, anda mungkin mengalami lonjakan paras glukosa darah selepas makan makanan berkarbohidrat tinggi atau mempunyai paras gula darah yang sentiasa tinggi – kedua-duanya tidak baik untuk kesihatan. 

    Jumlah gula dalam pisang diabetes

    Satu pisang sederhana (kira-kira 126 gram) mengandungi 29 gram karbohidrat dan 112 kalori. Karbohidrat adalah dalam bentuk gula, kanji dan serat. Ia juga mengandungi kira-kira 15 gram gula.

    Jenis pisang untuk penderita diabetes: Kaya kandungan serat

    Selain kanji dan gula, pisang bersaiz sederhana turut mengandungi 3 gram serat.

    Setiap individu termasuklah penghidap diabetes, harus cuba mengambil serat harian mencukupi untuk potensi manfaat kesihatan.

    Bahkan serat amat penting untuk pesakit diabetes kerana ia boleh membantu melambatkan penghadaman dan penyerapan karbohidrat. Ini boleh mengurangkan lonjakan gula dalam darah dan meningkatkan pengurusan glukosa darah secara keseluruhan.

    Antara cara untuk menentukan bagaimana makanan mengandungi karbohidrat akan mempengaruhi gula darah adalah dengan melihat indeks glisemik (GI).

    GI menyusun kedudukan makanan berdasarkan berapa banyak dan berapa cepat ia meningkatkan paras glukosa darah.

    • GI rendah: 55 atau kurang
    • GI sederhana: 56 – 69
    • GI tinggi: 70 – 100

    Diet berdasarkan makanan GI rendah dianggap sangat baik untuk penghidap diabetes jenis 2 – ia diserap lebih perlahan dan menjadikan peningkatan glukosa darah secara beransur-ansur dan bukan secara mendadak.

    Secara keseluruhan, skor pisang diabetes antara rendah hingga sederhana pada skala GI – bergantung pada tahap kematangan buah.

    Baca juga:

    Pisang hijau: Jenis pisang untuk penderita diabetes

    Jumlah karbohidrat dalam pisang adalah bergantung kepada tahap kematangannya. 

    Pisang hijau atau tidak masak, mengandungi kurang gula dan lebih tahan kanji – sejenis karbohidrat yang tidak dihadam dalam usus kecil – dan tidak menyebabkan peningkatan paras glukosa darah.

    Sebaliknya, ia menapai dalam usus besar dan memberi makan bakteria usus yang bermanfaat.

    Jenis pisang untuk penderita diabetes, cara menentukannya

    Pisang kuning atau masak, mengandungi kurang tahan kanji berbanding pisang hijau, serta lebih banyak gula yang lebih cepat diserap daripada kanji.

    Ini bermakna pisang yang masak sepenuhnya mempunyai GI lebih tinggi dan akan menyebabkan gula darah meningkat lebih cepat berbanding pisang hijau yang belum masak. 

    jenis pisang untuk penderita diabetes

    Saiz & jenis pisang untuk penderita diabetes

    Tahap kematangan buah bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan jumlah gula dalam pisang – saiz juga penting. Lebih besar pisang, lebih banyak karbohidrat yang akan diperolehi. 

    Dalam erti kata lain, semakin besar saiz buah pisang, kesan terhadap paras gula darah menjadi lebih besar. Kesan saiz ini dikenali sebagai beban glisemik. 

    Beban glisemik dikira dengan mendarabkan GI makanan kepada bilangan karbohidrat dalam hidangan dan kemudian membahagikan nombor itu dengan 100.

    Skor kurang daripada 10 dianggap rendah, 11-19 adalah sederhana dan 20 atau lebih adalah tinggi.

    Untuk memastikan gula darah tidak meningkat terlalu banyak, adalah penting untuk mengetahui saiz pisang yang anda makan.

    jenis pisang untuk penderita diabetes

    Cara pengambilan pisang diabetes

    Sebagai penghidap diabetes, anda boleh menikmati buah-buahan seperti pisang sebagai sebahagian daripada rancangan pemakanan yang sihat.

    Petua berikut boleh membantu meminimumkan kesannya terhadap paras gula darah anda:

    • Perhatikan saiz pisang
    • Pilih jenis pisang untuk penderita diabetes yang pejal dan hampir masak
    • Bahagikan waktu pengambilan buah dalam seharian. Tujuannya untuk mengurangkan beban glisemik dan paras glukosa darah stabil
    • Ambil pisang dengan makanan lain seperti yogurt – untuk melambatkan penghadaman dan penyerapan gula

    Ketahuilah, amat penting untuk sentiasa memantau pengambilan karbohidrat seperti pisang diabetes untuk mengelakkan tahap glukosa darah terjejas.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan