backup og meta

4 Tip Ini Dapat Bantu Anda Kembali LANGSING Selepas Bersalin, Cubalah!

4 Tip Ini Dapat Bantu Anda Kembali LANGSING Selepas Bersalin, Cubalah!

Antara perkara paling membimbangkan ramai wanita adalah perubahan tubuh setelah melahirkan anak. Bertenang, ada cara kurus selepas bersalin boleh anda cuba.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Tip kurus selepas bersalin

Semua ibu baru pasti mahu mendapatkan kembali bentuk tubuh asal seperti sebelum hamil, namun nasihat kami adalah supaya anda bersabar. Jangan terburu-buru untuk kembali langsing sehingga mengabaikan kesihatan anda dan si manja.

Berikut kami sediakan tips yang boleh anda ikuti bagi membantu ibu baru mendapatkan kembali tubuh idaman.

1.Jangan berdiet

Mungkin anda tertanya-tanya, jika tidak berdiet, bagaimana anda untuk kembali kurus selepas bersalin, betul tak?

kurus selepas bersalin

Maksud jangan berdiet di sini ialah anda tidak boleh menyekat pemakanan anda, terutama jika anda memang menyusukan bayi.

Ramai wanita yang menyangka amalan berdiet adalah menyekat makan ataupun tidak makan nasi.

Walau bagaimanapun, pakar berpendapat, jika ibu mahu mendapatkan kembali tubuh langsing, mereka perlulah mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Jangan disekat kemahuan anda untuk makan makanan yang mengandungi nutrisi, sebaliknya hadkan pengambilan makanan yang berlemak, manis dan berkolesterol tinggi seperti makanan bergoreng dan kek.

2. Pilih makanan yang betul

Ibu baru, terutama yang menyusukan bayi, memerlukan nutrisi maksimum. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien dan rendah lemak.

Ikan merupakan salah satu makanan ‘superfood’ kerana mengandungi DHA, iaitu asid lemak omega-3 yang penting untuk membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi baru lahir.

Baca juga:

Sumber terbaik DHA ialah ikan salmon, sardin dan tuna. Susu dan yogurt juga merupakan ‘superfood’ kerana kaya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang anda.

Manakala, daging pejal, ayam dan kekacang pula mengandungi rendah lemak dan tinggi protein serta serat.

Kesemua makanan ini baik untuk anda dan membantu anda rasa cepat kenyang.

3. Menyusukan bayi bantu anda kurus selepas bersalin

Banyak desas-desus yang mengatakan ibu susah hendak kurus kerana menyusukan bayi. Jangan dengar mitos tersebut.

Tahukah anda, salah satu cara untuk anda cepat kurus adalah dengan menyusukan bayi. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang menyusukan anak secara eksklusif dapat membantu mereka segera kembali kepada berat badan asal seperti sebelum kehamilan.

Penyusuan badan secara eksklusif selama enam bulan terawal kelahiran dapat memberikan anda mendapatkan tambahan 300 kalori sehari!

kurus selepas bersalin

4. Jangan biar badan kurang air

Minum banyak air masak bagi mengelakkan badan anda nyahhidrat. Pengambilan air secukupnya dapat membantu anda untuk tidak mengambil makanan berlebihan.

Malah, sesetengah kajian juga memberitahu bahawa pengambilan air yang mencukupi dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh anda.

Kurus selepas bersalin 5. Bersenamlah!

Bagi mendapatkan tubuh idaman, anda perlu melakukan senaman untuk membakar kalori dan memastikan otot serta tulang anda kuat.

Tidak semestinya anda perlu melakukan senaman lasak. Anda boleh memilih untuk berjalan kaki atau berjoging sekurang-kurangnya 10 minit sehingga 30 minit setiap sesi.

Walau bagaimanapun, jika anda bersalin secara pembedahan, minta nasihat doktor sebelum anda mula melakukan sebarang senaman.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Losing weight after pregnancy. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000586.htm,Accessed on Oct 26, 2021
  2. Weight loss after pregnancy: Reclaiming your body. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/labor-and-delivery/in-depth/weight-loss-after-pregnancy/art-20047813,Accessed on Oct 26, 2021
  3. Losing weight after birth safely. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/losing-weight-after-birth-safely,Accessed on Oct 26, 2021
  4. Diet and Exercise After Pregnancy. http://www.parenthelp123.org/pregnancy/after-pregnancy/postpartum-nutrition/,Accessed on Oct 26, 2021
  5. Weight management before, during and after pregnancy. https://www.nhs.uk/Planners/pregnancycareplanner/Documents/NICE_reference_weight_management_pregnancy.pdf, Accessed on Oct 26, 2021

Versi Terbaru

26/10/2021

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

8 Tip Turun Berat Badan selepas Bersalin

Tiada Lagi Masalah Perut Menggeleber Selepas Bersalin! Nah, Cuba 9 Petua Ini, Tak Perlu Surgeri!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan