Bermain = Bersenaman
Dengan meletakkan perkara asas ini di fikiran, saya percaya bahawa terdapat sejenis senaman yang terbaik dari yang sedia ada. Bermain adalah sejenis senaman terbaik, kerana ia menarik minat individu untuk mengambil bahagian. Saya mengklasifikasikan “bermain” sebagai satu aktiviti yang anda sukai dan secara aktif mahu menyertainya. Semakin berusia kita, kita cenderung lupa tentang seni bermain.
Seorang pakar psikologi terkemuka, Stuart Brown, membuktikan bahawa bermain secara terus dapat membentuk otak manusia sepanjang hayat dan merujuk bermain sebagai “proses biologi mendalam”, mencadangkan bahawa ia seharusnya menjadi sejenis senaman utama yang perlu digalakkan. Seorang profesional kesihatan dan kecergasan, Mark Sisson menyatakan “apabila kita menyukai satu permainan, kita akan mendapat kualiti kehidupan yang lebih baik untuk diri kita. Kita mengurangkan tekanan. Kita dapat berhubung lebih baik dengan individu di sekeliling kita. Kita akan lebih banyak keluar dan akan mendapat lebih daripada apa yang kita lakukan. Kita akan menjadi lebih seronok dan mungkin lebih bermakna”.
Terdapat banyak manfaat bermain dan ini mendorong perubahan dalam bagaimana beberapa bandar mengatasi isu kesihatan berkaitan dengan masalah tidak aktif. Majlis Bandaraya New York membina taman permainan dewasa untuk membolehkan rakyat mereka bermain dalam usaha untuk menjadikan ramai individu aktif. Seorang profesor di Sekolah Perubatan Harvard, Dr David Ludwig, yang juga seorang Pengarah kepada Pusat Pencegah Obesiti di Hospital Kanak-kanak Boston berkata, “matlamat utama adalah untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai sesuatu yang menyeronokkan, senang dan mudah diakses, yang akhirnya menjadikan ia satu aktiviti yang normal untuk dilakukan”. Fakta yang mudah – senaman terbaik adalah sesuatu yang akan anda lakukan secara teratur dan menjadi perkara biasa untuk dilakukan.
Adakah gim yang menyebabkan anda gagal menjadi cergas atau ia semudah mencari sesuatu yang anda sukai. Zumba, kelas tarian, kickboxing, frisbee, rugbi atau bola jaring – apa juga aktiviti yang disertai dengan elemen sosial yang membolehkan anda untuk memperolehi rakan dan berhubung dengan komuniti, membolehkan anda memperolehi manfaat kecergasan dan lebih lagi. Aktiviti yang memerlukan anda untuk berkomunikasi sebelum, semasa dan selepas dan bukan sekadar senaman bersebelahan dengan seseorang individu di dalam kelas.
Fakta bagaimana kita melakukan dan berfikir tentang kecergasan – sebagaimana komuniti perlu diperbetulkan untuk memfokuskan kepada aspek sosial untuk mendorong kepada kepatuhan dan menjadikan individu mengingati bagaimana seronoknya untuk mengerakkan badan dan menjadikan diri aktif.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen