backup og meta

Rancang Nak Turun Berat, Berapa Portion Nasi Untuk Diet Yang Disarankan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/06/2022

    Rancang Nak Turun Berat, Berapa Portion Nasi Untuk Diet Yang Disarankan?

    Anda mahu berdiet tetapi tidak tahu portion nasi untuk diet yang perlu diamalkan? Jangan risau, ini panduan sukatan nasi untuk diet yang boleh anda ikuti.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini

    Nasi putih, makanan ruji rakyat Malaysia

    Nasi atau nasi putih bukanlah sejenis makanan yang asing dalam masyarakat kita.

    Ia merupakan jenis bijirin yang menjadi makanan utama bagi penduduk di Asia, khususnya di Asia Tenggara.

    Ia bukanlah sesuatu yang janggal apabila nasi dijadikan menu utama tidak kira sama ada ketika bersarapan, makan tengah hari mahupun makan malam.

    Nasi boleh dikatakan sebagai satu budaya yang tidak boleh ditinggalkan kerana ia telah menjadi sebagai satu gaya hidup masyarakat di negara ini.

    Jadi, apabila seseorang itu sedang berdiet, agak sukar bagi dirinya untuk meninggalkan hidangan nasi dalam sehari.

    Nasi perlu dimakan sekurang-kurangnya satu hidangan setiap hari.

    Ramai yang cuba mencari kaedah atau portion nasi untuk diet agar mereka masih lagi boleh menikmati nasi walaupun sedang berusaha menurunkan berat badan.

    Jangan risau, kami akan kongsikan sukatan nasi untuk diet yang sesuai untuk diamalkan.

    Namun sebelum itu, adalah lebih baik sekiranya anda mengetahui kandungan nutrisi dan juga kalori nasi yang anda makan setiap hari.

    Nutrisi dan juga kalori yang ada pada nasi putih

    portion nasi untuk diet

    Tahukah anda, satu cawan nasi putih yang telah dimasak mengandungi sekitar 242 kalori?

    Ya, ia boleh dikatakan agak tinggi. Apatah lagi jika anda menanak nasi dengan menggunakan beras putih jenis pendek yang diperkaya.

    Untuk nutrisi secawan nasi putih yang sama, anda boleh melihat penerangan di bawah ini:

    Karbohidrat

    Bagi secawan nasi putih yang telah dimasak, ia mengandungi sekitar 53 gram karbohidrat.

    Hanya sebilangan kecil daripada karbohidrat ini berasal daripada serat.

    Selebihnya datang daripada sumber kanji dan juga sejumlah kecil gula pada nasi tersebut.

    Nilai indeks glisemiknya (GI) pula ialah 73, lebih tinggi daripada jenis beras perang.

    Untuk pengetahuan anda juga, jenis beras pendek mempunyai nilai GI yang lebih tinggi berbanding jenis beras sederhana atau panjang. 

    Protein

    Terdapat hanya 4 gram protein sahaja bagi setiap satu cawan nasi putih berbanding 5 gram bagi jenis beras perang.

    Lemak

    Bagi nasi putih, kandungan lemak boleh dikatakan hampir tiada selagi mana anda memasaknya tanpa menggunakan susu, mentega atau minyak.

    Jika bahan-bahan seperti ini ditambah ketika menanak nasi, maka jumlah lemak pada nasi pasti akan bertambah. 

    Vitamin dan mineral

    Nasi putih mempunyai kandungan mangan yang diperlukan tubuh setiap hari. Selain itu, ia turut mengandungi zat besi dan juga vitamin B yang amat baik untuk tubuh.

    Portion nasi untuk diet: Jangan makan nasi kalau sedang berdiet?

    portion nasi untuk diet

    Kebanyakan jenis diet untuk menurunkan berat badan akan menganjurkan pengurangan kalori harian yang amat ketat.

    Secara umumnya, jika anda mahu menurunkan berat badan, anda mesti mengamalkan defisit kalori dengan cara mengambil lebih sedikit kalori daripada jumlah yang anda mampu bakar setiap hari.

    Memandangkan nasi putih mempunyai jumlah karbohidrat yang tinggi, ramai individu yang terus mengelakkannya ketika mereka sedang berdiet.

    Oleh sebab itu, timbul persoalan adakah nasi putih perlu dielakkan ketika berdiet?

    Jawapannya, tidak semestinya. Ini kerana, nasi putih sangat rendah kandungan lemak, mudah dihadam dan mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tinggi.

    Apa yang perlu anda buat adalah dengan mengawal portion nasi untuk diet anda.

    Mengawal sukatan nasi untuk diet merupakan kaedah yang paling tepat tanpa perlu meninggalkan terus nasi daripada hidangan harian anda.

    Ini 3 cara untuk amalkan portion nasi untuk diet yang terbaik

    Terdapat tiga cara yang boleh anda amalkan ketika mengawal sukatan nasi untuk diet. Tiga cara tersebut ialah:

    #1. Kawal portion nasi untuk diet

    Jika anda mengamalkan jenis diet yang rendah karbohidrat atau rendah kalori, anda semestinya perlu mengubah jumlah hidangan nasi anda.

    Amalkan kaedah Pinggan Sihat Malaysia di mana nasi disarankan untuk diambil ¼ atau suku pinggan anda sahaja.

    Selain itu, elakkan daripada mengambil sumber karbohidrat lain sebelum atau selepas daripada hidangan yang mengandungi nasi.

    #2. Amalkan kaedah memasak yang rendah kalori

    Mungkin ada yang gemarkan nasi yang dimasak dengan menggunakan minyak, krim atau susu.

    Nasi yang dimasak dengan menggunakan bahan atau kaedah seperti ini hanya akan meningkatkan jumlah kalori pada nasi.

    Cara terbaik adalah dengan menanak nasi seperti biasa, iaitu dengan hanya menggunakan air sahaja.

    Jangan lupa, sukatan nasi untuk diet anda mestilah tidak berlebihan ketika menanak nasi. 

    #3. Lengkapkan hidangan dengan lauk yang sihat

    Beras atau nasi putih boleh membuatkan anda berasa lapar dengan lebih cepat berbanding bijirin lain.

    Oleh itu, anda perlu makan nasi putih dengan lauk lain yang lebih sihat dan mengenyangkan.

    Antaranya adalah dengan tambahan sayur-sayuran yang tinggi serat dan juga sumber protein.

    portion nasi untuk diet

    Antara jenis sayuran yang disarankan ialah seperti brokoli, kacang panjang atau asparagus.

    Bagi sumber protein pula, anda boleh mengambil potongan ayam tanpa lemak atau ikan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan