Tip Mengingati Apa Yang Dibaca

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Membaca, sama ada daripada media elektronik seperti telefon bimbit dan komputer, mahupun secara tradisional, contohnya seperti buku, akhbar atau pun majalah, adalah satu perkara yang baik. Namun, ramai individu mengakui sukar mengingati apa yang dibaca, walaupun mereka menyukai bahan bacaan tersebut. Berikut dikongsikan beberapa teknik untuk membantu anda mengingati apa yang dibaca.

  1. Memahami tujuan

Setiap individu mempunyai tujuan untuk membaca dan berfikir mengenai tujuan tersebut semasa membaca. Jika anda membaca sekadar untuk memenuhi masa terluang atau sekadar untuk hiburan, ia tidak akan mendatangkan banyak masalah. Tetapi sekiranya anda membaca untuk pemahaman berkaitan sesuatu topik, atau untuk pembelajaran, anda harus merangka apa yang anda ingin ketahui dan ingati daripada proses pembacaan tersebut.

  1. Membuat nota, ‘highlighting’

Pastikan anda menyediakan pensil dan pen highlight setiap kali anda membaca. Gariskan perenggan atau perkataan yang anda merasakan ia mengelirukan, menarik atau penting.  Lukis rajah untuk melihat struktur idea utama. Atau sekiranya ia berkaitan sesuatu yang anda kurang fahami, anda boleh membuat rujukan dan carian lain untuk menambahkan pemahaman anda.

  1. Merancang

Bergantung kepada tujuan anda membaca, sesetengah tugas membaca adalah lebih dari sekadar membaca. Anda mungkin perlu melangkau bahan bacaan anda atau dirujuk sebagai skim teks, ia bukan bermakna anda harus melangkau keseluruhan proses bacaan. Tetapi ia membantu anda untuk mengenali dan serasi dengan topik dan kata kunci bahan bacaan tersebut agar ia bersesuaian dengan apa yang anda inginkan dari proses bacaan nanti.

  1. Gambar, imej

Pernah tak anda membaca novel dan otak anda membayangkan apa yang anda baca itu? Sebenarnya, membayangkan apa yang anda baca ke bentuk gambar atau imej adalah sangat membantu untuk anda mengingati apa yang anda baca. Imej atau gambar juga amat mudah diingati dan dihubungkaitkan untuk melengkapkan penceritaan.

  1. Mengulangi

Jika bahan bacaan anda merupakan teks yang panjang, bahagikan ia ke beberapa perenggan pendek, mengikut tahap kesesuaian bahan bacaan, sambil memikirkan dan menghuraikan apa yang anda baca. Ulangi bahan bacaan anda setiap hari untuk beberapa kali selepas hari pertama membaca.


Fahami kandungan bahan bacaan dan lihat bagaimana ia memenuhi tujuan bacaan anda, adakah ia sesuai dengan apa yang anda ingin ketahui, dapatkah anda memahami apa yang anda baca. Ia bukan sahaja untuk menggalakkan pembentukan memori, tetapi juga sebagai pemahaman.

  1. Konsentrasi

Tumpuan dan fokus adalah penting untuk membantu anda mengingati atau menghafal apa yang dibaca. Gangguan persekitaran boleh menyebabkan anda tidak fokus. Membaca ketika anda tidak dapat menumpukan perhatian adalah membuang masa. Tempoh konsentrasi normal adalah dalam 10-15 minit pada satu-satu masa. Tetapi tempoh konsentrasi itu boleh dipanjangkan sekiranya anda mempunyai dapat mendisplinkan fokus anda.

  1. Berkongsi

Ada yang mengatakan, apabila anda ingin mengingati sesuatu yang anda perolehi atau baca, anda harus melakukan sesuatu mengenainya. Berkongsi pengetahuan anda dengan individu lain, dapat membantu anda untuk lebih mengingati apa yang anda baca. Tambahan pula, jika anda merasakan anda sukar untuk menerangkannya kepada individu lain, anda mungkin perlu membacanya kembali.

  1. Kuat

Membaca dengan kuat dikatakan dapat membantu anda untuk lebih memahami dan mengingati apa yang dibaca. Menurut pakar psikologi Art Markman, menerusinya tulisan di dalam Psychology Today menyatakan, strategi ini adalah terbaik apabila terdapat beberapa kunci perkataan yang perlu anda ingati. Ini kerana perenggan yang anda baca dengan lebih kuat atau mungkin lebih jelas pada pendengaran anda adalah satu keistimewaan. Ia akan membuatkan anda mengingati bahawa anda pernah menyatakan perkataan atau perenggan tersebut dan anda memiliki memori mengenainya berbanding, perkataan yang anda baca tanpa bunyi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Membaca Untuk Otak yang Sihat

    “Membaca jambatan ilmu” Peribahasa Melayu ini telah digunakan sejak sekian lama. Ia melambangkan ketinggian kedudukan ilmu yang diletakkan oleh nenek moyang kita dahulu. Mengapa membaca selalu ditekankan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 15/08/2018 . 2 minit bacaan

    Panax Ginseng

    KegunaanApakah kegunaan Panax Ginseng? Panax ginseng adalah tumbuhan yang tumbuh di Korea, timur laut China dan jauh di timur Siberia. Orang menggunakan akarnya untuk membuat ubat. Panax ginseng adalah berbeza daripada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 8 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    memory

    Kenali Bahagian Otak Anda Yang Membentuk Memori

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 06/03/2019 . 2 minit bacaan
    membaca

    Membaca Meningkatkan Keupayaan Otak Anak Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Diterbitkan pada 05/03/2019 . 8 minit bacaan
    tahap demensia

    Tahap Demensia Yang Perlu Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2019 . 4 minit bacaan

    Bagaimana Ingin Menjadi Kreatif?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 18/12/2018 . 2 minit bacaan