Apakah Risiko Seks Anal?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Menurut tinjauan terkini, 90% daripada lelaki yang yang menjalinkan hubungan seks dengan lelaki dan sekitar 5% hingga 10% daripada wanita yang aktif secara seksual mengaku menikmati seks anal reseptif.

Lazimnya, seks anal merujuk kepada aktiviti yang terdiri daripada tindakan memasukan zakar ke dalam anus. Walau bagaimanapun, seks anal mempunyai risiko kesihatannya sendiri kerana lubang anus kaya dengan hujung-hujung saraf yang sangat sensitif. Untuk segelintir penerima seks anal, bahagian anus atau dubur mereka, merupakan bahagian yang mudah terangsang khususnya daripada rangsangan seksual. Malahan, ianya boleh memberikan kemutan yang ketat kepada zakar.

Walaupun sesetengah berpendapat seks anal adalah sesuatu yang memuaskan, amalan ini mempunyai kesan buruknya yang memerlukan langkah-langkah berjaga yang khusus.

Adakah seks anal selamat?

Terdapat banyak risiko kesihatan yang berkaitan dengan amalan seks anal dan ianya merupakan bentuk hubungan kelamin yang paling berbahaya berdasarkan beberapa sebab seperti:

  1. Lubang anus tidak mempunyai pelincir semula jadi seperti yang ada liang faraj. Tusukan zakar boleh menyebabkan kerosakan tisu-tisu sekeliling lubang anus sekaligus membenarkan bakteria dan virus untuk memasuki salur darah. Ini boleh menyebabkan penyebaran jangkitan khusunya HIV. Kajian menunjukkan risiko pendedahan seks anal reseptif terhadap HIV daripada pasangan yang positif adalah 30 kali ganda lebih tinggi berbanding pendedahan melalui seks faraj. Menggunakan pelincir dalam sesetengah kes boleh membantu namun ianya tidak menjamin pencegahan kerosakan atau kekoyakan tisu.
  2. Tidak seperti kulit yang berada di luar, tisu-tisu dalaman anus tidak dilindungi dengan kuatnya. Tisu luaran badan mempunyai lapisan sel-sel mati yang membentuk lapian perlindungan daripada bakteria-bakteria berbahaya. Tisu-tisu dalaman anus tidak mempunyai lapisan perlindungan ini, menyebabkan ianya cenderung untuk cedera atau koyak dan mendapat jangkitan.
  3. Anus dicipta untuk menahan tinja. Otot-otot seakan cincin yang dipanggil sebagai sfinkter anus mengemut selepas kita membuang air besar dan menutup lubang anus. Apabila otot ini menjadi tegang atau keras, tusukan zakar boleh menjadi sesuatu yang tidak selesa, menyakitkan dan sukar. Si penerima tusukan atau seks anal reseptif akan mendapati sfinkter anal mereka akan beransur-ansur menjadi lemah dan longgar akibat seks anal yang kerap, menyebabkan fungsi utama menahan tinja itu menjadi sukar dan bermasalah. Walau bagaimanapun, senaman kegel membantu mengetatkan sfinkter ini dan mampu mencegah masalah sfinkter longgar.
  4. Lubang anus adalah kawasan yang padat dengan bakteria. Walaupun anda berdua tidak dijangkiti penyakit jangkitan kelamin, bakteria dalam kawasan anus boleh menjangkiti pasangan yang memberi tusukan. Mencampuri seks anal dan seks melalu faraj dalam satu sesi berupaya untuk mengakibatkan pemindahan bakteria ke salur faraj, membawa kepada jangkitan faraj dan salur kencing.

Risiko-risiko lain seks anal 

Seks anal berupaya untuk membawa kepada pelbagai risiko lain. Mengamalkan seks oral selepas seks anal meletakkan kedua-dua pasangan kepada risiko kesihatan seperti hepatitis, HPV dan pelbagai jangkitan lain.

Walaupun kecederaan serius disebabkan seks anal bukanlah sesuatu yang lazim berlaku, ianya tetap boleh berlaku. Pendarahan selepas seks anal boleh disebabkan oleh buasir atau koyak atau sesuatu yang lebih serius. Ini adalah masalah serius yang memerlukan perhatian doktor serta merta. Rawatan merangkumi kemasukan ke dalam wad untuk beberapa ketika, pembedahan dan antibiotik untuk mengelakkan jangkitan.

Bagaimana untuk melindungi diri daripada masalah-masalah berkaitan seks anal?

Satu-satunya cara untuk mengelakkan anda sepenuhnya daripada risiko-risko seks anal adalah dengan tidak melakukannya. Sekiranya tiada cara lain, penting dan perlu bagi anda untuk menggunakan kondom bagi melindungi satu sama lain daripada penyebaran penyakit dan jangkitan.

Ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengelakkan risiko seks anal:

Jangan masukkan zakar ke dalam mulut atau faraj setelah ianya dimasukkan ke dalam anus melainkan pasangan tersebut memakai kondom baru.

Pelincir membantu untuk mengurangkan risiko koyakan tisu. Gunakan kondom latex, sentiasa guna pelincir berasaskan air.

Cuba untuk bertenang dan regangkan lubang anus atau dubur anda supaya risiko kecederaan dalaman anus atau koyakan dapat dikurangkan apabila rusukan zakar mengambil tempat. Mencuba mandi dengan air suam sebelum seks anal atau baring meniarap membantu untuk memudahkan tusukan.

Hentikan seks anal jika tidak selesa.

Sekiranya anda terus mengalami pendarahan selepas seks anal atau anda mengenalpasti kewujudan luka dan benjolan sekitar kawasan dubur/anus atau apa-apa perkara yang luar biasa terkeluar daripadanya, berjumpa doktor anda dengan cepat.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    10, 15 Atau 20 Minit? Ini Rupanya Berapa Lama Suami Isteri Kena Buat ‘Sentuhan Oral’

    Seks oral adalah satu kebiasaan buat pasangan suami isteri. Persoalannya, apakah waktu ideal hisap zakar dan jilat faraj? Klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 06/07/2020 . 3 minit bacaan

    Alah Kepada Kondom Getah? Cuba Guna Kondom Plastik! Ada Kelebihan Menarik MESTI TAHU

    Kondom adalah kaedah kontraseptif yang paling popular dan efektif namun ada yang alah kepadanya. Apa kelebihan kondom plastik berbanding kondom getah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/06/2020 . 3 minit bacaan

    Selamat Ke Guna Pelincir Semula Jadi Bila Bersetubuh? Nak Tahu, Baca Ini Dulu

    Nak guna baby oil sebagai pelincir seks ketika melakukan hubungan intim? Apa kata anda baca artikel ini dahulu, ada pelincir semula jadi bahaya digunakan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Bila Isteri Tidak Suka Bersetubuh Guna Kondom, Apa 5 Perkara Encik Suami Perlu Buat?

    Ada isteri yang akan mengadu sakit ketika melakukan seks dengan kondom. Apa sebabnya? Apa yang suami perlu buat? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan buruk seks oral

    MENGEJUTKAN! Kajian Kata Lelaki Yang Gemar Buat Seks Oral Berisiko Dapat Kanser

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    risiko seks oral

    Siapa Kata Seks Oral Tidak Perlu Guna Kondom? Fikirkan Semula Lepas Baca Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    aksi seks

    Cabut Kondom Tanpa Izin Ketika Bersetubuh Dikira Serangan Seksual, Wanita Kena Ambil Tahu Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 minit bacaan
    sakit ketika bersama

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan