backup og meta

9 Petua Rawatan Di Rumah Ini Dapat Bantu Rawat Ulser Mulut Si Kecil, Cubalah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/03/2024

    9 Petua Rawatan Di Rumah Ini Dapat Bantu Rawat Ulser Mulut Si Kecil, Cubalah!

    Apabila anak mengalami ulser mulut atau mata ikan pastinya menyebabkan ketidakselesaan dan menyakitkan. Tetapi nasib baik terdapat rawatan dan ubat ulser mulut kanak-kanak yang boleh dicuba di rumah. 

    Bolehkah kalau anda ingin menggunakan ubat ulser kanak kanak spray? Dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Punca ulser mulut 

    Kenapa banyak ulser dalam mulut?

    Sudah tentu sebelum mengetahui apakah ubat ulser mulut kanak-kanak yang sesuai dicuba, kita harus fahami dahulu apakah faktor penyebab ia terjadi.

    Anak boleh mengalami ulser mulut atau mata ikan jika dia tergigit lidah atau bahagian dalam pipi, memberus terlalu kuat dan merosakkan lapisan nipis di dalam mulut. 

    Punca lain yang boleh mengakibatkan terjadinya ulser mulut adalah jangkitan, pengambilan makanan tertentu dan juga tekanan.

    Mengenal pasti simptom

    Anak boleh mendapat hanya 1 ulser mulut dalam satu-satu masa atau lebih daripada satu. Mata ikan yang dialami biasanya akan berwarna putih dengan sempadan merah. Tetapi terdapat juga ulser berwarna merah atau kuning.

    Gejala ulser lain adalah:

    Rawatan & ubat ulser mulut kanak-kanak di rumah

    Apabila anak mendapat ulser mulut, sudah tentu mereka akan mengadu kesakitan. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan si kecil hilang selera makan, sekali gus mendatangkan kebimbangan di hati anda.

    Biasanya ulser tidak memerlukan sebarang rawatan dan akan hilang dengan sendiri dalam tempoh 1 atau 2 minggu. Namun jika luka yang dialami agak besar, rawatan mungkin diperlukan.

    Berikut beberapa rawatan untuk ulser mulut anak yang boleh dicuba:

    Ubat ulser kanak kanak spray

    Ubat ubat ulser kanak kanak spray OTC (over-the-counter) yang boleh dibeli di mana-mana farmasi ini adalah jenis semburan yang sesuai digunakan untuk si kecil. Ia merupakan pilihan yang baik terutamanya jika luka ulser berlaku pada bahagian dalam mulut.

    Cara penggunaannya mudah dengan hanya membuat semburan ubat spray ulser mulut kanak-kanak pada bahagian ulser sekurang-kurangnya 3x sehari atau mengikut keperluan.

    Madu 

    Bagi anak yang berusia lebih daripada 1 tahun, anda boleh menggunakan madu untuk merawat ulser mulutnya. Sapukan bahan ini ke lukanya beberapa kali sehari. 

    Madu mempunyai ciri antimikrob yang dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Tetapi harus diingatkan, anda tidak boleh memberikan madu kepada si kecil di bawah usia setahun kerana berisiko menyebabkan keracunan botulisme yang boleh membawa maut!

    Kunyit, salah satu ubat ulser mulut kanak-kanak

    ubat ulser mulut kanak-kanak
    Kunyit juga boleh diguna untuk rawat ulser.

    Antara bahan yang wajib ada dalam kebanyakan rumah di Malaysia ini, kunyit turut boleh digunakan untuk merawat ulser. Sifat antiradang, antiseptik dan antibakteria dalam kunyit boleh menyembuhkan kebanyakan jenis luka.

    Anda juga boleh mencampurkan bahan ini dengan madu untuk memudahkan ia disapu pada ulser.

    Kelapa 

    Selain ubat ulser kanak kanak spray, tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai ubat ulser mulut kanak-kanak. Anda boleh memberikan anak minum air kelapa atau menyuruhnya berkumur dengan santan.

    Menyapukan minyak kelapa dara pada luka ulser juga boleh membantu. Namun minyak kelapa dara ini tidak boleh digunakan kepada anak berusia kurang daripada 1 tahun.

    Lidah buaya juga boleh digunakan sebagai ubat ulser mulut kanak-kanak

    Aloe vera atau lidah buaya adalah antara pilihan yang baik untuk membantu menyembuhkan ulser mulut pada anak. 

    Tumbuhan ini dapat memberikan kelegaan daripada kesakitan dan sifat antibakteria dan penyembuhannya menyumbang ke arah kesihatan gusi yang lebih baik.

    Anda boleh menyapukan gel lidah buaya pada bahagian yang terjejas atau mencampurkannya dengan air dan digunakan dengan cara berkumur 3x sehari untuk mendapatkan penyembuhan pantas.

    Pun begitu, cara ini adalah sesuai untuk dicuba pada anak yang lebih besar dan selepas berunding dengan doktor.

    ubat ulser mulut kanak-kanak
    Aloe vera juga biasa digunakan untuk merawat ulser.

    Aiskrim

    Makanan sejuk kegemaran ramai ini juga boleh meredakan kesakitan ulser yang dialami anak. Yang pastinya pemilihan aiskrim sebagai ubat untuk merawat ulser merupakan cara yang tidak akan ditolak anak.

    Betik, antara ubat ulser mulut kanak-kanak boleh dicuba  

    Betik juga dipercayai menawarkan fungsi antibakteria dan dapat melawan jangkitan bakteria. Jadi berikan anak beberapa potongan betik masak untuk memberikan kelegaan.

    Air garam

    Campuran air dan garam juga boleh membantu mengatasi masalah ulser. Caranya adalah dengan menyuruh anak membilas/berkumur dengan larutan ini. 

    ubat ulser mulut kanak-kanak
    Minta anak untuk berkumur dengan air garam.

    Baking soda

    Selain menggunakan ubat ulser kanak kanak spray, soda penaik juga boleh dicuba kerana mempunyai sifat pembersihan dan antiseptik.

    Seperti larutan air garam, anda hanya perlu mencampurkan serbuk ini dengan air sejuk dan minta anak berkumur dengan campuran ini.

    Anda boleh mencuba rawatan semula jadi di rumah ini bagi membantu menguruskan ketidakselesaan dan kesakitan yang dialami anak dengan berkesan.

    Pun begitu, jika keadaannya semakin teruk, berlanjutan lebih daripada 2 minggu dan disertai dengan demam, sakit kepala, dehidrasi, muntah atau cirit-birit, bawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera!

    Kesimpulan

    Dapatkan nasihat doktor jika anda tidak begitu pasti rawatan yang tepat untuk anak anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan