Kondisi testis bengkak dan sakit ini bukan hanya terjadi dalam kalangan lelaki dewasa sahaja, malah ia turut berlaku pada remaja dan kanak-kanak lelaki. Apa puncanya?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Kondisi testis bengkak dan sakit ini bukan hanya terjadi dalam kalangan lelaki dewasa sahaja, malah ia turut berlaku pada remaja dan kanak-kanak lelaki. Apa puncanya?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda juga boleh klik di sini.
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah lebih baik untuk anda memahami secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan testis.
Testis atau juga disebut testikel adalah organ pembiakan lelaki yang terletak dalam kantung skrotum yang berbentuk seperti 2 biji telur.
Fungsinya adalah untuk menghasilkan sperma dan juga hormon testosteron.
Bagi ketulan atau testis bengkak yang berlaku, ia boleh menandakan 2 keadaan.
Sama ada ia adalah ketulan biasa tanpa sebarang masalah kesihatan atau ia juga boleh menunjukkan penyakit yang lebih serius seperti kanser testis.
Simptom-simptom testis bengkak juga adalah berbeza, bergantung kepada keadaan yang dialami. Antara simptom-simptomnya ialah:
Jika terdapat jangkitan pada ketulan testis tersebut, simptom yang dialami adalah lebih serius seperti:
Terdapat beberapa keadaan yang memungkinkan testis bengkak ini untuk berlaku. Antaranya ialah:
Kanser testis adalah sejenis barah yang mengandungi tisu testis yang tidak normal, yang menyebabkan ketulan yang agak keras pada skrotum.
Sesetengah lelaki yang mengalami kanser ini akan mengalami sakit testis, namun ada juga yang tidak mengalami sebarang kesakitan.
Berjumpalah dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya ada ketulan yang tidak normal pada testis anda.
Baca lagi artikel berkaitan:
Ia turut dikenali sebagai sista spermatik atau sista epididimis.
Ia biasanya tidak menyebabkan testis sakit, dan hanyalah sejenis ketulan bukan kanser yang dipenuhi cecair.
Ketulan akibat spermatokel ini biasanya berlaku pada bahagian atas testis.
Ia adalah keradangan pada epididimis yang biasa berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria. Ini termasuklah jangkitan bakteria melalui hubungan seksual seperti klamidia.
Ada juga sesetengah kes epididimitis yang berlaku disebabkan oleh jangkitan virus atau aliran kencing yang tidak normal ke dalam epididimis.
Jika anda mengalami epididimitis, ketulan pada testis akan terbentuk pada bahagian atas dan belakang testis anda.
Ia adalah keradangan yang berlaku pada satu atau dua-dua belah testis disebabkan oleh jangkitan virus.
Pada kebiasaannya, virus yang menyebabkan orkitis ini adalah virus beguk.
Namun, jika orkitis yang terbentuk itu disebabkan oleh jangkitan bakteria, maka bahagian epididimis juga akan turut terjejas dengan jangkitan tersebut.
Hidrokel berlaku apabila terdapatnya cecair berlebihan pada lapisan-lapisan kantung yang mengelilingi testis.
Lebihan cecair ini biasanya akan menyebabkan ketulan atau pembengkakan pada skrotum tetapi ia tidak menyebabkan rasa sakit.
Keadaan hematosel ini berlaku apabila terdapat kewujudan darah di antara lapisan-lapisan kantung yang mengelilingi testis.
Antara penyebab kepada wujudnya darah di bahagian ini adalah seperti kecederaan traumatik yang menyebabkan pendarahan pada testis individu tersebut.
Varikokel adalah satu keadaan pembesaran pada saluran darah vena pada bahagian skrotum.
Saluran vena ini menyalurkan darah yang kekurangan kandungan oksigen daripada kedua-dua bahagian testis dan juga epididimis.
Varikokel juga berpotensi menyebabkan seseorang lelaki itu menjadi tidak subur.
Keadaan ini adalah satu keadaan di mana sebahagian daripada usus kecil terkeluar pada titik lemak tisu yang memisahkan antara abdomen dengan pangkal paha.
Dalam kalangan bayi, hernia ini biasa berlaku disebabkan oleh laluan daripada abdomen ke bahagian skrotum yang tidak boleh ditutup semasa mereka membesar.
Ia kemudiannya menyebabkan ketulan pada skrotum atau pada bahagian atas pangkal paha.
Ia adalah satu kilasan yang berlaku pada kord spermatik, sebahagian saluran darah, saraf dan juga tiub laluan air mani.
Apabila kilasan ini berlaku, ia akan menyebabkan aliran darah ke testis terhenti yang boleh menyebabkan kehilangan testis jika tidak dirawat.
Ia juga mungkin akan menyebabkan testis menjadi sedikit besar daripada saiz biasa.
Kaedah rawatan testis bengkak bergantung kepada penyebab sebenar kondisi ini yang anda alami.
Tidak semua ketulan pada testis adalah berbahaya, bahkan sebahagian besarnya tidak berbahaya.
Peluang untuk mendapat kanser testis juga amatlah kecil kerana ia jarang berlaku. Namun, kanser testis juga boleh dirawat dan disembuhkan.
Apa yang penting, jika alami sebarang ketulan luar biasa pada testis anda, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian yang lebih terperinci.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen