Apakah tanda jika seseorang itu dijangkiti cacing pita? Apakah yang perlu dilakukan untuk menghilangkan jangkitan cacing dalam perut? Ini yang perlu anda tahu.
Anda pasti?
Apakah tanda jika seseorang itu dijangkiti cacing pita? Apakah yang perlu dilakukan untuk menghilangkan jangkitan cacing dalam perut? Ini yang perlu anda tahu.
Cacing pita adalah sejenis cacing yang biasa hidup dalam usus sesetengah haiwan.
Haiwan yang dijangkiti dengan cacing pita biasanya disebabkan oleh makanannya yang telah dicemari najis atau meminum sumber air yang tercemar.
Apabila kita memakan daging haiwan yang telah dijangkiti dengan cacing ini, kita juga akan lebih mudah untuk mendapat jangkitan cacing dalam perut.
Telur cacing yang masih terdapat dalam daging tersebut tidak dapat disingkirkan dengan baik dan kemudiannya memasuki usus manusia.
Setelah itu, ia mula menjangkiti usus manusia pula.
Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh membuatkan seseorang itu untuk mendapat jangkitan cacing ini. Antara faktor risiko tersebut ialah:
[health_tool_article id=”94632″]
Kebiasaannya, mereka yang dijangkiti dengan jenis cacing ini tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom adanya cacing dalam perut.
Namun, simptom yang berlaku bergantung kepada jenis cacing yang menjangkiti perut anda.
Bagi jangkitan yang berlaku di bahagian usus, ia akan menunjukkan beberapa simptom seperti berikut:
Sekiranya larva cacing telah keluar daripada usus dan pergi ke kawasan anggota tubuh yang lain, ia boleh menyebabkan kerosakan organ dan juga tisu.
Antara simptom yang boleh berlaku ialah:
Sesetengah individu mungkin tidak memerlukan rawatan dan membiarkan cacing tersebut keluar daripada tubuhnya melalui najis.
Namun, jika anda ingin mendapatkan rawatan bagi jangkitan cacing dalam perut, ada beberapa cara yang boleh dilakukan.
Rawatan yang paling biasa dilakukan untuk membunuh cacing pita dewasa adalah melalui ubat makan. Ada tiga jenis ubat yang boleh digunakan iaitu:
Ketiga-tiga jenis ubat ini adalah jenis ubat yang biasa digunakan untuk membunuh cacing dewasa.
Ubat-ubatan ini boleh melumpuh dan melarutkan cacing pita, serta mengeluarkannya daripada tubuh badan melalui usus.
Sekiranya cacing tersebut bersaiz besar, anda mungkin mengalami sedikit kekejangan ketika cacing tersebut melepasi usus anda.
Doktor akan memeriksa semula sampel najis anda dalam tempoh satu dan tiga bulan setelah anda selesai menjalani rawatan.
Cara yang paling mudah untuk mengelakkan kemasukan cacing dalam perut adalah melalui kaedah pencegahan. Langkah yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut:
Sekiranya anda mengikuti langkah ini dengan sempurna, anda pasti boleh mengelakkan jangkitan cacing dalam perut.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tapeworm/symptoms-causes/syc-20378174
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tapeworm/diagnosis-treatment/drc-20378178
https://www.who.int/vietnam/news/feature-stories/detail/what-you-need-to-know-about-tapeworm-infections
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen