Berdepan situasi anak susah tidur malam pastinya boleh mewujudkan pelbagai masalah terutamanya berkaitan tumbesaran si kecil. Namun usah bimbang, kerana ada cara tidurkan anak yang susah tidur boleh anda cuba.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Berdepan situasi anak susah tidur malam pastinya boleh mewujudkan pelbagai masalah terutamanya berkaitan tumbesaran si kecil. Namun usah bimbang, kerana ada cara tidurkan anak yang susah tidur boleh anda cuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Si kecil menangis dan meragam setiap kali dibawa ke bilik tidurnya. Apabila tiba di atas katil pula, pelbagai permintaan yang diingininya – semata-mata untuk mengelak daripada tidur.
Mengapa keadaan ini boleh terjadi sedangkan sudah seharian mereka bermain?
Ini umumnya keadaan biasa bagi anak dengan isu sukar tidur malam atau dalam istilah perubatan disebut Sleep Regression – boleh meliputi waktu tidur siang atau malam.
Mereka biasanya akan menahan diri daripada tidur walaupun letih, disebabkan beberapa perkara seperti:
Anak kecil memerlukan tempoh tidur antara 11-14 jam sehari. Ia penting untuk memastikan anak mendapatkan waktu rehat di siang dan malam hari yang mencukupi.
Ini kerana anak yang tidak mendapatkan tidur yang diperlukan oleh badan dan minda yang sedang membesar akan lebih kerap meragam dan mudah naik angin.
Mewujudkan tabiat tidur yang sihat dan mengelakkan sebarang rintangan waktu tidur pada si kecil mungkin mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi percayalah ia adalah langkah penting perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk kebaikan anak-anak.
Baca juga:
Situasi anak menolak apabila disuruh tidur adalah lumrah. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda cuba:
Mengikut jadual harian boleh menyebabkan anak menjadi letih pada masa yang sama setiap hari, jadi pastikan anda mematuhi jadual ini sebaik mungkin – walaupun pada hujung minggu.
Elakkan daripada menunggu anak berada dalam keadaan terlalu letih sebelum tidur.
Biarkan si kecil aktif – berlari keliling taman, bermain atau melakukan apa sahaja untuk membolehkan mereka membakar tenaga secukupnya pada siang hari. Ini menjadikan anak lebih mudah tidur apabila tiba waktunya.
Jadikan waktu tidur sebagai waktu yang amat dinantikan anak dengan mewujudkan rutin menenangkan seperti bercerita, mendodoikannya dan memperbanyakkan pelukan dan ciuman.
Matikan semua gajet dan peranti, elakkan anak menonton televisyen, malapkan lampu dan mainkan lagu lembut serta menenangkan dalam sejam sebelum waktu tidur supaya fasa peralihan tidak begitu dramatik.
Lakukan perkara yang sama – tetapi dalam versi lebih pendek dan diubahsuai – untuk tidur siang.
Pastikan rutin tidur – mandi, membaca buku, memeluk dan memberikan ciuman – dapat diselesaikan sebelum waktu tidur anak. Jika sebaliknya, anda mungkin perlu memulakan rutin tidur lebih awal agar tidak melepasi waktu tidur mereka.
Jika anak mempunyai bantal atau selimut kesayangan, teddy kegemaran atau mungkin menginginkan sentuhan peribadi ibu seperti baju T yang anda pakai pada hari tersebut, biarkan mereka untuk tidur bersamanya.
Mempunyai objek kesayangan atau kegemaran di sisi boleh membantu anak susah tidur malam untuk melelapkan mata.
Sekiranya anak sudah berbaring di atas katil, anda tidak perlu memaksanya untuk lena dengan segera. Biarkan mereka mendapat mood untuk tidur – mungkin dengan mendengar lagu, membaca buku atau berbual dengan mainan kesayangan.
Anak mungkin akan menangis apabila anda meninggalkan mereka di dalam bilik tidur. Elakkan daripada terus pergi memeriksa keadaannya dengan segera. Tahan keinginan anda itu.
Tunggu 5-10 minit sebelum kembali ke bilik anak, tenangkan mereka dan berikan tepukan lembut di belakang badan sebelum berlalu pergi. Anak menangis lagi? Ulangi proses yang sama sehingga mereka tertidur.
Ada anak yang susah tidur malam akan cuba keluar daripada bilik tidur. Jika ini berlaku, bawa mereka kembali dengan segera. Ulangi sekerap yang perlu.
Jangan bertindak balas dengan perlakuan mereka – jadilah sebosan yang mungkin. Ini kerana anda pastinya tidak mahu anak berfikir bahawa mereka akan memperolehi ganjaran jika keluar daripada bilik tidur.
Jika anak terbangun kerana mimpi ngeri, tenangkan dirinya dan yakinkan segalanya dalam keadaan okay. Segera bawa mereka kembali ke bilik tidur.
Anda juga boleh memberikan pelukan atau tepukan lembut pada belakang badan mereka. Tetapi jangan benarkan mereka tidur di bilik anda kerana mereka boleh menjadikan ia sebagai tabiat.
Jika semua cara tidurkan anak yang susah tidur tidak berjaya, beralihlah kepada sistem ganjaran.
Mulakan dengan carta pelekat dan anugerahkan bintang emas untuk setiap waktu tidur tanpa masalah. Berikan sebarang ganjaran jika anak memperolehi 5 bintang. Ulangi langkah yang sama tetapi kali ini untuk 10 bintang pula.
Walaupun pada permulaan ia mungkin sukar untuk dilakukan, namun mengamalkan rutin tidur yang baik adalah penting untuk tumbesaran si kecil.
Tetapi percayalah apabila anak sudah terbiasa, anda tidak perlu lagi untuk ‘berperang’ dengan mereka apabila tiba waktu tidur.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen