Kadangkala, wanita mungkin akan rasa sakit dan bengkak pada pembukaan atau bibir faraj. Ada banyak sebab yang boleh memicu isu ini antaranya masalah pada kelenjar bartholin. Apakah ia? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!
Kadangkala, wanita mungkin akan rasa sakit dan bengkak pada pembukaan atau bibir faraj. Ada banyak sebab yang boleh memicu isu ini antaranya masalah pada kelenjar bartholin. Apakah ia? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.
Setiap pasangan pasti inginkan keseronokan ketika bersama atau berasmara bukan?
Dalam usaha mengecapi matlamat tersebut, sesi itu haruslah menjadi sesuatu yang selesa, bahagia dan puas untuk kedua-dua belah pihak dan bukan pula untuk anda ‘syok sendiri’ sahaja.
Walaupun masing-masing mungkin telah memberikan prestasi terbaik, terdapat faktor kesihatan tertentu yang dapat mengganggu-gugat keintiman yang diinginkan oleh anda dan pasangan.
Bagi kaum hawa, salah satu daripada isu kesihatan tersebut adalah masalah berkaitan kelenjar yang sangat penting untuk wanita!

Untuk pengetahuan anda semua, ia adalah sepasang kelenjar yang terletak di bahagian tepi kiri dan kanan pembukaan faraj wanita.
Walaupun kurang diketahui dan sering terselindung di sebalik struktur Labia Minora, kelenjar ini memainkan peranan yang cukup penting ketika wanita melakukan hubungan intim.
Fungsi kelenjar bartholin adalah untuk menghasilkan cecair pelincir bagi memastikan kawasan pembukaan faraj basah serta tidak kering.
Baca lagi artikel berkaitan:
Fungsi pelincir ini pulaa dalah sangat penting bagi mengelakkan rasa sakit atau melecet ketika penetrasi zakar ke dalam faraj itu berjalan.
Masalah kelenjar ini boleh bermula apabila saluran kelenjar tersebut tersumbat.
Hal ini boleh menyebabkan kelenjar tersebut membengkak akibat pengumpulan cecair yang tidak mampu keluar, membentuk sista (cyst).
Apabila ia sudah menjadi terlalu besar, wanita akan mula perasan kewujudan ketulan di bahagian pembukaan atau bibir faraj mereka.
Dalam sesetengah kes, kelenjar ini juga boleh dijangkiti, menyebabkan ia dipenuhi nanah (abscess).
Sekiranya dijangkiti, simptom yang boleh berlaku adalah seperti berikut:

Kebanyakan masa, sista kelenjar ini tidak mengakibatkan apa-apa simptom atau gejala.
Bagi keadaan tersebut, rawatan biasanya tidak diperlukan. Rawatan di rumah yang boleh digunapakai pada tahap ini adalah rendaman Sitz (Sitz bath).
Dalam keadaan di mana ia menjadi terlalu besar dan rawatan diperlukan, kateter mungkin akan dimasukan untuk mengalirkan kandungan kelenjar keluar.
Terdapat juga keadaan di mana prosedur membuka kelenjar tersebut secara kekal akan dilakukan (marsupialisation).
Ubat tahan sakit juga akan diberikan bagi mengatasi rasa sakit yang dialami.
Pilihan teknik atau prosedur yang bakal dilakukan bergantung kepada keadaan individu dan juga penilaian doktor.
Sekiranya anda mempunya masalah ini atau masalah kesihatan wanita lain, pastikan anda dapatkan maklumat yang sahih daripada doktor anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
23/09/2026
Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid