backup og meta

Haiwan Peliharaan Tidak Sebar COVID-19, Mereka Berjangkit Daripada Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    Haiwan Peliharaan Tidak Sebar COVID-19, Mereka Berjangkit Daripada Anda!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Baru-baru ini, dunia gempar apabila Nadia dijangkiti oleh wabak virus korona baharu (COVID-19). 

    Mungkin pembaca hairan mengapa penulis menggunakan nama, bukan nombor kes. Bukankah ini bercanggah dengan prinsip kerahsiaan pesakit?

    Namun, apa yang mungkin anda tidak tahu ialah Nadia adalah seekor Harimau Malaya betina yang ditempatkan di Zoo The Bronx, New York.

    Ini adalah perkara baharu dan siasatan lanjut akan memberi keupayaan kepada kita untuk lebih memahami sifat COVID-19.

    Status positif tersebut telah disahkan oleh Perkhidmatan Makmal Veterinar Kebangsaan yang terletak di Iowa.

    Susulan daripada kejadian tersebut, timbul kebimbangan berkenaan dengan keupayaan COVID-19 untuk merentas spesies. 

    Sekiranya perkara ini benar, ia akan memberikan perspektif kepada pihak berkuasa berkaitan dengan risiko haiwan peliharaan untuk menyebarkan virus tersebut.

    [covid_19]

    Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Haiwan kesayangan anda tidak sebarkan virus korona baharu kepada manusia

    haiwan kesayangan

    Sebaliknya, manusia yang berpotensi untuk menyebarkan virus tersebut kepada haiwan kesayangan masing-masing.

    Lihat sahaja pada kes Nadia. Baru sahaja berusia 4 tahun, Harimau Malaya ini berjangkit daripada pekerja zoo yang disahkan positif wabak tersebut. 

    Nadia telah menjalani ujian saringan COVID-19 berikutan simptom batuk kering yang dialaminya

    Apa yang lebih membimbangkan adalah bukan Nadia seorang sahaja yang menunjukkan gejala tersebut.

    Dua harimau Siberia, tiga singa Afrika dan adik Nadia, Azul, turut mengalami simptom yang sama.

    Walaupun haiwan lain tidak menjalani ujian COVID-19, pihak pengurusan zoo beranggapan haiwan lain turut dijangkiti oleh virus yang sama.

    Namun begitu, kesemua haiwan tersebut hanya menunjukkan simptom ringan seperti kurang selera makan. Mereka masih aktif dan mampu berinteraksi dengan penjaga zoo. 

    covid

    Baru-baru ini, terdapat teori yang menyatakan kucing domestik boleh berjangkit daripada tuan mereka yang positif COVID-19.

    Perkara ini turut disahkan oleh Steven Van Gucht, seorang pakar virologi di Belgium.

    Kucing, tidak kira spesies apa, mempunyai reseptor protein ACE2 yang menyerupai reseptor pada sistem pernafasan manusia.

    Terdapat kajian yang menunjukkan kebolehan COVID-19 untuk menjangkiti manusia melalui reseptor tersebut maka kucing turut berisiko untuk dijangkiti oleh virus yang sama. 

    Jika perkara ini benar, adakah ini bermakna haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing yang positif COVID-19 mampu untuk menyebarkan jangkitan?

    Setakat ini, tiada lagi bukti saintifik yang menunjukkan virus korona baharu boleh disebarkan oleh kucing kepada manusia.

    Simptom COVID-19 yang boleh dialami oleh haiwan peliharaan

    haiwan kesayangan

    Haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing yang sering menjadi kontak rapat terhadap tuannya berisiko untuk terkena jangkitan COVID-19.

    Perkara ini telah terbukti melalui kes Nadia, Azul dan spesies kucing lain yang berjangkit daripada penjaga zoo di New York.

    Terdapat juga kes jangkitan haiwan melibatkan dua ekor anjing di China yang telah disahkan positif melalui ujian reaksi polimerase berantai (PCR).

    Jika anda berpendapat haiwan peliharaan yang berjangkit tidak akan mengalami simptom serius, perkara itu telah terbukti salah melalui laporan mengenai seekor kucing di Belgium.

    Kucing tersebut telah mengalami simptom sesak nafas dan cirit-birit. Walau bagaimanapun, majoriti haiwan tersebut akan menunjukkan simptom ringan seperti batuk dan hilang selera makan.

    Artikel berkaitan:

    Dalam keadaan huru-hara wabak, terdapat dakwaan yang mengatakan manusia boleh dijangkiti oleh COVID-19 jika haiwan peliharaan mereka positif. 

    Perkara ini menyebabkan ramai yang panik dan ada yang bertindak membuang haiwan peliharaan mereka kerana khuatir akan kesihatan diri.

    Apa yang pembaca perlu tahu adalah dakwaan tersebut tidak berasas dan ia tidak mempunyai bukti yang kukuh.

    Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE). Tiada bukti yang menunjukkan manusia dijangkiti oleh COVID-19 melalui haiwan.

    Bahkan penularan COVID-19 kepada haiwan juga dianggap jarang berlaku.

    Langkah pencegahan yang boleh diamalkan oleh pemilik haiwan peliharaan

    covid

    OIE dan Pertubuhan Doktor Veterinar Haiwan Kesayangan Sedunia (WSAVA) telah membuat beberapa saranan kepada pemilik haiwan peliharaan berkaitan dengan penjagaan sepanjang musim wabak.

    1. Basuh tangan sebelum dan selepas mengendalikan haiwan peliharaan.
    2. Elakkan daripada memeluk atau mencium haiwan terutamanya ketika anda sedang sakit.
    3. Pakai topeng muka jika anda mengalami simptom demam, batuk atau selesema.
    4. Lebih baik jika anda boleh kekalkan haiwan peliharaan di dalam rumah.
    5. Jika haiwan peliharaan anda sakit, hubungi klinik haiwan terdekat dan ambil maklum protokol rawatan yang disediakan oleh mereka sepanjang musim wabak.
    6. Jika anda dijangkiti COVID-19 dan perlu diisolasikan, pastikan tugas menguruskan keperluan haiwan peliharaan anda diambil alih oleh individu lain.

    Baca juga:

    Konklusi

    Tiada bukti yang menunjukkan anda boleh berjangkit daripada haiwan kesayangan anda.

    Namun, jika anda mengalami simptom COVID-19, pastikan anda menjauhkan diri anda daripada ahli keluarga termasuklah haiwan peliharaan anda.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Masih banyak lagi yang kita tidak tahu berkenaan dengan keupayaan virus korona baharu.

    Oleh itu, pastikan anda mengamalkan langkah pencegahan dan patuh kepada perintah kawalan pergerakan.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan