Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus
由 Hello Doktor 发布于 2020年2月15日周六
Apa kajian terbaharu saintis mengenai ular pembawa virus korona Wuhan?
Laporan sainstis mendapati, kebanyakan individu daripada kumpulan pertama yang dijangkiti virus ini adalah golongan pekerja dan pelanggan yang sering berada di pasar berkenaan.
Walaupun pasar tersebut lebih banyak menjual makanan laut, tetapi di sana juga turut terjual ayam, keldai, biri-biri, babi, unta, musang, badger, tikus buluh, landak dan juga haiwan reptilia lain.
Mengapa ular dipercayai sebagai puncanya? Para saintis dari Peking University, China telah membandingkan kod-kod protein virus korona ini dengan kod-kod protein virus korona yang terdapat dalam hos binatang lain seperti burung, ular, landak, marmot, dan juga kelawar.
Apa yang lebih mengejutkan, kod-kod protein virus korona ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan kod-kod protein virus daripada ular!
Ini bermakna, berkemungkinan besar virus korona yang membimbangkan ini berpunca daripada ular. Menurut kajian, terdapat dua jenis ular iaitu Chinese krait dan Chinese Cobra mungkin menjadi sumber asal virus korona Wuhan ini.
Daripada kelawar kepada ular, dan seterusnya manusia

Di dalam hutan, ular sering memburu kelawar sebagai sumber makanan. Dan laporan pula menunjukkan masyarakat di Wulan gemar memburu ular-ular ini untuk dijual di pasar sebagai makanan.
Ia meningkatkan kemungkinan virus korona mungkin berpindah dari kelawar ke ular dan seterusnya kepada manusia.
Walau bagaimanapun, kajian masih tidak dapat mencari jawapan yang jelas tentang bagaimana virus tersebut boleh menyesuaikan diri dalam dua jenis keadaan hos yang berbeza iaitu haiwan berdarah sejuk dan juga manusia yang berdarah panas.
Mereka yang terlibat dengan kajian ini masih perlu mengesahkan sumber kewujudan asal virus korona dengan menjalankan kajian secara terperinci terhadap ular tersebut terlebih dahulu.
Artikel berkaitan:
Akan tetapi, sejak wabak ini tercetus, pasar tersebut telah dicuci dan ditutup lalu menyukarkan penyelidik untuk menjejaki sumber asal virus ini.
Sampel DNA daripada haiwan-haiwan yang dijual di pasar tersebut amatlah diperlukan untuk menjejaki asal virus ini.
Berikut merupakan antara beberapa mitos dan fakta sebenar mengenai virus korona COVID-19 ini:

Peringatan untuk tidak memakan haiwan liar

Wabak virus korona yang tercetus ini adalah satu peringatan agar setiap individu tidak mengamalkan amalan memakan haiwan liar untuk mengelak jangkitan penyakit zoonotik.
Ini bukan sahaja untuk mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus haiwan yang berbahaya, malah ia juga bertujuan melindungi spesis haiwan liar ini daripada pupus.
Kumpulan-kumpulan pencinta alam juga telah mendesak masyarakat agar memberhentikan penjualan serta amalan memakan daging haiwan eksotik setelah wabak ini mula tercetus.
Kesimpulan
Sejak virus ini mula muncul, ia telah menyebabkan 17 kematian dan lebih daripada 500 kes di negara China sahaja.
Kes berkenaan virus ini juga telah berlaku di beberapa negara lain iaitu Jepun, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan yang terbaharu, di Singapura. Sama-samalah kita berharap agar wabak ini tidak memasuki Malaysia memandangkan masih tiada lagi ubat khusus bagi merawat penyakit akibat virus korona ini.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca artikel berkaitan: