
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Sudah 4 bulan berlalu dan kita masih lagi bergelut dengan wabak virus korona baharu (COVID-19) yang telah menjangkiti lebih daripada 1 juta individu di seluruh dunia.
Jika dilihat di Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara yang mengalami peningkatan kes terbanyak berbanding dengan negara lain.
Statistik bagi kes positif dan kematian di Malaysia adalah seperti berikut:
293,698
9,196
1,100
Walaupun usaha kerajaan memperketatkan perintah kawalan pergerakan dilihat sebagai satu inisiatif yang berjaya, namun jika kita tidak berhati-hati, jumlah kes COVID boleh melonjak naik.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, bulan April ini berkemungkinan adalah saat kritikal yang akan menyaksikan jumlah kes berada di puncak sebelum ia turun perlahan-lahan bagi negara Malaysia.
Kesimpulan ini dibuat setelah graf jangkitan dianalisis dan ia menunjukkan penurunan mendadak berbanding dengan nilai yang telah diramalkan oleh pakar.
Ternyata tindakan jarak sosial dan perintah kawalan pergerakan berkesan dalam membasmi penularan COVID-19.
Protokol kawalan masih perlu ketat walau jumlah kes COVID-19 baharu menurun
Pada 2 April 2020, peningkatan kes baharu di Malaysia adalah sebanyak 208 individu. Kita masih lagi berada di dalam zon tidak selamat maka perintah kawalan pergerakan perlu dijalankan dengan ketat.
Namun, jika di masa akan datang, jumlah kes mula menurun secara mendadak, pihak kementerian dan kerajaan akan mengalami satu keadaan sulit untuk membuat keputusan.
Keputusan yang akan mempengaruhi tahap kesihatan masyarakat lebih-lebih lagi kita sudah hampir dengan bulan Ramadan.
Adakah perintah berkurung perlu diteruskan sebagai langkah selamat atau ia perlu ditamatkan bagi memulihkan keadaan ekonomi negara yang sedikit sebanyak terkesan?
Adakah pembukaan Bazar Ramadan akan dibenarkan bagi membantu memulihkan pendapatan peniaga kecil atau ditutup bagi menjaga kebajikan kesihatan rakyat?
Apa yang kita perlu tahu berkenaan dengan COVID-19 adalah ia agak licik. Mereka yang dijangkiti boleh bebas simptom dan dalam masa yang sama menyebarkannya tanpa sedar.
Artikel berkaitan:
Awas, Anda MASIH BOLEH Dijangkiti COVID-19, Walaupun Tiada Sebarang Simptom
Jika keputusan untuk menamatkan perintah kawalan pergerakan dibuat secara gopoh, tanpa memikirkan implikasinya terhadap kesihatan umum, kita bakal menyaksikan lonjakan gelombang ketiga.
Namun, pada amatan penulis, jika penamatan tempoh berkurung dibuat dengan langkah yang betul, maka kita berpotensi untuk menghalang wabak COVID-19 daripada terus menular dan harapnya mencapai matlamat sifar kes baharu.
Jarak sosial dan amalan basuh tangan secara kerap perlu ditekankan. Kita masih lagi belum ada vaksin atau ubat antiviral yang berkeupayaan untuk melawan virus tersebut.
Majikan perlu memikirkan atau menerima kemungkinan bahawa mereka perlu membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah.
Corak pada graf jangkitan memang memberangsangkan. Namun, jika tidak berhati-hati, ia mudah memuncak.
Kerajaan tingkatkan keupayaan ujian untuk kesan kes COVID-19
Jumlah ujian diagnostik bagi jangkitan virus korona baharu telah ditingkatkan kepada 7,000 unit sehari berbanding dengan minggu lepas sebanyak 3,500 sehari.
Dahulunya mereka yang berisiko tinggi seperti individu yang terlibat dalam aktiviti kluster dan kontak rapat kes positif hanya akan diuji jika menunjukkan gejala.
Namun, kita kesemuanya akan melalui ujian COVID-19. Simptom bukan satu indikator yang boleh diharap. Jika mereka yang membawa virus tersebut tidak menunjukkan simptom, mereka berisiko untuk menjadi penyebar virus dalam diam.
Baca juga:
- Usia Muda BUKAN Jaminan Terlepas Dari COVID-19, Bahkan Boleh Dapat Simptom Lagi Teruk!
- Tiada Simptom Tak Bermakna Anda Bebas Covid-19, Hati-hati Dengan Penyebar Virus Dalam Diam!
Keadaan tersebut akan merumitkan keadaan terutamanya kepada kakitangan kesihatan yang perlu membuat pengesanan kontak rapat.
Peningkatan pada keupayaan untuk menguji lebih ramai pesakit ini dilihat sebagai satu alternatif berkesan bagi mengkuarantinkan kes COVID-19 positif pada peringkat awal.
Jika kesemua kes positif ini dapat dikesan dan melalui prosedur isolasi, maka, tidak lama lagi kita dapat menikmati kehidupan harian tanpa ancaman wabak virus korona baharu.
Teruskan amalan jarak sosial dan kepada pembaca, jangan lupa untuk basuh tangan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
- COVID-19 Mimpi Ngeri Untuk Penghidap OCD/ Gangguan Kebimbangan? Ada 5 Cara Atasinya!
- KARUT! Health Tag Tak Boleh Lindungi Dari COVID-19, Jangan Bazirkan Duit
- Cuci Sayur Guna Sabun? Ini Mengarut! Bukan Saja Tak Hapus COVID-19, Tapi Juga Bahaya
- Masih Belum Terlambat Untuk Mencegah, Ada 16 CARA BERKESAN Elak Jangkitan COVID-19
- Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.