Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

3 Teori Tentang Wabak COVID-19 Yang Tersebar, Betulkah Ia Tiada Pengakhiran?!

3 Teori Tentang Wabak COVID-19 Yang Tersebar, Betulkah Ia Tiada Pengakhiran?!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Angka mereka yang dijangkiti wabak virus korona baharu (COVID-19) mula merangkak ke angka 2 juta.

Dapatkah wabak COVID 19 ini berakhir?

Bermulanya dari Kota Wuhan, jangkitan ini telah menular ke seluruh dunia menyebabkan peningkatan pesat pada angka jangkitan dan kes kematian.

Wabak COVID-19 telah diisytiharkan pandemik pada pertengahan bulan Mac oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kini, ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah wabak COVID bakal berakhir?

Terdapat beberapa teori yang telah dikemukakan berkenaan dengan subjek ini.

Teori 1: Tiada pengakhiran bagi wabak COVID-19

Kadar penularan wabak COVID-19 adalah sangat cepat.

Ia berkait rapat dengan nilai R-naught (R0) iaitu jumlah individu sihat yang boleh dijangkiti oleh virus tersebut daripada seorang yang berjangkit.

Kini, nilainya masih berada di antara 2 hingga 3.

Ini bermakna seorang individu berjangkit boleh menyebarkan COVID-19 kepada 2-3 individu yang sihat pada satu masa.

Terdapat seorang pesakit di Hospital Wuhan yang telah menyebarkan jangkitan tersebut kepada lebih 57 individu lain.

covid

Perkara ini menempatkan COVID-19 sebagai virus yang lebih mudah berjangkit berbanding dengan virus sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan virus sindrom pernafasan timur tengah (MERS).

Artikel berkaitan:

Menurut Dr Amesh Adalja, Pakar Penyakit Berjangkit dari Universiti Hopkins, berkemungkinan ia tidak mempunyai penghujungnya.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak semestinya bermaksud wabak COVID akan menjadi lebih teruk.

Terdapat 2 kemungkinan berkaitan dengan hal itu:

  1. Seperti jangkitan influenza, COVID-19 berpotensi untuk menjadi jangkitan bermusim. Maknanya, vaksin dan ubat antiviral bagi mereka yang mengalami simptom teruk memainkan peranan penting.
  2. Jangkitan COVID masih ada namun ia tidak akan menyebabkan simptom teruk. Ini boleh berlaku jika ia mengalami proses mutasi yang menurunkan keupayaannya menyebabkan simptom teruk.

Teori 2: Kadar jangkitan COVID-19 berkurangan dengan sendirinya

covid

Perkara yang pernah berlaku ketika wabak SARS suatu ketika dahulu boleh berulang dengan COVID-19.

Kedua-duanya berasal dari keluarga sama.

Terdapat pakar yang meramalkan wabak COVID akan menemui nasib sama seperti SARS.

Ia akan perlahan-lahan menjadi kurang agresif dan akhirnya lenyap.

Usaha memutuskan rantaian jangkitan perlu dilakukan secara aktif bagi memastikan COVID dapat dikawal dan penularannya dapat dihentikan.

Oleh sebab SARS tidak seagresif wabak COVID-19, langkah yang diambil itu berkesan dengan cepatnya.

Mungkin perkara ini sukar bagi wabak COVID-19 apabila kita lihat keupayaannya untuk merebak kepada individu lain dengan mudah.

Namun, ia tidak mustahil.

Jika tindakan yang sama ditambah dengan amalan jarak sosial terus dilakukan oleh individu di segenap penjuru dunia, kita bakal menyaksikan penurunan kes sepesat ia sedang meningkat sekarang.

Sampai satu tahap, ia akan menunjukkan corak penurunan yang lebih kurang sama dengan kes influenza H1N1, virus Zika dan SARS.

Jangkitan tersebut masih wujud di persekitaran namun kadar penularannya tidak tinggi seperti pada peringkat permulaan wabak.

Teori 3: Vaksin dan ubat antiviral tersedia untuk melawan wabak COVID-19

covid

Banyak syarikat di serata dunia yang sedang giat berusaha menyediakan vaksin dan ubat antiviral virus korona yang selamat digunakan oleh orang awam.

Gilead, salah sebuah syarikat farmasi terbesar di Amerika Syarikat, mempatenkan ubat antiviral remdesivir dan Malaysia merupakan salah satu negara yang akan menggunakan ubat tersebut dalam fasa ujian klinikal.

Syarikat-syarikat terkemuka di dunia seperti Johnson & Johnson dan Novavax sedang bertungkus lumus menyediakan vaksin wabak COVID.

Namun, ia memerlukan sekurang-kurangnya satu tahun sebelum disahkan selamat untuk kegunaan umum.

Ini kerana fasa ujian klinikal bagi vaksin mempunyai beberapa peringkat.

Saintis perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti keberkesanan dan kesan sampingan ubat.

Perlumbaan senjata farmakologi ini baik bagi menjaga kebajikan kesihatan sejagat namun, pelaksanaannya tidak boleh dibuat secara gopoh.

Setiap aspek keselamatan dan keberkesanan perlu diberikan perhatian.

Kini, senjata paling berkesan yang boleh kita gunakan bagi melawan wabak COVID adalah amalan cuci tangan secara kerap dan jarak sosial.

Konklusi

coronavirus

Wabak COVID-19 merupakan satu bentuk jangkitan pandemik yang agresif walaupun tidak mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Buat masa sekarang, perkara yang perlu anda lakukan adalah ambil tahu dan beri kerjasama bagi membendung wabak jangkitan.

Sekiranya anda menerima sebarang maklumat yang tidak diketahui sumber, semak dan periksanya terlebih dahulu.

Benda yang menular lebih kurang sama banyak dengan wabak virus korona pada masa ini adalah berita palsu.

[mc4wp_form id=”115319″]

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. There’s a good chance the new coronavirus will never disappear, experts say. There are only 3 possible endings to this story. (https://www.businessinsider.sg/wuhan-coronavirus-mild-pandemic-how-it-could-end-2020-2?r=US&IR=T). Diakses pada 3 April 2020.
  2. Reporting, Epidemic Growth, and Reproduction Numbers for the 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) Epidemic FR. (https://annals.org/aim/fullarticle/2760912/reporting-epidemic-growth-reproduction-numbers-2019-novel-coronavirus-2019-ncov). Diakses pada 3 April 2020.
  3. Human Coronavirus Types. (https://www.cdc.gov/coronavirus/types.html). Diakses pada 3 April 2020.
  4. Singapore modelling study estimates impact of physical distancing on reducing spread of COVID-19. (https://www.sciencedaily.com/releases/2020/03/200324131843.htm). Diakses pada 3 April 2020.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 24/06/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan