backup og meta

Merancang Untuk Hamil? Ikuti 8 Tip Ini Jika Anda 'Tengah Berusaha' Sepanjang COVID-19

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    Merancang Untuk Hamil? Ikuti 8 Tip Ini Jika Anda 'Tengah Berusaha' Sepanjang COVID-19

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Dalam keadaan wabak, pelbagai perkara khususnya yang melibatkan aktiviti kluster perlu disekat. Perkara ini bagi memastikan penularan wabak dapat dielakkan.

    Namun bagaimana pula dengan mereka yang ingin menimang cahaya mata? Seperti yang pembaca sedia maklum, perancangan untuk hamil bukannya dibuat sehari dua.

    Ia melibatkan pasangan suami isteri dan petugas kesihatan, jadi perancangan tersebut boleh dibuat beberapa bulan lebih awal. Ia bagi memastikan ibu berada dalam keadaan baik. 

    Namun, jika perancangan telah dibuat pada tahun lepas dan anda ingin mendapatkan anak tahun ini, adakah keadaan wabak virus korona baharu (COVID-19) boleh menjadi faktor penangguh?

    [covid_19]

    Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Tiada kajian yang cukup berkaitan dengan COVID-19 dan wanita hamil

    virus korona

    Seperti yang dinyatakan di dalam laman sesawang Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), kita masih tidak mempunyai maklumat yang cukup berkenaan dengan kesan wabak terhadap wanita hamil.

    Kebanyakan individu membuat spekulasi bahawa wanita hamil lebih mudah untuk mendapat jangkitan COVID-19 dan ia boleh dikatakan logik jika dilihat pada faktor perubahan fisiologi kehamilan.

    Namun, sains perubatan tidak bergantung kepada spekulasi semata-mata. Oleh sebab tiada kajian khusus yang boleh dijadikan panduan untuk mengukur risiko wanita hamil COVID, maka kita tidak tahu bezanya dengan populasi umum.

    Jika dilihat pada jangkitan influenza, wanita mengandung mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami simptom teruk yang boleh mempengaruhi kesihatan bayi yang dikandung.

    Perkara ini turut ditekankan oleh Profesor Klinikal Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Yale, Dr Mary Jane Minkin. 

    Masih tiada bukti yang menunjukkan COVID-19 boleh menyebabkan simptom teruk dalam kalangan wanita hamil. Namun, ini tidak bermakna populasi tersebut boleh mengambil mudah akan langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan wabak.

    Setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa anak di dalam kandungan boleh dijangkiti oleh virus wabak sekiranya ibu dijangkiti COVID-19. 

    virus korona

    Menurut Dr Daniel Roshan, Doktor Pakar Obstetrik di Bandar New York, tiada juga bukti yang menunjukkan virus tersebut boleh disebarkan melalui susu badan. Namun, ia tidak bermakna ibu yang dijangkiti boleh menyusukan anak walaupun langkah pencegahan diambil.

    Perkara yang boleh dilakukan adalah dengan menggalakkan penggunaan susu ibu yang diperah siap (EBM).

    Langkah pencegahan untuk elak wanita hamil COVID

    Walaupun kebanyakan individu menganggap ini bukanlah masa yang sesuai untuk hamil, namun, bukan semua yang berfikiran sedemikian.

    Jika anda ingin menimang cahaya mata, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk hadir temujanji dengan doktor. Mereka akan membuat pemeriksaan fizikal bagi memastikan anda berada dalam keadaan baik.

    Baca juga:

    Pengambilan suplemen asid folik sebelum hamil akan ditekankan bagi menghindari masalah kecacatan janin dan nasihat berkenaan dengan langkah pencegahan akan diberikan.

    Jumlah mereka yang dijangkiti COVID-19 sudah melebihi 1 juta individu namun kebanyakan daripada mereka akan sembuh walaupun tanpa rawatan konservatif.

    Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (RCOG) telah mengeluarkan nasihat berkaitan dengan langkah pencegahan yang boleh diambil oleh wanita hamil.

    Antaranya:

    1. Basuh tangan secara kerap.
    2. Gunakan tisu jika anda batuk atau bersin. Buang tisu tersebut selepas digunakan.
    3. Elakkan daripada mendekati mana-mana individu yang menunjukkan simptom demam dan batuk.
    4. Jangan guna kenderaan awam.
    5. Jika boleh, mohon kebenaran majikan untuk bekerja dari rumah.
    6. Elakkan daripada menyertai sebarang aktiviti berkumpulan atau pergi ke tempat awam seperti restoran dan pusat beli-belah.
    7. Gunakan telefon pintar dan komputer sebagai alat komunikasi utama.
    8. Jika anda ingin membeli barangan atau mendapatkan sebarang khidmat, gunakan servis online.

    Sebelum hamil, perlu pertimbangkan tahap kesihatan emosi dan mental 

    wanita hamil

    Bagi menggalakkan amalan jarak sosial, tiada individu lain (suami, kawan) yang boleh menemani wanita mengandung ketika menghadiri temujanji atau bersalin.

    Mungkin sebelum hamil anda berasa perkara tersebut mudah untuk dilaksanakan. Namun, ia berubah selepas anda mengalami perubahan hormon mendadak.

    Tiada siapa yang dapat melihat prospek wabak virus korona baharu. Ia merupakan satu jangkitan yang sukar untuk diramal oleh pakar. Apa yang boleh diberikan hanyalah spekulasi berkenaan dengan bila wabak ini akan berakhir.

    Baca juga:

    Kita masih mengharapkan vaksin COVID-19 sebagai jalan penyelesaian untuk melindungi wanita hamil. Walau bagaimanapun, ia perlu diuji sekurang-kurangnya setahun bagi memastikan ia selamat untuk digunakan oleh orang awam.

    Kehamilan, kelahiran dan tempoh masa selepas bersalin merupakan pengalaman yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Namun, tidak dinafikan bahawa mereka yang hamil akan melalui kepenatan fizikal dan emosi.

    Ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi tahap kesihatan ibu dan anak. 

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Konklusi

    Penulis tidak berniat untuk menghalang atau menggalakkan mana-mana wanita untuk hamil pada waktu wabak sedang melanda. Mereka yang layak untuk berbuat demikian adalah doktor klinikal yang terlatih.

    Anda perlu mempertimbangkan nasihat yang diberikan oleh doktor bagi memastikan kesihatan anda dan bayi yang bakal dikandung berada pada tahap yang optimum. Jika anda membuat keputusan untuk meneruskan perancangan anda, lakukannya dengan berhati-hati.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan