Malahan itu, proses meruang atau douche ini dikatakan boleh menyebabkan pelbagai masalah berkaitan alat kemaluan wanita termasuklah:
Jadi, perlu atau tidak untuk meruang faraj?
Menurut pakar dari American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), anda dinasihatkan dan disarankan untuk menghindari serta mengelakkan daripada melakukan perbuatan ini.
Buat anda yang belum tahu, proses meruang faraj mungkin boleh mengganggu tahap bakteria dan pH dalam faraj.
Ia mungkin akan menyebabkan pertumbuhan bakteria jahat dan sekali gus anda berisiko untuk mengalami jangkitan yis.
Selain itu, meruang juga boleh menyebabkan bakteria yang tidak baik ini merebak ke saluran pembiakan jika memang sudah terdapat jangkitan pada faraj.
Sungguhpun sudah mengetahui risiko-risiko ini, masih ada wanita yang melakukannya setiap kali selepas seks kononnya untuk membersihkan faraj mereka.
Adakah ia satu perbuatan yang mendatangkan manfaat atau mudarat?

Bagaimana pula dengan meruang selepas seks?
Ya, kenyataan ini amat mengejutkan di mana ada wanita yang percaya bahawa perlu untuk membersihkan faraj setiap kali selepas seks bersama pasangan.
Ini disebabkan oleh kepercayaan bahawa air mani pasangan itu adalah kotor dan perlu dibersihkan dengan meruang faraj.
Selain itu, wujud segelintir wanita yang percaya bahawa perbuatan ini perlu dilakukan bagi meminimumkan risiko kehamilan luar jangkaan.
Ia adalah perbuatan yang sama sekali salah kerana douche faraj tidak akan mampu untuk menghalang sperma daripada masuk ke dalam ovari.
Dalam pada itu, dalaman faraj juga tidak perlu dibersihkan selepas seks kerana ia akan mengganggu keseimbangan bakteria yang melindungi alat sulit.
Apa yang sepatutnya dilakukan setiap kali selepas seks adalah hanya mencucinya menggunakan air biasa sahaja kerana alat kemaluan manusia akan bersih secara semula jadi.
Apa cara betul untuk menjaga miss V?
Meruang selepas seks ataupun pada bila-bila masa sahaja bukanlah cara betul untuk menjaga kebersihan miss V anda ya!
Kepada gadis-gadis di luar sana, kalian perlu tahu bahawa faraj yang sihat datangnya daripada pemakanan yang sihat.
Selain itu, individu yang selalu bersenam dan mengamalkan diet yang sihat juga mempunyai kesihatan faraj yang lebih baik berbanding wanita yang tidak bersenam dan tidak menjaga diet mereka.
Konklusinya, ketahuilah bahawa penjagaan alat sulit bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.
Buat mereka yang belum berkahwin pula, anda tidak perlu takut atau risau untuk menjaga kawasan intim.

Sebenarnya, anda tidak perlu lakukan perkara seperti meruang atau douching untuk pastikan alat sulit anda sentiasa bersih.
Ini kerana doktor tidak menggalakkan wanita meruang kerana ia boleh menyebabkan terkena jangkitan kelamin atau STD.
Oleh itu, sila jaga faraj anda dengan cara yang lebih semula jadi yakni melalui senaman dan diet yang seimbang okay!