Sudah Pakai IUD Gerenti Tak Hamil, Anda SILAP! IUD Bukan Alat Pencegah Kehamilan 100% Selamat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pemakaian IUD ataupun intrauterine device merupakan salah satu cara yang amat berkesan dalam mencegah kehamilan.

Berbeza dengan pemakaian kondom ataupun pil perancang kehamilan, anda tidak akan pernah ‘terlupa’ untuk memakai IUD.

Tambah lagi, alat ini mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu selama 3 hingga 10 tahun bergantung kepada jenis IUD yang dipakai.

Alat yang berbentuk ‘T’ ini adalah 99% efektif. Tetapi, sama seperti alat kontraseptif yang lain, pemakaian IUD masih boleh mengandung walaupun risikonya amat rendah.

Pemakaian IUD: 1 daripada 100 wanita boleh mengandung

Pemakaian IUD

Disebabkan alat ini tidak bersifat kekal, ada kemungkinan untuk IUD tercabut daripada rahim. Jika ini berlaku, besar risiko untuk pemakai IUD hamil.

Menurut Dr Robyn Horsager-Boehrer, beliau pernah mengendalikan satu kes kehamilan pesakit yang memakai IUD.

Setelah menjalankan ujian ultrasound ke atas pesakitnya, beliau mendapati bahawa IUD pesakitnya telah jatuh ke bahagian serviks dan bukan lagi terletak dalam rahim.

Jika anda memakai IUD dan merasakan diri anda hamil, anda boleh cuba untuk membuat ujian kehamilan di rumah.

Jika keputusannya positif, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor anda untuk perbincangan yang lebih lanjut.

Apa yang akan berlaku jika saya mengandung semasa pemakaian IUD?

cegah kehamilan

Pemakai IUD mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kehamilan ektopik ataupun kehamilan luar rahim.

Kehamilan ektopik adalah sangat bahaya. Ia adalah punca kematian utama bagi wanita yang sedang hamil.

Kehamilan ektopik berlaku jika ovum tertanam pada tiub falopio atau di kawasan lain selain daripada rahim.

Ketika embrio mula membesar, tiub falopio akan meregang dan pecah. Ini akan menyebabkan pendarahan teruk yang boleh mengancam nyawa.

Oleh itu, penting bagi pemakai IUD faham tentang apa sebenarnya yang berlaku pada badan mereka ketika mereka memilih untuk memakai IUD bagi tujuan perancang kehamilan.

Jenis-jenis IUD dan kesannya terhadap pemakai

Copper T IUD ataupun ParaGrad ialah sejenis IUD yang diperbuat daripada tembaga. Tembaga merupakan pembunuh sperma secara semula jadi.

IUD jenis ini adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai alahan terhadap tembaga.

Jenis IUD lain termasuklah Mirena, Kyleena, Liletta dan Skyla. IUD jenis ini akan merembeskan hormon progestin ke dalam rahim.

Hormon ini akan menyebabkan penebalan mukus di dalam serviks. Mukus ini akan menghalang ovum daripada meninggalkan ovari.

Oleh itu, tiada proses persenyawaan boleh berlaku di dalam rahim.

Individu yang memakai IUD jenis hormon kadangkala akan mengalami kesan sampingan seperti period yang tidak stabil ataupun kekejangan selama 3 – 6 bulan pertama pemakaian.

Gangguan ketika datang bulan ini akan menyebabkan pemakai IUD jenis hormon rasa keliru sama ada mereka mengandung ataupun tidak.

Kadangkala, sukar untuk doktor ataupun individu yang memakai IUD itu sendiri untuk mengesan kehamilan disebabkan period mereka yang tidak tetap.

Oleh itu, penting untuk pemakai IUD sendiri sedar bahawa masih ada risiko untuk mereka mengandung walaupun sedang memakai IUD sebagai perancang kehamilan.

Walau bagaimanapun, kebarangkalian mengandung semasa memakai IUD amatlah tipis.

Jika anda alami simptom mengandung seperti tidak datang bulan, rasa loya dan muntah-muntah, cepat-cepatlah rujuk ke klinik yang berhampiran ya!

Risiko mengandung dengan pemakaian IUD yang masih tertanam

Jika anda mengandung, doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk menanggalkan IUD untuk kehamilan yang lebih selamat.

Banyak kajian yang telah membuktikan risiko untuk keguguran, kelahiran pramatang, infeksi pada kantung ketuban (amniotic sac) dan air ketuban (amniotic fluid) adalah lebih tinggi jika IUD ditinggalkan pada tempatnya ketika hamil.

Walaupun IUD telah ditanggalkan, pemakai IUD tetap akan mendapat risiko yang lebih tinggi untuk sebarang komplikasi semasa mengandung berbanding dengan wanita yang tidak pernah memakai IUD.

Awas pemakai IUD, anda tidak bebas daripada jangkitan STD!

Kepada wanita yang memakai IUD, anda perlu tahu bahawa IUD hanya berkesan sebagai perancang kehamilan.

Penggunaan IUD tidak akan mencegah jangkitan STD ketika anda melakukan hubungan seks.

Oleh itu, anda masih perlu gunakan kondom jika mahu bersetubuh untuk elak daripada jangkitan STD.

Kesimpulan

iud

IUD merupakan kaedah kontraseptif yang sangat baik untuk wanita. Kaedah ini merupakan satu alternatif yang selamat, mudah dan juga meyakinkan.

Sama seperti kaedah kontraseptif yang lain, pemakaian IUD juga mempunyai risikonya yang tersendiri. Anda perlu tahu bahawa tidak ada cara yang 100% efektif untuk mencegah kehamilan.

Jika anda menggunakan IUD dan risau sekiranya anda mengandung, cuba dapatkan pendapat daripada pakar. Berbincanglah dengan doktor anda tentang masalah yang anda hadapi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pernah Ambil Pil Perancang, Dan Kini Ingin Hamil Semula, Bagaimana Nak Tahu Bila Waktu Subur?

Adakah kesuburan wanita akan kembali dalam tempoh 3 bulan selepas berhenti menggunakan kaedah perancang kehamilan? Tidak semestinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Cubaan Hamil, Kehamilan, Persediaan Kehamilan 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

Kadangkala, ibu hamil akan diminta rehat atas katil untuk mengelakkan komplikasi bahaya stress ketika mengandung. Namun, tahukah anda apa itu bed rest?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Cubaan Hamil, Cubaan Hamil Lain, Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Cabut Kondom Tanpa Izin Ketika Bersetubuh Dikira Serangan Seksual, Wanita Kena Ambil Tahu Ini!

Ada aksi seks baharu yang dikenali sebagai stealthing. Tapi tahukah anda, ia dianggap sebagai serangan seksual? Ini penjelasan yang perlu anda fahami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Isu Kesihatan Mental Lain, Kesihatan Mental 08/07/2020 . 3 minit bacaan

Alamak, Tadi Suami Terpancut Sedikit, Betul Ke Setitis Air Mani Boleh Buat Wanita Hamil?

Pernahkah anda mendengar kenyataan seperti SETITIK air mani boleh hamil atau buatkan wanita mengandung? Ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kesihatan Seksual, Seks Selamat 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

buang IUD

Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
IUD terkeluar seks kasar

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
jangkitan perancang keluarga IUD

Pakai IUD Untuk Cegah Hamil? Fahami Dulu Risikonya, Boleh Sebabkan Jangkitan & Mandul!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/12/2020 . 3 minit bacaan
risiko mengandung

Ibu Hamil Yang Dijangkiti HPV, Baca Ini Untuk Tahu Apa Kesannya Terhadap Kandungan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan