backup og meta

Salah Satu Petanda Hidap Diabetes Adalah Mulut Kering! Jaga-jaga Jika Anda Alaminya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/07/2022

    Salah Satu Petanda Hidap Diabetes Adalah Mulut Kering! Jaga-jaga Jika Anda Alaminya

    Tahukah anda, salah satu daripada tanda seseorang itu menghidap diabetes adalah punca mulut kering. Apakah kaitan antara kekeringan mulut dan penyakit diabetes?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini

    Xerostomia: Keadaan punca mulut kering

    Dalam dunia perubatan, keadaan kekeringan mulut ini disebut sebagai xerostomia. Ia adalah satu keadaan di mana kurangnya air liur dalam mulut anda.

    Air liur berfungsi mengawal jumlah bakteria dalam mulut. Selain itu, air liur juga berperanan menyeimbangkan dan menyingkirkan asid yang melekat pada gigi dan gusi anda.

    Sebenarnya, keadaan punca mulut kering ini boleh menjadi salah satu daripada tanda atau simptom diabetes. Ia adalah simptom bagi kedua-dua diabetes jenis 1 dan 2.

    Namun, tidak bermakna anda semestinya menghidap diabetes jika mempunyai kekeringan mulut.

    Simptom-simptom punca mulut kering

    punca mulut kering

    Mulut yang kering tidak semestinya dikesan melalui kulit bibir yang pecah. Ada juga beberapa tanda lain yang menunjukkan bahawa anda sedang mengalami kekeringan mulut.

    Antara tanda kekeringan mulut ialah: 

    • Lidah menjadi kering
    • Kurangnya air liur atau lembapan dalam mulut
    • Mulut kerap terasa sakit
    • Bibir merekah
    • Adanya jangkitan pada gigi atau gusi
    • Rasa sakit ketika ingin menelan sesuatu
    • Wujud iritasi pada celah mulut

    Apakah punca mulut kering bagi penghidap diabetes?

    Terdapat dua penyebab utama kekeringan mulut bagi penghidap diabetes. Pertama adalah kesan ubat-ubatan yang diambil dan yang kedua adalah disebabkan paras gula darah yang meningkat.

    Sesetengah ubat-ubatan seperti ubat kencing manis, ubat tekanan darah tinggi dan ubat anti depresan boleh menyebabkan mulut mengalami keadaan kekeringan.

    Selain itu, keadaan paras gula darah yang tinggi juga menyebabkan mulut anda menjadi kering.

    Apabila paras gula darah meningkat dan air liur berkurangan, maka anda lebih mudah terdedah untuk mengalami jangkitan seperti jangkitan kulat, pereputan gigi dan penyakit gusi.

    Selain daripada dua sebab utama ini, kekeringan mulut juga boleh disebabkan oleh dehidrasi, rawatan dialisis buah pinggang dan juga merokok.

    Cara kurangkan keadaan kekeringan mulut

    punca mulut kering

    Anda boleh mengurangkan keadaan dan simptom punca mulut kering yang dialami dengan mencuba perkara-perkara di bawah ini:

    • Pastikan anda mengawal paras gula darah setiap hari
    • Elakkan pengambilan makanan tinggi gula
    • Elakkan pengambilan minuman berkafein
    • Sekiranya anda memakai pendakap gigi, rajinkan diri anda untuk mencucinya
    • Lakukan flos gigi setiap kali selepas makan
    • Makan lebih banyak buah-buahan dan sayuran
    • Pastikan anda kerap minum air untuk kekal hidrat
    • Elakkan pencuci mulut yang mempunyai kandungan alkohol
    • Gunakan pelembap bibir sekiranya bibir anda kering
    • Kunyah gula-gula getah untuk menggalakkan penghasilan air liur di dalam mulut

    Namun, dalam apa jua keadaan, anda perlu pastikan punca sebenar yang menyebabkan mulut anda kering.

    Jika ia disebabkan oleh paras gula darah yang tinggi, kawal pemakanan anda dan elakkan makanan bergula.

    Sekiranya ia disebabkan oleh kesan ubat-ubatan yang anda ambil, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.

    Doktor mungkin akan memberikan jenis ubat yang lain mengikut kesesuaian diri anda. 

    Komplikasi akibat punca mulut kering

    Mulut yang kering boleh menyebabkan beberapa komplikasi kesihatan lain jika ia terus dibiarkan.

    Air liur anda berperanan memecahkan karbohidrat dan mengandungi sel yang boleh mengelakkan mulut daripada mendapat jangkitan.

    Sekiranya mulut anda menjadi kering dan kekurangan air liur, maka glukosa atau gula daripada sumber karbohidrat berkumpul dalam mulut dan gigi anda.

    Bakteria juga akan bertambah banyak akibat ketiadaan air liur yang berfungsi mencegahnya. Kesemua ini kemudiannya akan menyebabkan kaviti. 

    Selain itu, mulut yang kering juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti gingivitis, iaitu iritasi pada gusi berpunca daripada bakteria. Ia juga boleh menyebabkan periodontitis; iritasi pada tisu yang mengelilingi gigi.

    Untuk pengetahuan anda lagi, anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan kulat dalam mulut seperti thrush dan candidiasis. Semestinya, bau mulut anda akan menjadi lebih busuk disebabkan kehadiran bakteria. 

    Kesimpulan 

    Tidak sukar untuk memastikan mulut anda kembali normal. Hanya pastikan punca sebenar yang menyebabkannya, dan lakukan tip seperti yang telah dinyatakan di atas ini.

    Jika anda mengalami sebarang jangkitan pada mulut atau gigi, segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan