Ya, anda mungkin tidak silap kerana ketidakselesaan ini merupakan antara petanda yang wajar diperhatikan untuk penyakit ini.
Selain itu juga, sebenarnya wujud beberapa lagi tanda tanda sakit batu karang yang lain seperti yang kami akan nyatakan di bawah.
Jadi jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkan di sini.
Apa itu penyakit batu karang?
Untuk pengetahuan anda, penyakit batu karang atau turut dikenali sebagai renal calculi adalah kondisi di mana wujud jisim pepejal berupa seperti kristal.
Jisim ini kebiasaannya berasal daripada buah pinggang namun boleh berkembang dan terjadi pada mana-mana tempat sepanjang saluran air kencing anda.
Antara bahagian yang kerap membentuk batu karang ini adalah organ buah pinggang, pundi kencing, ureter dan uretra.