backup og meta

Kenapa Bau Faraj Pelik? Ini Punca Kemaluan Berbau, Kaum Hawa Tolong Take Note!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/02/2023

    Kenapa Bau Faraj Pelik? Ini Punca Kemaluan Berbau, Kaum Hawa Tolong Take Note!

    Semua vagina mempunyai bau yang tersendiri. Namun, ia boleh berubah mengikut keadaan. Kadangkala, kemaluan akan berbau lebih ‘pelik’ selepas melakukan seks, ketika datang haid atau sewaktu hamil. Selain itu, ada banyak lagi punca kemaluan berbau. Tidak dinafikan, masalah ini juga mungkin berpunca daripada penyakit tertentu.

    Dalam artikel kali ini, kami akan mengupas lebih lanjut mengenai punca kemaluan berbau dan gatal serta apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Mengapa faraj saya berbau?

    punca kemaluan berbau

    Selain bau badan, bau vagina juga boleh mendatangkan kerisauan. Jadi, pasti ada antara kita yang ingin tahu punca badan dan vagina berbau.

    Bau faraj selalunya bergantung pada tahap pH atau betapa asidiknya vagina anda. Pada kawasan intim, ada banyak bakteria yang hidup. Bakteria inilah yang membentuk ‘flora vagina’.

    Jangan risau, bakteria ini bukanlah bakteria jahat. Malah, ia melindungi kawasan faraj daripada jangkitan dan mengekalkan pH faraj pada tahap yang normal.

    Sekiranya pH vagina berubah, besar kemungkinan bau faraj juga akan bertukar. Ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan faraj berbau hanyir dan tidak menyenangkan.

    Perubahan bau vagina merupakan sesuatu yang normal. Ia juga akan pulih dengan sendirinya.

    Bau yang berpunca daripada diet atau perubahan hormon selalunya tidak akan kekal lama.

    Namun, jika bau hanyir pada kawasan intim tidak hilang dan menjadi semakin serius, dapatkan nasihat pakar. Ia mungkin disebabkan penyakit lain yang perlu dirawat oleh doktor.

    5 punca kemaluan berbau

    Bau vagina yang normal dan tidak perlu dirisaukan:

    1. Bau masam. Jika faraj anda berbau masam, ini merupakan tanda vagina yang sihat! Bakteria baik di sekeliling kawasan intim menghasilkan asid laktik yang menyebabkan bau faraj sedikit masam.
    2. Bau metalik seperti duit syiling. Sekiranya faraj anda berbau seakan-akan duit syiling, anda mungkin baru sahaja habis haid. Darah mengandungi zat besi yang akan menghasilkan bau metalik.
    3. Bau seperti roti. Bau seakan-akan roti pula menandakan pH kawasan intim mungkin sedikit terjejas. Namun, tidak mengapa, ia tidak akan mendatangkan bahaya!

    Di bawah, kami akan senaraikan beberapa punca badan dan vagina berbau. Antaranya:

    1. Vaginosis bakteria (BV)

    Vaginosis bakteria merupakan antara punca utama masalah faraj berbau. Hampir 15 hingga 50% wanita yang mengalami ketidakseimbangan bakteria di kawasan vagina dikesan mengalami BV.

    Selalunya, bakteria baik (lactobacilli) melebihi bakteria jahat (anaerobes). Namun, jika terlalu banyak bakteria jahat yang menghuni faraj, keseimbangan pH akan terganggu. Inilah antara punca kemaluan berbau disebabkan BV!

    Sebab itulah, faraj mula berbau hanyir dan masam. Selain itu, wanita juga mungkin akan mengalami keputihan yang berwarna kelabu atau kehijau-hijauan.

    2. Trichomoniasis punca kemaluan berbau

    Trichomoniasis merupakan sejenis penyakit kelamin yang berlaku disebabkan oleh parasit.

    Dalam kalangan wanita, penyakit ini boleh menjadi punca kemaluan berbau. Lelaki yang menghidap penyakit sama pula selalunya tidak akan menunjukkan sebarang simptom.

    Selain itu, wanita hamil yang menghidap trichomoniasis mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi pramatang. Pengambilan antibiotik sudah cukup untuk mengubati penyakit ini.

    3. Sindrom kejutan toksik

    punca kemaluan berbau

    Pada zaman sekarang, sindrom kejutan toksik sangat jarang berlaku. Kondisi ini berlaku disebabkan bakteria yang masuk ke dalam badan.

    Sindrom kejutan toksik boleh membawa maut jika tidak dirawat secepat mungkin. Sekiranya dicegah, pesakit boleh sembuh seperti sediakala.

    4. Anda lupa membuang tampon

    Jangan terkejut, ramai orang terlupa membuang tampon, kadangkala sehingga 2-3 hari sehingga ia membusuk dalam faraj!

    Jika ini yang berlaku, bau faraj akan jadi sangat busuk. Selain itu, anda juga mungkin akan alami kesakitan dan gatal-gatal pada kawasan faraj.

    Baca juga:

    5. Jangkitan kandida (thrush) punca kemaluan berbau

    Thrush merupakan sejenis penyakit yang berlaku disebabkan jangkitan yis. Jangkitan ini akan menyebabkan kemaluan gatal-gatal, pedih dan berbau abnormal.

    Bukan itu sahaja, wanita juga akan mengalami keputihan yang berketul seperti susu basi. Jangkitan yis ini bukan berlaku kepada kaum Hawa sahaja, ia juga dapat menjangkiti kaum Adam.

    Kondisi ini selalunya tidak akan membawa sebarang bahaya. Namun, ia boleh berlaku semula pada masa hadapan.

    Atasi bau faraj, jangan sampai orang lain bau!

    punca kemaluan berbau

    Punca badan dan vagina berbau sebenarnya dapat dicegah dengan pelbagai cara. Antaranya:

    1. Jaga kebersihan diri. Selalu tukar seluar dalam dan gunakan sabun lembut yang tidak akan menyebabkan kegatalan.
    2. Jangan meruang. Meruang bukan sahaja boleh buatkan bau dan kegatalan menjadi semakin serius, malahan ia juga boleh menyebabkan sebarang jangkitan masuk lebih dalam!
    3. Pakai pakaian yang sesuai. Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat. Gunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kapas kerana ia dapat menggalakkan pengudaraan yang baik.
    4. Minum air dengan mencukupi. Bau faraj akan menjadi semakin teruk sekiranya anda mengalami dehidrasi.
    5. Lindungi faraj daripada STI. Gunakan kondom ketika melakukan seks. Sekiranya anda menggunakan pelincir, beli produk yang tidak mengandungi sebarang perisa dan bebas pewangi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan