backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Abaikan 7 Tanda Buah Pinggang Rosak Ini, Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Segera Dirawat!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/06/2023

    Jangan Abaikan 7 Tanda Buah Pinggang Rosak Ini, Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Segera Dirawat!

    Kita mungkin tidak tahu jika mengalami sesuatu penyakit disebabkan tanda-tanda yang agak sama dengan penyakit lain. Namun, bagi masalah buah pinggang gagal berfungsi, ada beberapa tanda tanda buah pinggang rosak yang sangat jelas. Ini 7 tanda buah pinggang bocor yang anda kena hati-hati. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Urologi, anda boleh klik di sini.

    Tanda tanda buah pinggang rosak

    Menjaga buah pinggang adalah aspek penting dalam menjalani kehidupan yang sihat.

    Dengan peningkatan masalah kesihatan yang berkaitan dengan buah pinggang, adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mengenali tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang.

    Berikut ialah 7 tanda tanda buah pinggang rosak yang tidak boleh diabaikan sama sekali:

    #1. Perubahan dalam corak kencing

    Salah satu tugas utama buah pinggang ialah menapis sisa melalui air kencing.

    Sebarang perubahan dalam kekerapan, warna atau jumlah air kecil mungkin merupakan tanda masalah buah pinggang.

    tanda buah pinggang rosak

    Jika anda kerap atau kurang kencing sejak kebelakangan ini, anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

    Selain itu, anda juga perlu ke klinik jika perasan air kencing menjadi berbuih atau mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.

    #2. Bengkak pada tangan, buku lali dan kaki

    Buah pinggang berperanan membantu mengeluarkan cecair tambahan dalam badan.

    Apabila buah pinggang gagal melakukan fungsinya dengan baik, cecair ini boleh terkumpul lalu menyebabkan bengkak pada tangan, buku lali dan kaki anda.

    Ini adalah antara tanda buah pinggang bocor yang tidak boleh diabaikan.

    Apatah lagi jika ia disertai dengan gejala-gejala kronik lain.

    #3. Tanda buah pinggang rosak: Keletihan dan kelemahan

    tanda buah pinggang rosak

    Buah pinggang yang sihat menghasilkan erythropoietin (EPO), hormon yang mendorong badan untuk mencipta sel darah merah pembawa oksigen.

    Apabila buah pinggang rosak, ia menghasilkan lebih sedikit EPO.

    Ini mengakibatkan sel darah merah yang dihasilkan menjadi lebih sedikit, dan kurang oksigen untuk otot anda.

    Kesannya, ia menyebabkan badan berasa lesu, letih dan lemah. 

    #4. Kurang selera makan dan rasa seperti logam dalam mulut

    Kegagalan buah pinggang boleh menyebabkan pengumpulan sisa dalam darah, iaitu sejenis keadaan yang dikenali sebagai uremia.

    Ini boleh mengakibatkan kehilangan selera makan atau rasa logam yang konsisten di dalam mulut.

    Makanan yang dimakan juga boleh kehilangan rasa dan anda mungkin tidak lagi menyukai makanan yang pernah anda nikmati.

    Gejala ini turut mempengaruhi pengambilan nutrien keseluruhan anda dan menyumbang kepada penurunan berat badan yang signifikan. 

    #5. Sesak nafas

    Mengalami sesak nafas boleh menjadi antara gejala kegagalan buah pinggang yang teruk.

    Pengumpulan cecair di dalam paru-paru berlaku akibat kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan cecair yang berlebihan dari badan.

    Keadaan ini kemudiannya boleh membawa kepada edema pulmonari, keadaan yang menyebabkan sesak nafas.

    Tambahan pula, anemia boleh menyebabkan anda tercungap-cungap walaupun selepas melakukan aktiviti fizikal yang minimum.

    Ini kerana sel darah merah yang ada terlalu sedikit untuk membawa oksigen ke tempat yang diperlukan.

    #6. Tanda buah pinggang rosak: Pening dan muntah

    tanda buah pinggang rosak

    Mual dan muntah adalah gejala biasa lain yang dialami oleh individu dengan masalah kegagalan buah pinggang.

    Gejala-gejala ini berkaitan dengan paras sisa yang tinggi, yang terkumpul dalam aliran darah apabila buah pinggang gagal ditapis dengan betul.

    Keadaan dikenali sebagai uremia ini boleh menyebabkan sakit perut, yang menyebabkan loya serta muntah-muntah.

    Jika tidak dirawat, ini berpotensi mengakibatkan komplikasi lanjut seperti dehidrasi dan kekurangan nutrisi.

    #7. Kulit gatal dan kering

    Buah pinggang yang sihat menjalankan fungsi penting dengan membuang sisa dan cecair yang berlebihan daripada aliran darah.

    Ia juga berfungsi mengimbangi mineral badan seperti kalsium dan fosforus.

    Jika buah pinggang anda mengalami masalah, mineral-mineral ini akan menjadi tidak seimbang, lalu menyebabkan kulit kering dan gatal.

    Ini bukan sekadar masalah ketidakselesaan. Akan tetapi, ia adalah tanda bahawa fungsi buah pinggang normal telah terganggu.

    Keadaan ini sering menjejaskan kira-kira 40% pesakit dengan penyakit buah pinggang peringkat akhir.

    Kesimpulan 

    Tanda tanda buah pinggang rosak ini boleh menjadi sangat kecil dan mudah diabaikan.

    Jika anda mengalami mana-mana gejala ini, jangan sesekali mengabaikannya.

    Buah pinggang anda mungkin cuba memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak normal sedang berlaku.

    Pengesanan dan rawatan awal boleh membantu melambatkan atau bahkan menghentikan perkembangan penyakit buah pinggang. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan