Sama seperti imbasan CT, imbasan ultrasound juga boleh digunakan untuk menentukan saiz dan lokasi batu karang di dalam buah pinggang atau pundi kencing.
Selain itu, kondisi seperti obesiti atau gas di dalam usus (intestinal gas) mungkin boleh mengganggu keputusan ujian.
Baca juga:
4. Diagnosis batu karang dengan imbasan X-ray
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, imbasan X-ray juga boleh digunakan untuk mengesan batu karang.
Walau bagaimanapun, imbasan ini kurang efektif jika dibandingkan dengan imbasan CT atau imbasan ultrasound.
5. Excretory urography
Urography merupakan sejenis kaedah pengimejan yang digunakan untuk mengesan kehadiran darah di dalam urin atau batu karang di dalam pundi kencing dan buah pinggang.
Urography selalunya dilakukan bersama imbasan CT (computed tomography) atau MRI (magnetic resonance imaging). Kaedah ini sangat efektif untuk mengesan sebarang masalah pada saluran urinari.
6. Ujian air kencing

Ujian air kencing dilakukan untuk mengenal pasti sama ada pesakit mengkumuhkan terlalu banyak mineral yang boleh menggalakkan pembentukan batu karang. Untuk ujian ini, doktor mungkin akan minta pesakit melakukan ujian yang sama sebanyak dua kali.
Selain itu, ujian urin juga boleh mengesan jangkitan saluran kencing (UTI) yang boleh menyebabkan atau disebabkan oleh batu karang.
7. Analisis yang bersesuaian untuk mengetahui penawar batu karang
Doktor juga akan melakukan analisis terhadap air kencing untuk mengesan sel darah merah, sel darah putih atau nitrit di dalam urin pesakit.
Jika ada sebarang sel darah putih atau nitrit dikesan di dalam air kencing, ini mungkin menandakan kewujudan jangkitan bakteria. Darah merah pula menunjukkan kehadiran batu karang di dalam saluran air kencing pesakit.
Selain itu, pH air kencing pesakit juga akan diuji. Bacaan pH yang lebih daripada 7 menunjukkan kewujudan organisma seperti Proteus spp yang berkemungkinan menunjukkan pesakit menghidap jangkitan saluran kencing (UTI).
Proteus spp boleh menguraikan urea kepada ammonia dan karbon dioksida melalui proses hidrolisis. Ini akan menyebabkan pH air kencing pesakit untuk menjadi lebih alkali. Bacaan pH yang lebih rendah daripada 5 pula menunjukkan kehadiran batu karang jenis asid urik.
8.Rawatan batu karang dengan pemberian ubat tahan sakit
Setelah didiagnosis dengan batu karang, doktor mungkin akan memberikan preskripsi ubat tahan sakit untuk kegunaan pesakit lebih-lebih lagi jika mereka menghidap kolik renal.
9. Merangka strategi untuk mengeluarkan batu karang
Jika batu karang boleh dikeluarkan dengan sendirinya, pesakit mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan lain.
Oleh sebab itu, kadangkala doktor akan mencadangkan agar pesakit minum air dengan banyak sebagai penawar untuk bantu mengeluarkan batu karang daripada sistem urinari pesakit. Minum air dengan banyak merupakan penawar batu karang yang sangat mujarab.
Jika boleh, pesakit digalakkan untuk membuang air kecil di dalam penapis teh supaya sebarang batu karang yang keluar boleh disimpan untuk analisis.
Ubat-ubatan juga akan diberikan kepada pesakit bergantung kepada jenis batu karang yang dialami.
Penawar batu karang 10: Prosedur stone-bypass
Kadangkala, apabila batu karang tersumbat pada saluran kencing, doktor akan masukkan tiub kecil (stent) secara sementara ke dalam ureter.
Kemudiannya, tiub tersebut akan dibiarkan di posisi tersebut sehinggalah batu karang boleh dibuang dengan cara pembedahan.
Penawar batu karang 11: Shock wave lithotripsy (SWL)
Batu karang boleh dipecahkan menggunakan gelombang bunyi dengan prosedur yang dikenali dengan nama shock wave lithotripsy. Prosedur ini dapat memecahkan batu karang kepada cebisan yang lebih kecil.
Selalunya, prosedur ini dilakukan untuk membuang batu karang yang menyebabkan:
Dengan melakukan prosedur ini, cebisan batu karang yang lebih kecil akan mudah untuk keluar melalui saluran kencing pesakit. Selalunya, prosedur ini akan mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam.
Penawar batu karang 12: Pembedahan batu karang

Ada batu karang yang mempunyai saiz yang besar dan sukar untuk dikumuhkan secara semula jadi. Jika ini yang berlaku, doktor akan membuang batu karang tersebut dengan cara pembedahan.
Ureteroscopy merupakan salah satu prosedur yang boleh digunakan untuk membuang batu karang. Doktor akan menggunakan skop yang halus dan nipis untuk mencari dan mengeluarkan batu tersebut.
Semasa prosedur ini dilakukan, pesakit akan berada di bawah anastesia. Skop tersebut akan dimasukkan melalui pundi kencing dan ureter hingga ke bahagian buah pinggang.
Selain itu, untuk pesakit yang menghidap hipertiroidsme pula, mereka mungkin perlu melakukan pembedahan untuk membuang kelenjar paratiroid.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen