backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Diserang Sakit Batu Karang? Ini Dia Tanda, Punca Serta 4 Cara Merawat & Mencegahnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

Diserang Sakit Batu Karang? Ini Dia Tanda, Punca Serta 4 Cara Merawat & Mencegahnya

Penyakit kencing batu karang merupakan sesuatu yang lazim dalam kalangan rakyat Malaysia. Persoalannya, apa yang anda perlu tahu tentangnya? Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Batu Karang, sila dapatkannya di sini

Apa itu penyakit kencing batu karang?

Batu karang merupakan deposit keras yang terbentuk akibat pengumpulan mineral dan garam di dalam kawasan buah pinggang.

Ada banyak punca yang menyebabkan pembentukan batu karang. Antaranya ialah diet, berat badan berlebihan, masalah kesihatan tertentu dan pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan.

Secara purata, 1 daripada 10 orang akan mengalami masalah batu karang. Selain itu, batu karang boleh terbentuk di sebelah buah pinggang atau kedua-duanya.

Individu yang mengalami sakit batu karang selalunya akan diserang rasa sakit yang amat sangat.

Jika tidak dirawat dalam jangka masa panjang, penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan dan merosakkan buah pinggang.

Penyakit batu karang juga boleh berlaku kepada kanak-kanak pada usia seawal 5 tahun. Antara punca masalah ini ialah tabiat pemakanan yang tidak sihat.

penyakit batu karang
Antara jenis-jenis batu karang yang ada.

Apakah simptom penyakit kencing batu karang?

Jika batu karang yang berada di dalam saluran air kencing bersaiz kecil, pesakit mungkin tidak akan alami sebarang simptom. Malah, mereka juga mungkin tidak tahu bahawa dirinya pernah alami batu karang.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai batu karang yang bersaiz besar, anda mungkin akan alami tanda batu karang dalam buah pinggang di bawah:

  • Sakit pada bahagian bawah abdomen
  • Pedih ketika membuang air kecil
  • Terpaksa membuang air kecil dengan kerap
  • Darah di dalam air kencing
  • Diagnosis dan rawatan penyakit kencing batu karang

    Untuk pengetahuan anda, penyakit kencing batu karang akan meningkatkan risiko individu untuk menghidap penyakit buah pinggang yang kronik.

    Malah, jika anda pernah didiagnosis dengan batu karang, anda mempunyai risiko yang besar untuk mengalaminya sekali lagi pada masa hadapan.

    Tambahan lagi, mereka mempunyai peningkatan risiko sebanyak 50% untuk membentuk batu karang dalam masa 5 atau 7 tahun yang akan datang.

    Batu karang boleh dicegah dengan perubahan gaya hidup. Berikut cara merawat batu karang dalam pundi kencing:

    1. Minum lebih banyak air untuk elak penyakit kencing batu karang

    penyakit kencing batu karang
    Minum banyak air kosong jika ada batu karang.

    Individu yang mempunyai sejarah penyakit kencing batu karang perlu minum air dengan mencukupi dan bersenam dengan kerap. Lebih-lebih lagi jika anda tinggal di kawasan yang panas. 

    Jika air kencing anda berwarna jernih, itu mungkin bermaksud anda minum air dengan mencukupi. Untuk elakkan batu karang daripada kembali terbentuk, anda perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.

    Minuman seperti jus buah, teh dan kopi juga termasuk di dalam kuota 3 liter tersebut. Namun, sudah tentulah air yang terbaik ialah air putih.

    2. Makan makanan yang rendah oksalat

    Jika anda kerap membentuk batu karang jenis kalsium oksalat, doktor mungkin akan mencadangkan agar anda mengurangkan pengambilan makan yang mengandungi oksalat.

    Sebagi contoh, kurangkan makanan seperti bayam, ubi kayu, kekacang, teh, coklat, lada hitam dan juga produk berasaskan soya.

    3. Amalkan diet rendah garam

    Kurangkan garam dalam makanan. Pada masa yang sama, hadkan pengambilan protein daripada haiwan seperti daging dan kekacang kerana ia mungkin antara makanan dilarang untuk batu karang.

    Diet yang kaya dengan protein akan meningkatkan konsentrasi asik urik dan kalsium oksalat di dalam air kencing.

    Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kurangkan keasidan urin. Apabila urin tidak terlalu berasid, batu karang lebih sukar untuk terbentuk.

    4. Berhati-hati jika mengambil suplemen kalsium

    Kalsium di dalam supplemen boleh meningkatkan risiko anda menghidap batu karang. Namun, ada juga indidividu yang lebih berisiko untuk membentuk batu karang jika mereka mengalamalkan diet rendah kalsium.

    Cara yang paling selamat untuk memenuhi keperluan kalsium anda tanpa mendatangkan bahaya pada buah pinggang adalah dengan mengambil makanan yang kaya dengan kalsium.

    Walau bagaimanapun, pesakit yang menghidap penyakit kencing batu karang disarankan untuk rujuk kepada ahli dietetik untuk merangka pelan pemakanan yang boleh mengurangkan risiko penyakit ini.

    Bila anda perlu berjumpa doktor

    penyakit kencing batu karang
    Masalah batu karang dalam pundi kencing.

    Jika anda mempunyai simptom seperti rasa sakit pada bahagian bawah abdomen, pedih ketika membuang air atau ada tompokan darah di dalam air kencing, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

    Kesakitan yang disebabkan oleh batu karang boleh mengganggu kelancaran aktiviti seharian anda. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkan rawatan dalam kadar yang segera.

    Batu karang yang bersifat ‘senyap’ dan tidak menunjukkan apa-apa simptom selalunya ditemui ketika pesakit melakukan ujian kesihatan.

    Walau bagaimanapun, ramai yang didiagnosis dengan batu karang setelah mereka merasakan kesakitan pada bahagian abdomen.

    Jika doktor mengesyaki anda mempunyai penyakit kencing batu karang, beliau akan melakukan beberapa prosedur dan ujian diagnostik seperti;

    • Ujian darah
    • Ujian air kencing
    • Ujian pengimejan

    Setelah mengesan batu karang, doktor akan menentukan cara atau ubat batu karang yang terbaik untuk merawat kondisi pesakit.

    Perkara seperti kesihatan buah pinggang dan juga kesihatan badan secara menyeluruh adalah antara perkara penting yang akan mempengaruhi keputusan doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan