backup og meta

Jika Anda Ada Masalah Sel Darah Putih Rendah, Atasinya Dengan 8 Langkah Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 23/10/2023

    Jika Anda Ada Masalah Sel Darah Putih Rendah, Atasinya Dengan 8 Langkah Ini

    Sel darah putih mempunyai peranan yang sangat penting dalam sistem imun manusia.

    Ia membantu badan untuk melawan penyakit dan jangkitan kuman sekali gus mempengaruhi tahap kesihatan individu secara menyeluruh.

    Jika jumlah darah putih tinggi, ia bermakna terdapat mikroorganisme (virus, bakteria atau parasit) yang cuba untuk menjangkiti badan.

    Jika keadaan ini terjadi, seseorang itu boleh didiagnosis dengan masalah leukemia.

    Sebaliknya, jika paras sel darah tersebut terlalu rendah, ia dikenali sebagai leukopenia.

    Ketahui punca di sebalik leukopenia dalam artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Gangguan Darah, anda boleh klik di sini.

    Jenis sel darah putih di dalam sistem imun manusia

    sel darah putih

    Leukopenia merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada sel darah putih sebagai satu entiti.

    Hakikatnya, terdapat beberapa jenis sel darah yang mempunyai peranan spesifik terhadap sistem imun manusia.

    1. Neutrofil – Merangkumi hampir separuh daripada populasi darah putih manusia. Sel ini merupakan agen pertama (kebiasaannya) yang bertindak balas terhadap virus atau bakteria yang cuba menceroboh masuk. 
    2. Basofil – Merangkumi sekitar 1% daripada jumlah sel darah putih. Basofil merupakan sel yang cukup terkenal dalam proses patologi penyakit asma. Ia boleh merembeskan histamin sehingga menyebabkan proses keradangan.
    3. Eosinofil – Boleh melawan bakteria, namun peranan penting eosinofil adalah melawan jangkitan parasit. Jenis sel darah ini terkenal dengan peranannya dalam menyebabkan simptom alergi.
    4. Monosit – Digelar lori sampah bagi sistem imun. Ia merangkumi 5 hingga 12 peratus cell darah putih. Sel ini mempunyai peranan membersihkan sel mati dan menetap di dalam tisu sihat manusia.
    5. Limfosit – Sel darah ini bertanggungjawab menghasilkan antibodi bagi memperkuatkan integriti sistem pertahanan badan manusia. Ia merupakan bahan utama yang menjadi fokus kajian sains dalam menghasilkan vaksin bagi menghindarkan jangkitan virus.

    Apabila berbicara mengenai punca leukopenia, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dikenal pasti.

    Biasanya, istilah bagi leukopenia berbeza mengikut jenis darah putih yang mana mengalami penurunan sehingga ke paras tidak normal.

    Sebagai contoh, jika ujian darah menunjukkan anda kekurangan neutrofil, istilah bagi keadaan tersebut adalah neutropenia.

    Begitu juga dengan sel darah putih yang lain. Jika anda kekurangan limfosit, anda dikatakan mengalami limfositopenia. 

    Penurunan paras pada jenis darah putih yang berbeza memberikan implikasi yang berlainan.

    Namun, secara umumnya, mereka yang mengalami masalah leukopenia akan menunjukkan simptom yang sama seperti jangkitan:

    Bukan senang nak kenal pasti punca berlakunya leukopenia

    sel darah putih

    Leukopenia bukanlah satu tanda spesifik yang merujuk kepada penyakit tertentu.

    Banyak keadaan kesihatan yang boleh dimanifestasikan sebagai leukopenia.

    Antaranya adalah:

    1. Keadaan yang mempengaruhi keupayaan badan untuk menghasilkan sel darah seperti anemia aplastik, hipersplenisme dan sebagainya.
    2. Simptom bagi kanser tertentu. Rawatan kanser seperti terapi kemo, terapi radio dan pemindahan sumsum tulang juga boleh menyebabkan leukopenia.
    3. Masalah kongenital yang mempengaruhi kebolehan sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah. Antaranya adalah sindrom Kostmann dan myelokathexis.
    4. Jangkitan kronik yang mempengaruhi integriti sel darah putih seperti HIV/AIDS dan tuberkulosis (batuk kering) atau yang menyerang sumsum tulang sehingga mengganggu penghasilannya.
    5. Masalah berkaitan dengan autoimun (sel imun yang menyerang sel sendiri) seperti lupus dan artritis reumatoid.
    6. Masalah kekurangan vitamin dan mineral penting seperti vitamin B12, folat dan zink.
    7. Kesan sampingan ubat seperti steroid, penicillin, interferon dan sebagainya.

    Leukopenia bukanlah istilah diagnosis. Ia hanyalah tanda yang berlaku akibat daripada proses patologi penyakit itu sendiri.

    Memang sukar untuk kita kenal pasti punca di sebalik masalah kesihatan tersebut tanpa siasatan lanjut.

    Walau bagaimanapun, corak pemeriksaan yang sistematik oleh doktor perubatan bertauliah dapat mengecilkan skop penyakit sehingga diagnosis sebenar dapat dikenal pasti dan rawatan dapat diberikan.

    Rawatan bagi masalah kurang sel darah putih

    sel darah putih

    Seperti yang telah penulis nyatakan di atas, rawatan bergantung kepada diagnosis yang berkait dengan masalah leukopenia yang dialami pesakit.

    Sebagai contoh:

  • Pemberian ubat bagi merawat penyakit yang menyebabkan leukopenia seperti jangkitan dan sebagainya.
  • Sekiranya ubat merupakan faktor pencetus kepada leukopenia, doktor mungkin akan menyuruh anda berhenti daripada mengambil ubat tersebut dan mempreskripsikan ubat lain.
  • Beri masa rehat di antara sesi terapi kemo atau kaedah rawatan berkaitan bagi membolehkan badan untuk membuat lebih banyak sel darah. 
  • Jika masalah leukopenia anda berpunca daripada masalah genetik atau terapi kemo, pemberian faktor tumbesaran seperti faktor perangsang kolong granulosit boleh membantu meningkatkan jumlah penghasilan darah putih.
  • Diet neutropenik mungkin akan disarankan kepada mereka yang mempunyai paras sel darah putih rendah. Ia bagi merendahkan kadar jangkitan yang boleh berlaku kesan daripada pencemaran makanan (sumber atau cara penyediaan makanan).
  • Pengambilan vitamin dan nutrien penting sekiranya disahkan menghidap masalah malnutrisi. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian.
  • Rehat secukupnya bagi mengoptimumkan proses penghasilan darah putih oleh badan.
  • Berhati-hati dengan apa-apa punca yang boleh meningkatkan risiko jangkitan seperti kecederaan, keracunan makanan dan sebagainya. Cuci tangan anda sekerap mungkin dan gunakan sanitizer sekiranya tidak terdapat air atau sabun di lokasi anda berada.
  • Konklusi

    Jika anda mengalami masalah leukopenia, dapatkan nasihat daripada pakar berkenaan dengan apa yang anda perlu lakukan seterusnya.

    Dalam kebanyakan kes, masalah tersebut akan reda setelah punca utamanya berjaya dikenal pasti dan dirawat.

    Kalau anda mengalami masalah leukopenia kronik seperti jangkitan HIV, masalah genetik dan sebagainya, amalkan gaya hidup sihat dan ambil perhatian terhadap setiap perkara yang boleh meningkatkan risiko jangkitan pada tubuh badan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 23/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan