backup og meta

Kenapa Susah Sangat Nak Tidur? Ini 10 Perkara Anda Mungkin Buat Tanpa Sedar!

Kenapa Susah Sangat Nak Tidur? Ini 10 Perkara Anda Mungkin Buat Tanpa Sedar!

Dah penat berpusing dan bergolek, masih sukar untuk tidur. Apa punca tidak boleh tidur ini ya? Jom semak perkara di bawah untuk tahu dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.

Kenapa sukar sangat mahu tidur ya…

Punca tidak boleh tidur #1. Telefon

Sosial media dan e-mel boleh menyebabkan tekanan dan menyukarkan anda untuk tidur.

Malah, apabila anda melihat telefon sebelum tidur, otak anda menganggap bahawa lampu dari telefon itu adalah cahaya pada waktu siang, jadi mengakibatkan badan anda tidak mengeluarkan melatonin dengan secukupnya – kimia yang membantu anda tidur.

Kekurangan melatonin boleh menyebabkan anda insomnia.

Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mematikan/menutup segala alat peranti digital termasuk telefon pintar, komputer dan televisyen.

Elakkan meletak telefon berhampiran katil terutama jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk memeriksa telefon dengan kerap.

punca tidak boleh tidur

#2. Waktu tidur

Mempunyai waktu tidur yang berbeza sepanjang minggu turut boleh menjadi punca kepada masalah kesukaran untuk tidur.

Sebagai contoh, masuk tidur pada pukul 10 pada malam Selasa dan menjelang tengah malam pada malam Jumaat, boleh mengganggu jam dalam badan anda.

Ini menyukarkan anda untuk tidur dan membuatkan anda tidak mahu bangun pada keesokan paginya.

Anda mungkin tidak dapat atau sukar untuk tidur pada waktu yang sama setiap hari.

Tetapi, anda boleh untuk tidak terlalu menjarakkan waktu tidur lebih dari 30 hingga 45 minit, walaupun pada waktu hujung minggu.

Punca tidak boleh tidur #3. Kafein

Mengambil kafein pada lewat petang untuk mengembalikan tenaga mungkin merupakan salah satu manfaat kafein.

Tetapi, kafein juga mempunyai keburukkan, ia menjejaskan keupayaan anda untuk menjejaki tempoh anda berjaga dan membuatkan anda berjaga lebih dari waktu yang sepatutnya.

Sebaiknya, jarakkan tempoh minum kafein sekurang-kurangnya 5 jam sebelum waktu tidur dan sebaiknya lebih dari tempoh waktu tersebut jika anda sensitif terhadap kafein.

Baca juga:

Punca tidak boleh tidur #4. Alkohol

Pengambilan alkohol secara berlebihan turut menjejaskan tidur anda.

Sebaiknya ambil pada waktu petang atau sebaiknya beberapa jam sebelum tidur kerana ia dapat membantu anda untuk tidur lebih nyenyak.

Tetapi, dalam masa yang sama ia mungkin menyebabkan anda sukar tidur.

Alkohol merupakan diuretik yang boleh menyebabkan anda bangun lebih kerap pada tengah malam untuk ke bilik air.

Mungkin anda boleh mengambil satu minuman sehari untuk individu wanita dan untuk lelaki, paling banyak yang boleh anda minum adalah dua minuman.

Sebaiknya minum minuman beralkohol anda dua jam sebelum anda tidur.

#5. Tidak selesa

Katil yang tidak selesa juga turut boleh menjadi punca tidak boleh tidur.

Selain itu, posisi tidur juga boleh menyebabkan anda tidak selesa dan sukar untuk tidur.

Jika anda tidur bersama haiwan peliharaan, seperti kucing dan anjing, ia juga boleh menjadi antara punca anda terjaga ketika tidur walaupun anda tidak mengingatinya pada keesokan harinya.

Tidur bersama pasangan dan pasangan anda mengambil ruang yang lebih luas dari anda turut boleh menjadi punca anda tidak memperolehi tidur yang berkualiti.

Anda mungkin boleh memperbaiki masalah ini dengan menjauhkan haiwan peliharaan anda dari katil dan mungkin anda boleh mendapatkan katil dan tilam yang lebih luas untuk memberikan keselesaan kepada anda dan pasangan.

punca tidak boleh tidur

#6. Persekitaran tidur anda

Bilik yang terlalu cerah, atau pencahayaan yang tidak sesuai untuk tidur boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan melatonin yang sedikit yang akan menyebabkan anda terjaga pada waktu malam.

Begitu juga jika suhu dalam bilik anda terlalu panas atau terlalu sejuk, turut menjadi penyumbang kepada masalah mengantuk tapi tak boleh tidur.

Untuk menentukan pencahayaan yang sesuai mungkin agak sukar, kerana setiap individu adalah berbeza dan sama juga halnya berkaitan suhu.

Apa yang boleh anda lakukan adalah anda mencuba tahap pencahayaan dan suhu yang berbeza untuk mendapatkan kesesuaian dengan anda.

Punca tidak boleh tidur #7. Tekanan

Apabila terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran, ia boleh menjadi punca untuk anda sukar tidur.

Cuba elakkan untuk memikirkan hal yang boleh menyebabkan anda sukar tidur seperti hal berkaitan kerja.

Tenangkan diri anda dengan mandi air suam, meregangkan badan dan mendengar muzik yang menenangkan.

punca tidak boleh tidur

Punca tidak boleh tidur #8. Bersenam

Melakukan aktiviti fizikal ringan sebelum tidur boleh membantu anda untuk tidur dengan lebih baik.

Tetapi, bersenam secara berlebihan sebelum tidur boleh menyebabkan anda sukar untuk tidur dan memperolehi lebih banyak tenaga.

#9. Perubahan pada waktu

Perubahan yang terlalu kerap seperti perubahan waktu semasa disebabkan pertukaran tempat, zon masa juga boleh menjadi punca anda tidak boleh tidur walaupun anda keletihan.

Ini kerana perubahan ini mengganggu waktu dalaman badan anda.

#10. Pengambilan ubatan tertentu

Penyebab tidak boleh tidur yang seterusnya adalah ubatan yang dibeli di farmasi, seperti ubat tahan sakit atau mengurangkan berat badan, mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan kepada tidur anda.

Jika anda tidak pasti tentang keadaan ini, anda mungkin boleh mendapatkan bantuan dari doktor untuk menentukan punca anda tidak boleh tidur.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sleep Disorders and Problems, https://www.helpguide.org/articles/sleep/sleep-disorders-and-problems.htm, Accessed on Apr 1 2019.
  2. What To Do When You Can’t Sleep, https://www.sleepfoundation.org/insomnia/treatment/what-do-when-you-cant-sleep, Accessed on Apr 1 2019.
  3. Can’t Sleep? Here Are 11 Surprising Causes, https://www.aarp.org/health/conditions-treatments/info-2019/have-trouble-sleeping.html, Accessed on Apr 1 2019.
  4. Insomnia: What You Need to Know as You Age, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/insomnia-what-you-need-to-know-as-you-age, Accessed on Apr 1 2019.
  5. 8 reasons why you’re not sleeping, https://www.health.harvard.edu/sleep/8-reasons-why-youre-not-sleeping, Accessed on Apr 1 2019.

Versi Terbaru

01/12/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Asyik Terjaga Daripada Tidur? Bahaya! Anda Mungkin Dapat Sindrom Ini

Sering Terjaga Ketika Sedang Sedap Tidur & Sukar Untuk Lena Kembali? Ikut 7 Tip Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan