5. Membantu anak anda belajar di rumah
Terdapat pelbagai rancangan ilmiah yang ditayangkan di televisyen bertujuan mengajar anak anda seperti di sekolah. Perbezaannya, ruang tamu rumah anda adalah bilik darjah anak anda dan televisyen merupakan gurunya. Malahan itu, rancangan kartun luar negara seperti Dora the Explorer atau Go Diego Go juga merupakan rancangan kartun bercorak hubungan dua hala yang menarik malah bagus untuk perkembangan otak anak anda.
6. Mengasah skil analitik anak anda
Selain menjadi bahan tontonan umum, rancangan televisyen juga boleh dijadikan sebagai medium untuk anda dan anak anda melakukan perbincangan. Sebagai contoh, gunakan satu rancangan kartun untuk dijadikan sebagai topik perbualan bersama anak anda. Berbincanglah bersama mereka tentang watak, plot atau apa-apa yang menarik dalam rancangan tersebut. Ini sekaligus dapat mengasah skil analitik anak anda
7. Mengajar anak anda fungsi iklan
Rancangan televisyen tidak boleh lari daripada iklan. Menurut kajian, kanak-kanak yang masih kecil sebenarnya tidak dapat membezakan rancangan televisyen sebenar dengan iklan. Sebagai ibu bapa, anda boleh gunakan peluang ini untuk mengajar anak anda berkenaan tujuan dan fungsi iklan. Ini dapat memberi pendedahan awal kepada anak mengenai keperluan dan kepentingan iklan yang disiarkan menerusi televisyen.
8. Memastikan anak anda mempunyai contoh ‘role model’ yang bagus
Kanak-kanak amat mudah terpengaruh dengan individu yang mereka tonton di kaca televisyen. Rancangan yang memaparkan selebriti atau tokoh kebanggaan kita adalah rancangan yang sangat sesuai untuk ditonton oleh anak anda agar mereka dapat mencontohi individu tersebut. Namun begitu, ibu bapa perlu ingat bahawa ini sangat berisiko kerana bimbang anak anda terpengaruh dengan ‘role model’ yang salah. Oleh itu, sentiasa perhatikan anak anda ketika menonton televisyen.
Konklusinya, televisyen juga mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Di sebalik mudarat yang seringkali diutarakan, terdapat banyak lagi manfaat yang kurang diketahui masyarakat. Oleh itu, gunakan peluang yang ada dan jadikan televisyen sebagai salah satu daripada alat bantuan untuk anak anda belajar secara santai dan relaks.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen