Manusia bukan mesin yang boleh terus berfungsi selagi mempunyai bateri kerana tubuh badan kita memerlukan rehat dengan cara tidur waktu malam.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Manusia bukan mesin yang boleh terus berfungsi selagi mempunyai bateri kerana tubuh badan kita memerlukan rehat dengan cara tidur waktu malam.
Apa yang membimbangkan adalah ada individu yang tidak dapat tidur yang mencukupi kerana asyik terjaga sahaja!
Persoalannya, apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku dan bagaimana untuk mengelakkannya daripada berulang lagi?
Jom sama-sama kita ikuti artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih mendalam lagi.
Angka 8 memang merupakan nombor yang agak menarik jika hendak dikaitkan dengan kesihatan tubuh badan kita.
Menurut ramai pakar, minum air kosong 8 gelas sehari adalah jumlah yang ideal untuk cecair dalam badan.
Menurut pakar lagi, tidur waktu malam 8 jam sehari adalah tempoh yang sesuai untuk badan kita berehat.
Untuk pengetahuan anda, waktu tidur yang anda perolehi akan mempengaruhi segalanya daripada berat badan, metabolisma sehingga fungsi dan mood diri anda.
Persoalannya, berapa jam sehari perlu tidur ya?
Sebenarnya, saranan pakar untuk manusia tidur 8 jam sehari hanyalah sekadar panduan semata-mata dan tidak semestinya ia perlu begitu tepat.
Waktu tidur yang diperlukan oleh kita semua adalah berbeza serta bergantung kepada individu dan ia seringkali berpandukan kepada usia.
Menurut kajian yang dijalankan oleh American Academy of Pediatrics (AAOP) dan Centers for Disease Control and Prevention (CDC), ini adalah garis panduan tidur umum untuk kumpulan umur yang berbeza:
Secara puratanya, angka 8 dilihat sebagai satu nombor yang mudah untuk dijadikan sebagai satu panduan di mana ia tidak terlalu sekejap dan tidak terlalu lama.
Namun jika anda mempunyai sebarang persoalan lanjut mengenainya, sila dapatkan nasihat doktor ya?
Kekurangan tidur waktu malam adalah perkara yang biasa bagi sesetengah orang terutamanya ketika tekanan pekerjaan dan kehidupan melanda.
Tidur yang terlalu sedikit dan tidak mencukupi boleh mempengaruhi banyak sistem dan fungsi pemulihan di dalam tubuh badan kita.
Persoalannya, apa punca tidur terganggu? Berikut merupakan antara punca-punca yang boleh dikaitkan:
Sekiranya ia berlaku kepada anda, akan wujud beberapa kesan tidak mendapat tidur yang cukup termasuklah:
Tidur dan kesihatan mental adalah sangat berkait rapat kerana gangguan waktu tidur boleh menyumbang kepada masalah kemurungan dan kegelisahan.
Dalam erti kata yang lebih mudah, tidur adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam kesihatan tubuh badan kita secara keseluruhan.
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, terjaga pada waktu malam mungkin disebabkan 3 perkara iaitu insomnia, apnea tidur atau penyakit kronik.
Apa yang mengejutkan adalah fenomena terjaga pada waktu malam ini adalah suatu yang biasa berlaku dalam kalangan kita semua.
Jika ia berlarutan, anda berkemungkinan akan mengalami stres, migrain serta tubuh badan tidak mampu berfungsi dengan baik.
Jadi bagaimana untuk menguruskan masalah ini? Ada beberapa tip yang kalian mungkin boleh cuba amalkan:
Dalam beberapa kes, fenomena ini mungkin didasari oleh kondisi kesihatan lain dan perlu dirawat terlebih dahulu sebelum mampu untuk tidur waktu malam.
Oleh itu, berjumpalah dengan doktor dan berbincang dengan mereka tentang keadaan diri anda dan bersama temukan penyelesaiannya.
Konklusinya, tidur waktu malam itu adalah sesuatu yang sangat penting dan tolong jangan sesekali abaikannya walaupun anda begitu sibuk dalam kehidupan seharian.
Tanpanya, maka tubuh badan anda sudah pasti tidak akan mendapat rehat secukupnya lantas membuat anda bangun dengan tubuh badan yang lemah dan lesu.
Jadi, tidurlah berdasarkan tempoh waktu yang sesuai buat anda ya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen