backup og meta

Mengantuk Tapi Tak Boleh Tidur? Ini Punca Yang Ramai Tak Sedar!

Masalah tidak boleh tidur sekali-sekala mungkin dianggap perkara biasa, terutamanya selepas melalui hari yang sibuk atau penuh tekanan.

Mengantuk Tapi Tak Boleh Tidur? Ini Punca Yang Ramai Tak Sedar!

Namun, jika keadaan ini berlaku secara berulang sehingga menjejaskan aktiviti harian, ia mungkin menandakan gangguan tidur seperti insomnia.

Memahami punca sebenar anda susah hendak tidur dapat membantu mendapatkan rawatan dan mengelakkan masalah ini daripada berlarutan.

Apa itu insomnia?

Insomnia ialah gangguan tidur yang menyebabkan seseorang sukar untuk tidur, kerap terjaga pada waktu malam, bangun terlalu awal atau berasa tidak segar selepas bangun tidur.

Secara klinikal, insomnia biasanya didiagnosis apabila masalah tidur berlaku sekurang-kurangnya tiga malam seminggu selama tiga bulan dan menjejaskan kehidupan harian.

Sukar tidur & keresahan, mana satu datang dahulu?

Hubungan antara insomnia dan keresahan bersifat dua hala.

Ada individu mengalami tidak boleh tidur kerana berasa resah, manakala ada juga yang menjadi semakin cemas akibat kurang tidur.

Kedua-dua keadaan ini boleh saling mempengaruhi dan menyebabkan kitaran yang sukar diputuskan tanpa rawatan yang sesuai.

Keadaan ini menyebabkan simptom umum seperti:

  • Peningkatan kadar degupan jantung
  • Pernafasan menjadi laju
  • Rasa letih
  • Sukar menumpukan perhatian
  • Sukar untuk tidur

Rasa gelisah tidak boleh tidur malam, adakah ia normal?

Sekali-sekala, rasa gelisah tidak boleh tidur malam boleh berlaku akibat tekanan kerja, masalah keluarga atau perubahan rutin harian.

Namun, jika keresahan berlaku hampir setiap malam dan mengganggu kehidupan seharian, ia mungkin berkait dengan gangguan keresahan (anxiety disorder) atau masalah kesihatan mental yang lain.

Mendapatkan bantuan awal daripada doktor atau ahli psikologi dapat membantu mengenal pasti punca sebenar dan rawatan yang sesuai.

tidak boleh tidur
Jangan pendam jika mempunyai masalah sukar untuk tidur.

Mengantuk tapi susah tidur?

Ramai beranggapan rasa mengantuk sudah cukup untuk membuatkan seseorang mudah tidur.

Hakikatnya, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kenapa tidak boleh tidur walaupun mengantuk, antaranya:

  • Tekanan atau kebimbangan yang berlebihan
  • Pengambilan kafein pada waktu petang atau malam
  • Penggunaan telefon pintar sebelum tidur
  • Jadual tidur yang tidak konsisten
  • Persekitaran bilik yang terlalu terang atau bising

Jika keadaan ini berlaku dengan kerap, ia mungkin menandakan gangguan tidur yang memerlukan penilaian lanjut.

Tip untuk tidur lebih mudah

Selain mendapatkan rawatan daripada doktor, beberapa perubahan gaya hidup juga boleh membantu mengatasi susah tidur malam:

  • Amalkan teknik relaksasi seperti latihan pernafasan atau meditasi. Anda juga boleh mencuba untuk mandi dengan air panas sebelum tidur.
  • Elakkan penggunaan telefon atau komputer sebelum tidur.
  • Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari boleh melatih diri untuk tidur dengan lebih konsisten.
  • Hadkan tidur siang yang terlalu lama dapat bantu diri lebih mudah tidur waktu malam.
  • Kurangkan pengambilan kafein, nikotin dan alkohol pada waktu malam.

Jika masalah tidur berlarutan, doktor mungkin mencadangkan terapi tingkah laku kognitif untuk insomnia (CBT-I), yang merupakan antara rawatan bukan ubat yang terbukti berkesan.

Konklusi

Masalah tidak boleh tidur bukan sekadar menyebabkan rasa mengantuk pada keesokan harinya, malah boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental jika dibiarkan berpanjangan.

Bergantung kepada simptom mana yang dialami dahulu, seseorang itu mungkin berasa resah kerana tidak boleh tidur malam atau tidak boleh tidur malam kerana berasa resah.

Dengan mengenal pasti punca serta mengamalkan tabiat tidur yang sihat, ramai individu dapat memperbaiki kualiti tidur mereka.

Jika tidak boleh tidur berlarutan selama beberapa minggu atau mula mengganggu kehidupan harian, jangan berlengah untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Understanding sleep. (https://www.ninds.nih.gov/Disorders/Patient-Caregiver-Education/Understanding-Sleep). Diakses pada 18 Mac 2021.

Common Sleep Disorders. (https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11429-common-sleep-disorders). Diakses pada 18 Mac 2021.

Get enough sleep. (https://www.mhanational.org/get-enough-sleep). Diakses pada 18 Mac 2021.

Insomnia. (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/insomnia/diagnosis-treatment/drc-20355173). Diakses pada 18 Mac 2021.

Sleep disorders. (https://adaa.org/understanding-anxiety/related-illnesses/sleep-disorders). Diakses pada 18 Mac 2021.

Sleep disorders: In Depth. (https://www.nccih.nih.gov/health/sleep-disorders-in-depth). Diakses pada 18 Mac 2021.

Versi Terbaru

14/07/2026

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Hidung Selalu Gatal & Berair? Jangan Ambil Mudah, Boleh Jadi Resdung Kronik!

Lepas Mandi, Terus Lena? AWAS, Ada Bahaya Tidur Dengan Rambut Basah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada 14 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?